| 2 Respons Terbuka ]


"Perghh...best betul Fifa 2008 main kat sini," ujar saya dengan penuh kekaguman kepada Raziq ketika bermain X-Box 360 di rumahnya.

"Yang ni memang lagi best dari PS2, tapi PS3 lagi best dari Xbox 360 ni," terang Raziq dengan penuh yakin kepada saya, Idil dan Afuza.



Sementelahan itu, saya terus teringat akan kekaguman saya yang tidak kurang hebatnya pada PS2 beberapa ketika dahulu. Tidak lama. Hanya dalam setahun dua sahaja. Jika dahulu, zaman saya sekolah rendah, PS1. Sekarang, tidak lagi. Hanya dipandang sebelah mata sahaja. Hampir-hampir saja untuk menutup kedua-dua mata saya.

Masa berubah. Kekaguman saya berpindah. Namun, masih tiada noktah. Entah bila agaknya semua ini akan berhenti.

Peristiwa ini ingin saya lihat dari dua sudut pandangan. Sekiranya anda mahu lebih, dipersilakan.

MENGEJAR DUNIA @ DIKEJAR DUNIA?

Pertama, mahu saya kaitkan dengan kata-kata yang selalu meniti di bibir senior saya ketika di SMKA Falahiah beberapa tahun dahulu,

"Dunia ibarat bayang-bayang, jikalau kamu mengejarnya, nescaya ia akan lari, dan jikalau kamu meninggalkannya, nescaya ia akan menuruti kamu".

Saya pasti, ramai dikalangan anda pernah mendengar kata-kata ini. Cuma saya tidak bisa mengenalpasti kata-kata siapa ini. Mahu cari, silakan.

Bukanlah saya di sini ingin memberi tips sekiranya anda mahu syarikat-syarikat permainan video gergasi itu mengikut telunjuk jari anda. Bukanlah saya di sini mengajar anda cara-cara untuk sentiasa up-to-date dengan permainan-permainan maya tersebut. Bukan!

Cuma, ingin saya ulas kata-kata tersebut melalui pemahaman saya yang dangkal ini.Sebagai contoh, cuba anda bayangkan (cam Yassin dalam Lagi-lagi Senario lah pulak...), sekiranya anda meninggalkan permainan-permainan video tersebut (ini bukan saranan, kerana saya sendiri agak sukar melakukannya), sudah pasti syarikat-syarikat seperti Microsoft, Electronic Arts, EA Sports, Sony dan sepertinya sentiasa berlumba-lumba menarik dan mengajak anda untuk menyertai mereka. Mereka pasti berlumba-lumba mengejar anda dengan pelbagai cara.

Mengejar. Apabila disebut mengejar, sudah pastilah ianya dari belakang. Ibarat sang bayang, apabila dikejar, pasti meninggal dan apabila ditinggal, pasti mengejar. Ianya satu situasi win-lose. Satu pihak pasti dikejar (win), dan satu pihak lagi pasti mengejar dan terkejar-kejar (lose).


ZAMAN BERUBAH,TOGHUT BERUBAH

Kedua, zaman berubah, toghut turut berubah. Seperti permainan video tadi, ianya berubah mengikut zaman dan peredaran masa, sesuai dengan keadaan sekitar, selera dan kehendak manusia. Saya tidak bermaksud untuk menyamatarafkan Xbox 360 milik Raziq dengan toghut. Tidak. Langsung tidak sama. Jauh panggang dari api. Jauh rambut dari jari kaki. Apa yang saya coretkan hanyalah persamaan konsep sahaja.

Seperti tumpuan manusia yang tergila-gilakan game-game ini akan beralih arahnya apabila dirasakan game-game ini sudah menjadi cikai sahaja.

Seperti bait-bait lagu tema BADAR KISAS 2007,

"...Runtuhkan toghut, jahiliyah sezaman.."

Ya, sezaman dan terdapat pelbagai zaman. Jadi, logiknya, terdapat pelbagai jenis toghut.

Tika zaman Rasulullah dahulu, toghutnya, menyembah berhala. Mereka menolak kebenaran nabi. Pada zaman tabi' tabi'in, muncul pelbagai jenis aliran segala, baik Mu'tazilah yang diasaskan oleh Wasil bin Ata', mahupun Syiah buah tangan Abdullah bin Saba'. 50, 60 tahun terdahulu, toghutnya, menyembah jin dan syaitan. Mereka mempercayai kepercayaan karut-marut. Kini, tidak lagi. Manusia sudah pandai.Enggan percaya kepada perkara seperti itu.

Kini, salah satu toghutnya, tafsiran kepada agama dengan sesuka hati. Wujudnya istilah Islam Liberal dari negara jiran, wujudnya istilah Pluralisme dan tidak lupa juga Islamophobia cetusan masyarakat Barat serta pelbagai lagi.

Oleh itu, saya mengajak anda memikirkan perkara ini dalam-dalam, bukan setakat terheti di sini sahaja.


Coretan berhenti di sini...di WILAYAHKU...

2 Respons Terbuka

Anonymous said... @ February 17, 2008 at 6:29 PM

Sabda Nabi SAW :

"Barangsiapa mcintai dunia,urusan akhiratnya akn tercicir.Dan barangsiapa yg mcintai akhirat,dunia akn mengikutnya.Dan pilih lah yg kekal drpd yg cepat binasa.."

mmg x dpt d nafikn,dunia skrg dunia yg kite beli keseronokn utk rosakkn diri sndiri...

dlm buku penulisan hasan al-bana yg tajuk nye "ayyuhal syabab",beliau pun ade kate golongn syabab n fatayat skrg mmg dlm "comfortable zone"...

so,"lihat-lihatlah dgn kaca mata ISLAM timbang-timbanglah dgn neraca IMAN..."

born 2 fight,
Xifu Xx

h a r i z, H said... @ February 18, 2008 at 2:33 PM

itulah....
mengejar Si Dunia x salah,
tp, jangan ditinggal Si Akhirat,
Yang lagi eloknya,
"kawen" dua2 lg bagus...

Post a Comment