| 9 Respons Terbuka ]

Ini kisah Hari Ibu kedua. Kisah panas punya. Kisah Mursyid jadi bapa. Pasangannya, Che Nut, baru saja melahirkan anak, dan didapati ada satu saja anaknya. Ramai menjangkakan anak yang bakal lahir adalah kembar tapi, yang didapati hanya seekor sahaja. Kami percaya, pasti Hady atau Mursyid yang makan anak-anak yang lain. Memang siut, aku tahu.

Apa yang menarik ialah, selama ini Che Nut@Che Nat adalah seorang yang sangat liar pisau cukur, hanya tahu mengisi perutnya sahaja. Langsung tak manja. Aku nak belai pun tak boleh. Tetapi, lahirnya anak dia yang baru tadi, memang dia tak berganjak dari anaknya walaupun diumpan dengan sardin. Memang keibuan sungguh. Mahu usha Che Nut perempuan comel-dan-cantik-tapi-liar? Klik sini. Tiada kaitan dengan gambar Paris Hilton itu.


Cerita lain; dulu masa kecil-kecil, aku yakin kau orang minat juga cerita-cerita seperti Power Rangers mahupun Ultraman. Suatu hari, masa aku darjah dua mungkin aku nak minta duit dengan mak aku, bayar apa di sekolah, aku lupa. Sambil itu, aku macam budak kecik (memang pun), berbangga-bangga dengan mak aku, Robot Power Rangers, hebat. Aku cakap pada mak aku, "Ibu tak boleh nak berlawan macam dia."

Mak aku balas, "Apa yang hebatnya, dia bergantung pada senjata canggih manggih semua. Kalau tak ada benda-benda tu, tak hebatlah dia. Yang hebat senjata itu."

Aku budak kecil, tak faham, dan tak ambil peduli. Hari ini, tiba-tiba aku teringat, dan baru aku faham. Lagilah aku faham bila aku baca ini. Ibu aku tak pernah tipu aku.


Sunset At Irbid
Peduli gambar; Salah satu perkara yang aku suka akan Jordan ialah langitnya. Memang cantik. Lagi-lagi kalau nak usha sunset. Oh ya, lupa nak bagitahu, aku tak edit sikit pun gambar ini.Keaslian penting. Ini buat aku sayang kamera aku ni. Mmuah. =p


p/s aku rasa Mursyid memang sengaja makan anak dia. Family planninglah katakan. Kata belajar Animal Healthcare?


*updated*
Appendix

Che Nut- Kucing yang selalu curi ayam dan ikan di rumah aku. Bulu lebat gila-gila, comel tapi langsung tak manja atau jinak. Pfft!
Mursyid dan Hady- Ahli rumah a.k.a watak manusia hidup dan melakukan aktiviti perkumuhan dengan baik.

9 Respons Terbuka

Murfsyeed Semat said... @ May 12, 2009 at 9:21 PM

Syal la ko HarizH,
Ko tau x,
kalo aku jumpa jantan
yg bontengkan Che Nut,
sudah tentu aku Sepuk dia,
mmg Gediks tol,
hahaah!

h a r i z, H said... @ May 12, 2009 at 9:23 PM

Seriesli, aku da ada 3 sebab utk sepuk ko.
1-buntingkan Che Nut. Astaga, tak kawen lagi.
2-Makan anak2 ko yg len.
3-Gedik2 lak kat sini.

Tunggu jap ag aku sepuk ko.Cuak?

baby doctor said... @ May 12, 2009 at 10:25 PM

colik kang kamera tu. huh

tak payah panggil maryam la. bukan tak suka. suka je. tapi bukan macam aku. eh?

h a r i z, H said... @ May 12, 2009 at 10:30 PM

sebetulnya, kalau ikut rule of cameraman, kena culik cameraman, sebab, "camera is merely a tool, the man behinds it, determine it".

Depa kata la. Aku ikut ja. Memang poyo. =p



p/s: Aku amik scene sama 20 keping gambar, dan satu ni je perfect. Yg len aku delete ah.

joegrimjow said... @ May 13, 2009 at 1:35 AM

kisah kucing ke?

h a r i z, H said... @ May 13, 2009 at 1:37 AM

che nut je kucing. hady dan mursyid watak manusia hidup. =p

Anonymous said... @ May 13, 2009 at 3:06 AM

hahah. kira mursyid dan che nut la ni. hmm.......

anyway gambar tu best.

Haru said... @ May 13, 2009 at 11:28 AM

kisah kucing yang kelakar.
kalian melucukan.

dan hariz, rasanya tak perlu saya kata bahawa gambar tu amat cantik~
hitam+oren+biru+maroon+ungu

subhanallah, mainan warna!

h a r i z, H said... @ May 13, 2009 at 10:02 PM

Husni,

perh bro, setelah memuji, terus mem"beat" aku. kecewa doe. haha

Atiqah,

tq. tp, kan dah kata tu? =p
aah, mainan warna alam. memang betul pun nampak macam tu langit masa tu. cuma, shutter yg kecik buat rumah nampak hitam dan cantik.

Post a Comment