Kata-kata Freddie mengenai kejayaan band Queen (penyanyi asal lagu We Are The Champion....lagu yang paling saya gemari) yang dipaparkan semula di dalam sebuah rancangan dokumentari dalam NTV7 pada Ahad lepas memang menarik jika difikirkan dalam-dalam.
Katanya,
"Pada waktu itu wujud gerakan punk yang mempercayai mereka harus membuat persembahan di hadapan kumpulan yang kecil sahaja. Itu mengarut! Mereka yang ingin berjaya, perlu terkenal. Mereka yang ingin terkenal, perlu membuat persembahan di hadapan orang ramai."
Akhirnya, mereka berjaya mencatat sejarah membuat persembahan konsert paling besar dalam sejarah walaupun mereka berada di dalam lingkungan pemikiran jangan buat konsert besar-besaran!
Saya bukanlah seorang pemuzik atau pakar falsafah ideologi-ideologi dalam bidang muzik ini untuk bercerita mengenai pemikiran golongan punk itu. Saya bukanlah juga pakar sejarah untuk menceritakan ke'hebat'an konsert itu. Saya juga bukanlah seorang orang lama untuk menceritakan pengalaman saya meminati band-band ini. Saya hanyalah Ibn Zarir yang baru hanya belasan tahun, masih mentah.
BERFIKIR DENGAN KREATIF
Kata-kata Freddie tersebut jelas menunjukkan gaya pemikirannya. Pemikiran yang menentang arus. Pemikiran yang "melanggar undang-undang". Pemikiran yang jarang ada pada umat masyarakat kita. Semuanya hanya stereotaip. Mahu mengikut orang sahaja. Enggan tampil dengan cara sendiri. Enggan tampil dengan idea sendiri. Semua hanya berfikiran, "Alah, orang kampung kita belum ada lagi tau yang buat macam tu. Kamu tak payah nak buat pelik-pelik."
Itulah ideologi kampung kita. Kita mudah terpengaruh dengan satu pemahaman yang beraja di dalam kelompok kita. Amerika kata Taliban pengganas, maka Taliban pengganaslah kata masyarakat dunia. Orang kata "Wilayah-wilayah Pak Lah" idea hebat, maka hebatlah juga kata kita. Orang kata waktu kegawatan ekonomi, jangan nak mandai-mandai nak bukak bisnes! Orang lain semua bertahan tak nak bagi bisnes lingkup. Jadi, kita pun, ya jugalah.
Ekonomi gawat= bisnes lingkup. Itu mentaliti kita.
Padahal, kita lupa (ataupun, memang tidak tahu), salah satu syarikat korporat yang semakin membesar di negara kita, AirAsia lahir dari "perut" Tony Fernandez, seorang pemuzik pada waktu ini. Tahun 1998. Tika George Soros men'dajal' dan menghancurkan ekonomi dunia. Jika Tony Fernandez berfikiran stereotaip, sampai bila pun AirAsia tidak akan bangkit. Sampai bila pun tidak akan sampai ke tahap ini.
Mekanismenya jelas dan mudah. Walau dalam keadaan apapun, pengangkutan udara masih lagi tetap diperlukan oleh rakyat negara ini untuk keluar negara. Walaupun mereka dalam keadaan sudah tidak berapa mampu. Oleh itu, Tony Fernandez melahirkan ideanya ke dunia realiti yang kesempitan ketika itu dengan konsep "masih membolehkan mereka terbang" walau kekurangan wang.
Jika anda, bagaimana? Itulah masyarakat Melayu Islam di negara ini, sememangnya sukar untuk tampil dengan idea-idea baru yang bernas. Sangat sukar untuk tampil dengan idea sendiri. Malah, sangat sukar untuk berfikir sendiri. Come onla, sia-sia Allah bagi kita otak dan akal kalau tidak mahu digunakan. Alangkah lebih bagus diberikan saja pada lembu-lembu kalau tidak mahu diguna.
DUNIA DA'WAH YANG KAKU
Saya sendiri bukanlah sesiapa, malah tiada kelayakan untuk mengkritik penda'wah-penda'wah yang gigih berjuang. Tetapi, saya berasa saya harus meluahkannya di sini. Jika anda melihat, dunia da'wah masih lagi kaku dengan budaya lama. Masih lagi kaku dengan tradisi lama. Masih lagi dengan strategi bak kata orang Kelantan, "tula!". Tidak salah memberi ceramah, tidak salah menjalankan tabligh, tidak salah menulis tulisan yang jauh lagi dahsyat dari tulisan saya, malah amat bagus pula! Cuma, perlu ada penambahan pada bahagian lainnya. Wali Songo legenda tidak menyebarkan Islam melalui kata-kata, tetapi kesenian. Tidak dapat dinafikan, memang ada usaha men'ceria'kan uslub da'wah seperti penulisan novel seperti yang dilakukan oleh En. Faisal Tehrani dan seangkatan dengannya, seni suara seperti nasyid dan pelbagai lagi.
Namun, anda tidak dapat menyangkal jika saya menyatakan masih belum banyak usaha memvariasikan gerakan yang mengajak manusia ke arah kebaikan ini.
Coretan berhenti di sini..............di WILAYAHKU....................
[4:04 PM
|
0
Respons Terbuka
]
0 Respons Terbuka
Post a Comment