| 8 Respons Terbuka ]

Sambungan.....

12 Mac 2008

6.00 a.m.

Bas sampai di bandar koboi Malaysia.Buat kali pertamanya kaki aku menyentuh bumi Selangor yang berkerajaan baru. Memang spastik agaknya budak KISAS ni, kalau sampai pagi tu, macam tak sah kalau tak singgah di Restoran Hasilath. Jadi, kerana tidak ingin melanggar adat istiadat yang sememangnya entah wujud entahkan tidak, aku tanpa sedikit pun merungut pergi ke restoran bertuah demikian. Jumpa kawan-kawan dua tiga kerat, solat subuh, makan roti canai dan teh panas, sembang-sembang sekejap, lepas tu, terus pergi ke destinasi tujuan aku hari tersebut, Al-Ardhul Waqifah, Alkulliah Al-Sultan Alam Shah Al-Islamiah Bikelanj, Selanjur.

Terkesima aku tengok gambar ni, memang smartla siapa yang amek gambar ni<--kantoi gambar sapu

Sesampainya di Kampung Raja, kami menuju ke masjid tempat Fikri Nazari pernah bertugas dulu, tak lain tak bukan masjid klasik Masjid Sultan Suleiman.




Budak KISAS lepak dalam masjid

Mulanya, aku terkejut gak bila aku perasan kamera aku bawa, tapi baterinya entah ke mana. Adeh, masakan tertinggal. Sebelum aku amek gambar-gambar kat atas ni, aku ajak Jakpaw pergi Petronas beli bateri kamera. Ingat nak jalan kaki je, tapi, ngengada betul hari tu, pinjam motor Abang Azrul,(Haha....1st time naik motor di Klang).


Amek gambar Jakpaw dengan motor Abang Azrul di Stesen Petronas


Balik beli bateri kamera, lepak-lepak, sembang-sembang dan berhajat nak tidur. Tapi, bila je nak tidur, ada je yang datang mengganggu niat murni aku tu. Elok je nak tidur, adela yang datang tu....Tup tap, tup tap, pukul 10.00 pagi.

10.00 a.m.

Aku tak tipu, budak-budak ni lepak je, jadi suasana tak rasa pun macam nak ambil result SPM. Dengar cerita-cerita wira-wira harapan bangsa PLKN berceloteh, dengar cerita budak-budak muda baru dapat kerja, dengar cerita budak-budak frust kantoi test JPJ.....saper yang akan rasa macam nak ambil result 2, 3 minit lagi?

Nak tak nak, kena ambil jugak. Lepas tu, kita orang bersiap-siap. Aku tak bawa baju batik, pasal dah singkat dan ketat dah pun baju tu. Jadi, aku pinjam Fadhil punya. Then, heading to the main hall.



Pok Jak, tengok gapo tuh???
Pemandangan Dewan Besar dari masjid

macam nak pergi kenduri kawen je...


Jejantas "kegemaran"


Berkumpul di depan dewan besar. Jumpa Ammar, Gg, Baihaqi (dia buat-buat merajuk waktu ni pasal posting aku kat bawah tu yang capubkan dia...) dan ramai lagi...



Ramai-ramai duk tunggu result, buat crowded jer...haha


11.00a.m.

Muhammad Rahimi jumpa aku. Dia kata 25 orang straight 1A's. Menurut Muhammad, budak kelas dia (baca: kelas 501) yang dapat 12 1A tak sampai separuh dari tu. Lepas tu, dia ucap tahniah kat aku. Dia kata, "Ko mesti dapatnye, tapi dah nak buat macam mana, aku tak dapat". Aku kata," Apa kehe budak ni ni?". Masa tu keputusan tak keluar lagi.Then, ayah aku call. Dia terkejut. Aik, apsal tak keluar lagi? Baru je end call, aku nampak Amir Syahid tersengih-sengih pegang kertas sekeping. Aku dah agak ni mesti masuk dalam 25 insan-insan istimewa punya. Bila dah tengok 2,3 orang pergi ambil result masing-masing, aku pun pergi dalam keadaan cuak dan gelabah (effect jadi semakin jelas hasil kata-kata Muhammad tadi).

Elok je sampai meja kaunter kelas aku, tiba-tiba, muncul Fahmi Nordin a.k.a Fatmie atas kerusi tu. Oit, dari mana muncul budak ni? Dah tu, lama-lama la pulak dia duduk. Nak happy pun, bangunlah bang oi. Bikin aku gabra je.

Dup,dap,dup,dap....aku cuak. Masa ni aku duk ngadap Miss Lin nak tunggu amik result aku.
Tengok-tengok, alhamdulillah...terketar jugak awal-awal tangan aku tengok kertas nipis tu. (Happy la tuh...) Tapi, kejap je. Lepas tu, hilanglah happy. Then, jumpa Muhammad balik. Tau-tau, dia pun 12 1A jugak. Aku tak dapat pon. Woi, keji r ko Mad! Siot jer....haha.

