"Wilayah....oh...wilayah...,"mungkin itulah yang Pak Lah fikirkan.
Mana tidaknya, Wilayah Persekutuan, yang mempunyai 13 kerusi Parlimen, hanya 3 kerusi sahaja yang dapat dipertahankan oleh parti mereka. Itupun hanyalah Putrajaya, Setiwangsa dan Labuan, yang mencatatkan peratusan terendah orang yang keluar mengundi. Alahai Wilayah Persekutuan, melepaslah engkau....
Kemudiannya, 'projek-projek mega Pak Lah', Wilayah Pembangunan Iskandar, Wilayah Ekonomi, Utara (NCER), dan Wilayah Ekonomi Timur (ECER) nampaknya tidak masuk perangkap. Wilayah Ekonomi Utara (NCER) dan ECER, yang iklannya begitu dahsyat sekali, seolah-olah tidak memberikan apa-apa kepada pihaknya. Selepas dilancarkan NCER, terlepas Pulau Pinang, Perak dan Kedah. Nasib baik sahaja Perlis masih dalam genggamannya. Alahai Perlis...yang paling kecik pun jadilah....
"ECER, kenapalah engkau tidak bererti? Dilancarkan sahaja ECER, maka makin bertambah kukuhlah PAS. Alamak Kelantan...malu besarnya aku...Berbillion duit aku laburkan.
Jom kita terbang tengok-tengok, jenguk-jenguk Johor. Wilayah Pembangunan Iskandar, spesis Wilayah pertama Pak Lah. Aduh....tak menjadi juga kamu, ya! Johor kubu kuat aku pun ditembus. Dulu pembangkang tiada kerusi di negeri ini, sudah ada 6 kerusi DUN nampak gayanya, ya!
" Wilayah...oh...wilayah..."
Aku kata pada Pak Lah, itulah kamu...siapa suruh main politik wang!
[10:46 AM
|
0
Respons Terbuka
]
0 Respons Terbuka
Post a Comment