| 3 Respons Terbuka ]

Tinit tinit...berbunyi handset aku. Ada mesej masuk.

1 Message
Recieved

Kemudiannya, aku menekan butang "Read"

"Hai tony...saya baru sahaja download video-video sexy...saya pasti kamu suka...taip ON dan hantar ke 3****...saya tahu kamu pasti suka. Enjoy it!"

sender: 013-*********

Gulp. Terkejut aku. MasyaAllah, apa punya biol ler sender ni. Hish, dahsyat2x. Nasib baik masa tu hendset di tangan aku. Kalau di tempat terbuka, pasti adik aku yang kecik tu sibuk nak bukak mesej aku. Kalau dia buka, abeh! (Tak leh tunjuk nombor tuh, nanti aku pulak yang bersubahat dengan budak biol tu)

Adoi...bak kata P.Ramlee and the gang, "Cobaan~~~". Mari kita listkan sama2 kebiolan sender tu.

1. Handset aku tu boleh kira taraf nak buang dah tu. Mak aku simpan dalam almari setahun lebih baru bagi aku. Itupun pasal ayah aku kata dia nak jual handset tuh. Bak kata Faqih, handset antik, Nokia 3315. Malas nak beli yang baru. Rugi duit je.

2. Bila aku kata Nokia 3315, yang pasti, hp tu hitam putih, bukan macan hendset korang yang memang hebat2x belaka.

3. Bila aku kata hitam putih, yang pasti, tak boleh simpan video. Dah dia punya LCD petak2x besar macam kalkulator, video apekebendenya?

4. Memang sengal dia ni. Dia tak tahu ke aku ni jarang2x sekali top-up handset? Kalau nak pergi mana-mana je baru aku top-up. Entahlah, aku ni kurang call orang sangat. Tak minat. SMS? Pakai YM suda...sia2x register Streamyx Unlimited Hour kalau tak guna dengan optimum. Lagi la nak download. Mengarut, top-up pun jarang2, ni nak download? Duit berkurang, dosa bertambah. Huh~.

5. Wei bro, nama aku bukan Tony, namaku Hariz.

6. Dah-dahla tu buat bisnes dan duit cara haram. Gelap hati dan perut lu makan duit tu. Berdosa sahaja. Aku pun tau la jugak bisnes sikit2x duk dalam keluarga ni, tapi, sikit pun aku tak pernah terfikir nak buat duit+dosa cara macam tu. Dahsyat cobaan ni...



Inilah yang P.Ramlee dan kawan-kawan dalam cerita pendekar Bujang Lapuk katakan sebagai, "Cobaan~~~". Huh, akhir zaman ni banyak cubaan dan dugaan. Dan, inilah yang Nabi katakan wanita itu menjadi fitnah kepada lelaki.



p/s:ni aku riso ni ayah aku nak bagi henset dia ni pasal dia nak beli henset baru. Dibuatnya orang2 macam ni bukan hantar mesej iklan je, tapi terus "benda itu", tak ke haru-biru dibuatnya. Naudzubillah...(huh...*masih mengeluh ->pening kepala dibuatnya..)

3 Respons Terbuka

[MH] said... @ April 24, 2008 at 3:39 PM

salam..

haha,akak pun ada henset takde colour2..huhu kita ni bukan jenis 'up' sgt..pakai je mana yg ada..baik sungguh akak ni..dulu akak ada henset nokia 3310..org kata baling henset tu kat anjing pun boleh mati..haha,tak pernah dan takkan cuba..hehehe

apa pun,nasihat akak terima je la kalau ada yang bermurah hati nk bg henset tu..rezeki jgn ditolak..hehe

SaifulBashrie said... @ April 26, 2008 at 10:04 AM

A'a biasa tu gak dpt sms mcm tu. suka2 ati je dorg antar kan..

h a r i z, H said... @ April 27, 2008 at 2:16 AM

to k. fathy:
anjing x anjing kak, mati x mati...
klu betol bleh mati...kan lg bagus, bkn wat call je, bleh wat self-defence lg, btol x???

aah, pasni, enset 2 msk muzium laa =)


to bro bash:
aah, agk2ny klu yg dpt 1500 msg free yg maxis ny tu, agk2 brape ratus msg cam2 yg dyorg dpt, eh???
hrmmm...

Post a Comment