| 0 Respons Terbuka ]


sebenarnya, tak tahu nak bubuh gamabar apa, jadi jumpa benda ni masa search image tadi, taruk je lah....




Memandangkan ramai kawan2 aku buat posting pasal pengumuman keputusan SPM 2007, antaranya Akmal Hayat, Zulaiman, Faqih ( nota:ini adalah kanak2 12 1A!) dan Anas Faris juga Abang Preston kita. Jadi, aku rasa apa salahnya aku turut membuat catatan diari bendalah ni moga-moga boleh dilihat dan dibuat tatapan oleh cucu-cucu cicit-cicit aku di masa hadapan walaupun aku bukanlah dari kalangan kanak-kanak bertuah yang mendapat 12 1A.....tak mengapalah Riz....( chewahhhh,emo gler...)

7 MAC 2008

Pergi ke Stesen Bas Jalan Hamzah, mencari tiket bas untuk ke Klang. Bukan kena beli untuk aku sahaja, tapi untuk Fadhil jugak. Usha-usha tiket, aku dah cuak bila pergi semua kaunter, akak-akak dan abang-abang yang jaga kaunter-kaunter tu kata, "Maaf dik, tiket ke Klang, KL dan Shah Alam yang paling awal ada 12 haribulan je dik". Aku kata, "Hoh, kalau 12 hb,baik tak payah beli". (tapi, dalam hati je lah...). Mulanya rancang nak beli awal, kalau boleh 10 hb, nak tidur kat rumah Ammar Rosli ke dulu....tapi, dah macam ni, tidur dalam bas pun jadilah....




Akhirnya, pergi kaunter Mahligai, nasib baik ada lagi dua tiga kerusi kosong. Aku pun, apa lagi? Bedallah....(nota: ini adalah bas double decker ketiga yang aku naik, tersangat-sangat tidak best naik bas jenis ni....)

Kemudiannya, Idil call aku, mengatakan tiket bas di Bachok untuk ke Klang dah habis. Wah, orang Bachok ni hobinya naik bas, ya? Aku pun bagi nombor telefon kaunter bas Mahligai pada Idil, dan, dia berjaya mendapatkan haknya...


11 MAC 2008

Ayah aku dropped by aku di stesen bas. Memandangkan hampir masuk waktu Isya', dia pun nak pergi ke masjid. Daripada, tunggu aku naik bas macam sesetengah parents buat tu, baiklah dia tambah pahala dengan beramal ibadat kat masjid, kan? Bukannya dapat duit pun tunggu orang naik bas ni! Hish, pelik betullah perangai orang-orang (apakah???) ni.....

Perkara yang paling menariknya, masa aku di dalam kereta heading to stesen baslah, buat kali pertamanya aku rasa cuak dan nervous nak ambil keputusan SPM ni. Memang, sebelum ni aku memang tak rasa apa-apa pun....haha....inilah penyakit paling pelik aku hadapi, kurang perasaan, dari dulu lagi! Aku pun tak tahu apa istilah benda ni dalam medik....

Seat aku bahagian atas, nombor 15A kalau tak silap, Fadhil 16A....bas double decker ni, kalau nak cerita, punyalah bergoyang, masyaAllah...kepala aku terhantuk beberapa kali pada cermin sebelah kanan aku ni....


12 MAC 2008

1.28 a.m.

Bas berhenti di hentian Merapoh. Aku dan Fadhil turunla. Tapi, aku tak beli apa-apa pun. Aku memang macam tu dari dulu lagi. Beli apa-apa nak makan awal-awal lagi. Nak beli kat Merapoh? Otak korang! Mahalla....jadi, jadilah pengguna yang bijak, jimatkan wang anda (hoho...iklan apakah ini?). Dah bosan tengok orang lalu-lalang depan mata, dah masuk pun tandas (satu kemestian apabila bas berhenti ni!), dah menyampah bau asap rokok orang sekeliling aku, aku pun pergi surau perhentian tu. Semayangla dua tiga rakaat. Bukan senang nak bangun-bangun malam ni. Dah bangun malam, tak payahlah membazirkan?

Sampai di surau, aku nampak ada mamat pakai baju rumah Omar. Aik, siapakah gerangan ini? Aku yang rabun-rabun ayam masa tu akibat kaca mata menjadi kaca poket pergi rapat-rapat dengan mamat tu. Oh, Syukri. Dia tengah semayang sensorang. Daripada aku tunggu dia siap solat, baik aku solat. Ingatkan dia perasan nanti. Tapi, heh, mamat ni memang betul-betul berpandangan jauh ke hadapan tanpa menoleh ke belakang betul la.

Usai solat, aku pergi sambung lepak-lepak balik dengan Fadhil sebelum masuk balik ke dalam perut bas dan meneruskan perjalanan menuju impian.




Bersambung pada episod Ke-2. Nantikan...

0 Respons Terbuka

Post a Comment