Tapi, lepak r...tak dapat 12 1A pun, oklah....syukurlah, aku redha je, walaupun sikit-sikit frust Biology pun dapat 2A gak. Lagi aku geram, Pi'e selamba je datang-datang gelak kat aku. Sibuk je duk kata, dia selalu dapat C je Bio dan selalu tidur dalam kelas bio pun dapat 1A. Apsal ko dapat 2A lak...haha, siot la ko Pi'e. Tapi, yang paling aku segan sebenarnya, aku rasa aku adalah 1/2 budak kelas aku yang dapat BAT 2A. Haha...Fatmie, nasib baik ko temankan aku. Kalau tak, sorang-sorang la aku spoilkan rekod Ustazah Normah...sorry Ustazah....





Budak 12 1A, Syahmi Baharuddin

Sebahagian straight 1A's (25 orang kesemuanya)

Sebahagian straight A's student

Aiyad, siot je datang lambat, tau la 12 1A...haha, terer tuh...

Munzir yang semakin kurus...muahaha...


Lepas tu, punyalah letih jumpa orang tu orang ni, tanya result dan jumpa cikgu. Aku dahla tidur kejap je dalam bas. Perut pun lapar, duk harap kat sarapan pukul 6.30 tadi tu.

Nasib baik ayah aku memang understanding. Dia suruh aku makan je apa yang aku nak hari tu, lepas tu, claim balik dengan dia duit. Aku masa tu punyalah lapar+letih+penat+fatigue+lenguh+ ......................Tapi, last-last, ajak Anas pergi makan PizzaHut di Klang. Itupun pukul 4.30 ptg dah. Dari pukul 10.00 a.m. aku rasa lapar, pukul 4.30 petang baru aku makan.


Lepak di PizzaHut dengan Anas



Klang hujan (hujan rahmatkah???)



p/s: Klik pada gambar untuk membesarkan imej


Sebenarnya, banyak lagi benda yang tak tertulis, tapi macam dah malas aku nak tulis, nak buat macam mana. Bukan rezeki orang yang nak tahu la tu. Kalau aku rasa macam rajin nak tulis benda ni, insyaAllah, aku tulis...
Apa-apapun, benda dah lepas....sekarang, ayuh menuju ke arah hala tuju yang baru!

8 Respons Terbuka

Anonymous said... @ March 31, 2008 at 2:37 PM
This comment has been removed by a blog administrator.
Faqih Ahmad Shuhaili said... @ March 31, 2008 at 3:24 PM

virus ker atas tu?

Faqih Ahmad Shuhaili said... @ March 31, 2008 at 3:25 PM

terima kasehla
ingat balik kenangan lama

h a r i z, H said... @ March 31, 2008 at 3:40 PM

a'ah...virus...x yah klik....
ak pon da delete daaa....
cehhh, kenangn per, ak x tlis pon psl ko...hahaha....sorry ek qih, ak tkut kna virus....muahahaha

azalakapoor said... @ March 31, 2008 at 4:56 PM

hoi2! punye la panjang citer ko! tu bleh kata byk lg x cite..Sampai dua post! gile ah!

h a r i z, H said... @ March 31, 2008 at 5:10 PM

hoh....setting tu 2 hari, tp, citer ni klu baca pon 5 minit pon da abes...panjangkah???klu anda kata panjang,ini simptom2 anda malas membaca. apakah???

[MH] said... @ March 31, 2008 at 6:31 PM

salam hariz
berkunjung ke blog hariz,tak lengkap tanpa tinggalkan tapak kaki gajah disini..hehehe
wahh,rindunyaa akak pada kisas..dah lama tak lawat kisas...dah lama sgt2..akak tak sempat pegi kisas sblm fly hari tu..
hmm dah lain kisas skrg...

juga rindu pada miss lin yg banyak mengajar akak..bukan setakat english..hehehe
ooo,awak ke kisas tanpakeluarga ya?akak pegi ngn family..rasa tak sanggup nk amik result sorg wlaupun result tidaklah sebagus awak..heehhehe

hebat2nyaa junior akak ni..dahsat sungguh..bangaa sbb kalian dpt naik kan balik nama kisas..alhamdulillah

huhu
apa lagi eh
hmmm akak nampak gambar fahmi..dia apply mana ya?
huhuhuteam kerjaya jugak kan..
hmm
kay,sudah panjang akak melalut..
pergi dulu..

salam
p/s: lain kali,tinggalkan jejak kat komen akak plak ye..hehehe

h a r i z, H said... @ April 1, 2008 at 8:10 AM

to fathiyyah:

"berkunjung ke blog hariz,tak lengkap tanpa tinggalkan tapak kaki gajah disini"<--waaa....besarny kaki akk, pkai kasut saiz brape?

"ooo,awak ke kisas tanpakeluarga ya?akak pegi ngn family..rasa tak sanggup nk amik result sorg wlaupun result tidaklah sebagus awak..heehhehe"<---hari 2 yg datang ngn family, semua yg terer2, faqih, akmal hayat, fizi, hakim n ssooooooooo oooon.....jd, result sy x bgus sgt, x lyk pgi ngn family.


"hebat2nyaa junior akak ni..dahsat sungguh.."<---x tmasuk sy...


fahmi mara medic non-middle east...
rmbut dy da panjang daaa...

Post a Comment