| 6 Respons Terbuka ]

What a 300mm lens could do for you? Yes, it won't feed you unless you become a professional paparazzi. It's merely a tool that would satisfy a telephoto photographer. Once I tried it, I felt cool. You could shot without been recognized. And you even could shot something that your eyes couldn't barely see. Here are some photos that been taken in Mecca, Saudi Arabia. From Nadzeem's hotel room's window.

DSC_0905
agak-agaknya, berapa meter, ya?

OK, proceed to the next picture to see how far the subject is.

DSC_0919
can you see the where the arrow is? can you recognize some similar colour details to the above picture? there it is. cool isn't it? (the location is at Jisr Kubri or Kubri Bridge)

Or, you can do shot like this without being known by the subject. Oh, people call it paparazzi, but, whatever people call it, I would prefer this style to be named as "low-profile cameraman style". They're too shy to show up their face making them to shoot without being recognized. Oh, great justification! Yeay! (pergi mampus!)

DSC_0911
I named this picture, "Berempat Lebih Baik by Dalca Sentiasa"

Or, this;

DSC_0908
Err, the title of this picture is obviously written in the picture itself. And, they don't even manage to realise their single muscle movement been captured. How low-profile photographer I am! Auww. =p (Err, I won't give the title "Kahwin Empat Lebih Baik by Dalca Sentiasa" though.)


Oh, well, the one and only motive of this article is actually to show you people the last picture. Yet, it's not a campaign. That's all, and tomorrow, semester three will be starting. Blurgh!


p/s: Aku berlatih menulis dalam bahasa Inggeris ni korang jangan gelak la pula. Aku tahu, grammar aku dah jadi pasemboq lama tak guna. Lebih setahun tak tulis karangan dalam English. Oh, semua gambar dishoot diambil dari tempat yang sama. Tukar lens saja, itupun untuk gambar ke-2.

p/s: ampun tok-tok otai kamera, cucu baru belajar tulis benda tak salahkan?

| 3 Respons Terbuka ]

sambungan;

aku malas menaip. malas berblog-blog. Lu tengok gambar duk diam-diam sudah.


I want!
Gambar ini salah letak aparture dan shutter speed. Overexposure. Memang silap habis, tapi, aku rasa macam ok juga. Ada bokeh gitu. Eh, tak malu puji gambar sendiri. Tak edit pun. Tapi, kalau kau orang rasa buruk, kutuklah. Aku buat tak tahu je.


DSC_0160
Waseem cari baju untuk awek dia

DSC_0161
"Huduh ah sume!"-Waseem

Jangan cari bini lain!
Mamnu3 3an bahatha ghayyir zau5ah, nati Waseem pulah ddeghah hidung, bia sapa cabut. -Waseem
Bahasa Terengganu+Arab Bantai 112 bermaksud "Jangan cari bini lain, nanti Waseem pulas hidung sampai tercabut". (Khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh Waseem dan Hariz ditujukan kepada kaum lelaki. Eh, ke perempuan boleh cari bini lain juga? Kalau boleh, masuk sekalilah!)



Post ini aku set waktu publish. Malas nak layan. Tengok gambar diam-diam eh?

| 6 Respons Terbuka ]

Kalau ikutkan hati, malas aku nak apdet blog. Rasa nak delete pun ada. Haiyoh. Kau orang baca blog ini, pasal apa? Ya Allah, cubalah buat benda berfaedah sikit. Ish! Tapi, sebab ada banyak gambar yang orang request nak tengok, aku terpaksa upload. Ewah.

Hari ini, kita letak gambar model yang mempopularkan blog abah dia, Waseem. Klik sini kalau nak tengok blog abah dia.Ini semua aku ambil masa pergi Mekkah, satu malam saja. Gambar-gambar lain di Mekkah dan Madinah, gambar aku pergi camping semalam di hutan mana-mana entah di Ajloun (skil turun coaster sesuka hati), lain kali.


DSC_0209


DSC_0186
taktik budak kecil malas berjalan. keji sungguh.
DSC_0204
aku suruh dia tambah emosi dalam posing, dia terus menangis

DSC_0179
senyap tak sampai 5 saat, terus aku tangkap gambar dan dia lari balik

DSC_0211
Hahaha! Akulah otai Zamzam Tower -Waseem-




Susah nak tangkap gambar budak ini. Hyperaktif semacam. Memang aku respek sama Lutfi sebab dalam blog, gambar budak ini semua nais (nice) semacam. Padahal, nak dekat runtuh Zamzam Tower dia lompat.

Entahlah, aku rasa, fungsi utama budak kecik di dalam dunia bagi selain ibu bapa, hanyalah mainan yang menarik. Orang-orang dewasa tengok, teruja, comel! Macam tengok patung barbie doll. Eh, tak, maksud aku, patung power rangers. Kemudian, buat bahan cubit pipi. Angkat-angkat, suruh dia lari, suruh dia lompat, buat-buat cerita hantu suruh dia takut, ish, sebijik macam mainan. Cuci muntah dan berak, sah-sah kerja ibu bapa dia. Atau, macam mana?

Tapi, semua yang dewasa pernah menjadi budak kecil. Seronok juga sebenarnya jadi budak kecil walaupun sentiasa fikir perkara merepek dan mengarut itu sebagai betul. Contohnya, sampai sekarang, aku masih pening kepala mahu cari sumber, bagaimana masa aku, dalam umur 4-8 tahun, boleh fikir, adik kandung aku sebenarnya anak kawan ibu aku yang diberikan pada ibu aku. Padahal, orang kata aku, muka aku dan dia tak ada beza sangat masa kecil-kecil. Eh, lagi satu yang lebih horrible, aku fikir, kalau kau lelaki masa kecil, kau akan jadi perempuan masa dewasa. Juga sebaliknya. Sehingga aku terfikir, mak aku dulu lelaki masa kecil, sama dengan aku dan bapa aku perempuan masa kecil. Oh!

Agak-agak, kau orang ada kepercayaan karut apa ya masa kecil-kecil dulu yang masih korang ingat sampai sekarang? Sporting sikit.


Eh, esok ada sambungan gambar.

p/s: aku tak sangka dalam aku boleh menaip sepanjang ini dalam keadaan malas hapdet blog.