| 10 Respons Terbuka ]

Langit cerah. Mentari riang. Angin menyapa kuat tetapi masih menyelesakan. Tanda musim panas masih ego. Enggan beredar. Burung berkicauan? Entah, tak dengar pula. Biri-biri spesis Awwasi meranggut ceria. Sang gembala gembira. Makanan ini akan dijadikan juga bekal musim sejuk. Fatty Acids disimpan didalam fat tail. Bagai bonggol unta fungsinya. Fakta-fakta isengaja ditonjolkan. Tanda aku belajar Animal Health sebagai subjek elektif semester ini.



Hari ini hari khamis. Hari khamis ini di Jordan seperti hari-hari khamis yang lainnya di Kelantan, Kedah dan Terengganu.


Kelas tamat. Pelajar bersurai. Aku nampak beg pakaian dibimbit oleh seorang pelajar, sebelum aku memberi komen, "Dia ni terus balik ke kampung halaman cuti hujung minggu selepas ini." Oh, stesen di universiti aku agak versatil. Aku senyum. Ya, dia di tanah airnya. Tersenyum juga mengenangkan tuah aku beberapa hari lagi. Sebelum menerima panggilan.

"Hello riz, tiket tak boleh tukar tarikh dan tak boleh refund, kita kena tunggu 10 hari lah lepas exam sebelum balik. Nak balik awal, kena beli tiket baru"

Lampu padam. Sekeliling jadi gelap. Aku terkejut. Seraya mencarut. Buku biochem dihadapan lesap. Cuak dengan carutan aku. Sangka kamu. Lecturer kelihatan seperti sang bisu. Menganga-nganga mulut. Tanpa bunyi. Suram. Disimbahi suluhan lampu overhead projector.

Pejabat Gulf Air sekonyong-konyong muncul di depan mata. Sang Manager kelihatan. Kecil sekali. Menggigil dan berpeluh ketakutan. Busuk peluhnya. Tak pakai Rexona mungkin. Ah, pedulikan.

"Aku bagi kau dua pilihan Sang Manager, pertama, telinga kau putus digigit dan kedua, fakta ini akan berubah! Kau ingat!" Sambil aku menunjukkan otot biseps aku. Yang membesar secara tiba-tiba. Automatik. Limpahan Adrenalin Rush. Selamat tidak bertukar warna hijau.

Dia terkucil. Aku terus pergi kerana tak tahan baunya.



Lampu padam. Tirai pentas ditarik. Penonton bertepuk tangan dan bersorak-sorai tanda terhibur. Tanpa memahami dan menghayati isi cerita.



10 Respons Terbuka

Huda Saffry said... @ August 13, 2009 at 4:49 PM

hahahhaa, adoi2. sabar ek hariz. haha!

joegrimjow said... @ August 13, 2009 at 6:58 PM

malaysia sangat best ok
jgn bawak h1n1 suda

almuhsineen said... @ August 14, 2009 at 12:02 AM

ya 7raaaaam

sabar je lahh

*peace*

h a r i z, H said... @ August 14, 2009 at 2:41 AM

ulang kembali perenggan terakhir.

Lampu padam. Tirai pentas ditarik. Penonton bertepuk tangan dan bersorak-sorai tanda terhibur. Tanpa memahami dan menghayati isi cerita.

ahmad faiz said... @ August 14, 2009 at 3:08 PM

haha..lepak rez..
aku x tepok tgn sbb ak bkn penonton tuh..

mkn ketayap la kite bukak pose nt..haha

h a r i z, H said... @ August 14, 2009 at 8:39 PM

ko mmg tak tepuk tangan sbb ko nak kena tepuk kepala dgn aku. sebab tak tepuk ancam bunuh manager tu.

Fadh said... @ August 15, 2009 at 6:44 PM

Assalamua'laikum.. AdUH..Tak berapa nak faham... Tapi den golak jugak.. Minggu dpan last sekolah, pastu cuti seminggu, then percubaan SPM. Actually rabu minggu depan 19.8 da start trial..Tapi den tak ambil sbjek priksa ari tu...
Tahu, tak tanya.. Sengaja bg tau..

Norain MT said... @ August 19, 2009 at 12:48 PM

Salam alayk.

Tak ada kaitan dengan pos Hariz. Baru tersedar sesuatu dan ingin bertanya.

Kawan sekolah Liyana ke? Sebab saya sama AUSMAT dengan dia. Dan terasa pelik sebab menemui blog kamu bukan melalui dia tapi melalui blog Kaamyl.

(Soalan lebih utama, Liyana kenal Kaamyl ke?)

h a r i z, H said... @ August 20, 2009 at 2:59 AM

fadh,

oh good luck.:)

qudwatun hasanah,

oh kaamyl tu kawan sekolah rendah liyana kawan sekolah menengah. entahlah, rasanya tak kenal kot. tak tahulah kalau diorang kenal. :)

Fadh said... @ August 20, 2009 at 6:21 PM

Salam..TERIMA KASIH.. Smga anta pun berjaya juga..

Post a Comment