Tirai dibuka. Di tebing sungai mendasar cerita. Lepat menguap beberapa kali. Jetlag agaknya. Masih tidak terbiasa dengan waktu Malaysia, waktu Jordan dirasa. Oh, itu penulis, bukan Lepat. Maaf. Terlebih emosi dan perasaan.
Sambungan...
"Ah kau! Habis, mahu dilaungkan istilah apa?,"sergah Lambu. Enggan kalah.
"Itu yang kita kena fikirkan." Lepat bersahaja.
"Kau banyak mempersoalkan. Tapi tiada gerak kerja. Sia-sia!"
"Kau fikir, di dalam batalion askar, tiada kumpulan strategis dan pemikir?"
"Tapi mereka bukan mempersoalkan perkara yang remeh. Bukan mempersoalkan perkara yang menumpulkan pisau yang semakin tajam"
"Masalahnya, tajam pisau itu membelah tangan kita, bukan daging dihadapan mata. Tangan kita terluka dan kita terlupa. Mahu dipotong apa, mahu ditelan apa"Mata Lepat segera menoleh keluar. Pandangannya jauh. Baik fizikal mahupun dalaman.
Lepat, walaupun fikirannya agak bernas dan berhati-hati, namun dia juga seorang pemuda yang lemah.
Mengkritik kononnya membina tapi tiada menyumbang. Berfikiran kononnya jauh tapi pemalas. Oh, terasa pula aku. Benar, ini bukan novel Ayat-Ayat Cinta. Hero harus seorang yang ideal. Perlu lengkap dengan pakej ketampanan tahap penulis. Ops, silap, penulis tak kacak. Ini realiti. Kelemahan itu kepastian. Kelebihan harus diraikan. Penambahbaikan mesti berjalan. Kehadapan atau ke belakang, itu pilihan.
Sekeliling gelap. Cerita bakal bersambung. Edisi kemerdekaan. Penulis nak tidur. Esok puasa. Puasa jangan tak puasa.
Pendidikan Melangkaui Peperiksaan
14 hours ago
5 Respons Terbuka
bak kata sorang kawan aku 'abbasiyyah jatuh sebab kurang tarbiyah, sibuk sangat bincang hal falsafah tinggi melangit'
ah,dia memang pemuda haraki.
mungkin dia tak tau tujuan ilmuwan dulu membincangkan bab falsafah demi menyelamatkan akidah umat islam,memantapkan iman mereka.
teringat lecturer feqh cakap
'dulu akidah termasuk dalam perbahasan ilmu feqh.sebab bila akidah kita mantap,kita akan terfikir untuk melakukan suruhan allah dgn betul'
kesimpulan aku
kalau sekadar fikir tanpa beramal bermakna iman kita tak berapa kuat walaupun berfikir itu dapat menguatkan iman.tapi tak semestinya orang yang banyak beramal itu kuat iman.
dua-dua penting;fikir dan amal.
selamat berpuasa dan selamat merdeka
kau dahsyat la bro!
ni yang aku meluap-luap nak bertemu kau...
otai,
tq untuk info tambahan
bai,
aku ajak ko jumpa aritu, ko jual mahal. time aku dah kat kelantan, sibuk pulak! pfft! :p
haha..ada ke kau ajak? aku lupa doh
Israel menyerang kerana hak bangsa(nabi daud bangsa yahudi)palestin melawan krn hak agama(islam)mn nk damainya.kalu kedua2 ideologi di jumud letak pada hak perikemanusian dan kesejahteraan.berpeluang akan aman damai
Post a Comment