| 0 Respons Terbuka ]


Ini filem "Jangan Pandang Belakang" arahan Ahmad Idham. Sekiranya anda mampu membaca ayat saya ini, sudah tentu anda tahu kewujudan filem ini, bukan? Ahmad Idham kata, "Jangan Pandang Belakang," dan filem ini pernah berada di dalam kotak pejabat (box office ler tuh...).

Jadi, ingin saya betulkan sedikit minda anda dan juga saya sendiri dengan mengkonsepsikan balik perkara ini. Diharapnya artikel ini bukan hanya berada di dalam kotak pejabat, tetapi diharapnya ia masuk ke dalam kotak minda kita. Kalau tidakpun, meja pejabat pun jadilah, ya!

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Kebelakangan ini, salah satu aktiviti yang menjadi kemestian lepasan SPM 2007 buat masa ini ialah melalui proses untuk mendapatkan lesen baik lesen kereta mahupun motosikal mahupun kedua-duanya sekali. Rata-ratanya begini. Saya pun tidak terlepas peluang untuk menjadi sebahagian golongan ini. Golongan majoriti.

Bagi tujuan itu, saya menghadiri kelas memandu di YakinPandu Sdn. Bhd., Pengkalan Chepa. Salah satu perkara yang saya pelajari dalam silibus memandu KPP (Kurikulum Pemandu per ntah...), ialah pandang ke arah cermin belakang setiap 5 saat. Wajib pandang! Kalau tidak, tester JPJ akan tanda pangkah pada hari ujian. ( Bunyinya seolah-olah masih lagi exam-oriented....). Dan, saya pasti anda semua juga pasti mempelajari perkara yang sama.

JAGA KESELAMATAN

Cuba tanya pada anak kecil, kenapa perlu sentiasa melihat ke dalam cermin belakang dan side mirror bagi setiap beberapa saat? Sudah pastinya mereka juga mampu menjawabnya. Anda yang sudah mengetahui apa itu Internet, kalau tidak tahu sebabnya, tutup komputer, kasi sama orang lain. Untuk sebab-sebab keselamatan! Untuk berjaga-jaga akan bahaya yang datang dari belakang! Ya, berjaga-jaga dan berwaspada dengan perkara dari belakang. Mana tahu, kalau-kalau ada kereta yang laju datang dari belakang.

Jadi, kita harus berwaspada dengan perkara yang ada di belakang.
Kita harus berwaspada pada apa yang kita tinggalkan di belakang. Bukan hanya kereta atau lain-lain kenderaan yang meluncur di atas jalan raya, tetapi juga kenderaan masa yang meluncur deras di atas jalan sejarah hidup kita.


MAJU KE HADAPAN, JANGAN LAGI MENOLEH KE BELAKANG!

Pernah anda mendengar kata-kata ini? Jika ya, terpulang kepada anda untuk mengamalkannya. Jika tidak mahu, jom ikut masuk bot yang sama dengan saya. Siapa kata jangan lagi menoleh ke belakang? Mahu maju ke depan, perlu menoleh ke belakang.

Menoleh, saya katakan menoleh. Bukannya menonton, mahupun menyaksikan. Perlu diingat, menoleh amat berbeza sama sekali dengan menonton, walaupun kedua-duanya masih berada di dalam keluarga melihat. Menoleh, hanya sekadar seimbas lalu, bagi diambil pengajaran dan panduan bagi menunjuk arah di hadapan. Jika anda tidak dapat menoleh ke dalam side mirror dan rear mirror, jangan sekali-kali memusingkan stereng anda ke kiri atau kanan! Bahaya! Toleh dahulu ke arah cermin itu. Apabila dipastikan semuanya lancar dan clear, barulah anda boleh terus bergerak ke arah destinasi hidup anda.

Yang pasti, Islam juga menganjurkan kepada kita untuk mempelajari sesuatu yang telah lepas atau apa yang kita sebut sebagai SEJARAH.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-A'raaf ayat 176,

“Dan ceritakanlah kisah-kisah tersebut, mudah-mudahan mereka berfikir”

Oleh itu, sebagai golongan yang beriman, maka wajiblah untuk merenung kembali perkara lampau untuk dijadikan kekuatan bagi terus bergerak ke arah masa hadapan.

Apa lagi, sila pandang belakang!








0 Respons Terbuka

Post a Comment