16 April 2008
Pukul 9.00 pagi aku menaiki bas Transnasional, perjalanan Kota Bharu-Ipoh, trip ID SKMK 003. Dah lama aku tak naik bas pagi. Mana taknya, selama ni, semua perjalanan aku dengan menaiki bas (2,3 tahun ni) menuju ke Lembah Klang. Kalau tak Klang, KL, tak pun, Shah Alam. Memang bosan la tengok pemandangan yang sama setiap trip. Lagipun, tengah2 hari aku hanya mampu duduk berjam2 sahaja. Tak produktif.
Kali ni, kerana aku menuju ke Ipoh, jalan yang dilalui amatlah berbeza. (Memang la beza kan?Korang nak g masjid n nk g kedai pon jalan beza, kn? Apedaaa ko ni hariz, itu pun nak bagitau...)Bas melalui Jeli. Jikalau aku ke Lembah Klang, bas akan melalui Gua Musang-Merapoh-Raub-KL. Kali ni, Jeli. Dalam perjalanan, aku mengambil peluang menikmati pemandangan di luar tingkap. Sewaktu bas melalui daerah Jeli, aku dapat melihat berbelas-belas atau mungkin berpuluh-puluh batang sungai yang tersangat-sangat memukau mata aku. Bersih, terus nampak ke dasar. (Dahsat bos, pergila tengok-tengok alam sekitar tu, jangan asyik sangat tengok blog aku...)
Huh, air. Terus aku teringat salah satu sesi usrah yang aku kendali sewaktu berada di Tingkatan 3. Mad'u? Tingkatan 1. Sewaktu itu, aku bercerita secara "saintifik"nya (atau lebih tepatnya membosankan kepada seorang budak tingkatan 1) mengenai kekaguman aku terhadap air. Dan, budak tu pun ngantuk daaa..Masa tu aku pikir, uishhh, tak leh ade fakta sikit dah ngantuk dah. (Dan aku rasa mesti budak tu fikir, ape da, orang dah ngantuk kasi orang mahu tidur daa....boring la mamat nih....)
Air. Water. Maa'
Air, atau dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai Water, merupakan salah satu makhluk Allah yang paling aku kagumi sedari kecil lagi. Memang aku kagum, samada dari segi saintifiknya ataupun dari segi falsafahnya serta falsafah dalam saintifiknya.
Entah kenapa aku rasa air merupakan salah satu ciptaan paling agung di atas muka bumi ini walaupun aku tahu adalah satu kesilapan besar bagi aku untuk meletakkan taraf terhadap ciptaan Allah dan yang pasti dan telah terbukti, MANUSIA adalah makhluk yang paling sempurna diciptakan oleh Allah. Bukan kerana Dia tidak mampu, tetapi kerana Dia tidak mahu. Macamanapun, aku nak jugak bercerita dan berkongsi pandangan aku yang cukup dangkal ini berbanding dengan korang mengenai AIR ini.
JANGAN PANDANG ORANG LAIN SEBELAH MATA
Aku pun tak ingat, dalam drama apetah, yang aku tonton lebih 3@4 tahun dulu (da lama da la..) ada satu kata-kata yang betul-betul menarik minat aku, yang berbunyi,(lebih kurang...)
" Jangan memandang rendah pada orang, kerana macam air, nampak sahaja putih dan kosong macam tiada apa-apa, tetapi, terkandung pelbagai zat-zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita."
Zruppp...terus aku terasa. Terus aku terfikir, yang kadang-kadang aku ada keegoan juga, kadang-kadang aku terasa macam diri aku ni dah bagus juga. Tapi, lihat air, bermacam-macam mineral terkandung, dia rilex je...putih kosong cam tu jer...mungkin orang yang kita sekali imbas macam loser jauh beribu-ribu lipat kali ganda lagi bagus dari kita. Betul ni aku cakap ni.
Dan, bila kita menganggap orang lain tu loser dan kita memang sangat bagus, maka kita akan membuat satu kesilapan besar, dan yang pasti, sejarah telah banyak membuktikan. Contoh? Huh, baru-baru ni pon da ada depan mata kita. Malas aku nak tulis pasal "bencana alam" yang melanda pantai berbatu-batu biru tu. Inilah keadaan di mana yang kita sebut sebagai overconfident. Pepatah aku ada berkata, kebodohan yang paling bodoh ialah apabila kita menganggap orang lain bodoh dan memperbodoh-bodohkan orang yang kita anggap bodoh yang sememangnya tidak bodoh, dan akhirnya kebodohan ini memperbodohkan diri kita semula dan menjadikan kita bodoh dan dilihat bodoh.
Jadi, ini membuatkan lirik lagu Anita Sarawak yang ditambahpopularkan oleh TV3 melalui siri ViceVersa terngiang-ngiang...
Jadi, aku rasa ingin membuat sedikit pengubahsuaian pada lirik ini,

Jangan pandangku sebelah mata
Hanya kerana ku wanita
Jadi, aku rasa ingin membuat sedikit pengubahsuaian pada lirik ini,
Jangan pandang orang tanpa mata,
Kerana itu menunjukkan kau buta,
Mungkin kau bukan buta mata,
Tetapi buta hati dan jiwa...
Ok tak? Sedap ke tak tu bergantung kepada suara korang la pulak...:)
PELAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH
Falsafah kedua yang terdapat pada air yang bagi aku sangat bermakna ialah apa yang kita belajar dalam mata pelajaran sains sewaktu di sekolah rendah. Pembiasan kan namanya? Ke ape dah nama dia yang kasi pensel nampak bengkok tu? Arghh...tak kesahla...
Kita tengok air, cam selamba je...cam ignorant, tak tau ape pun, putih, suci, otak pon takde. Tapi, dalam nampak kedunguan dan keselambaannya ditambah dengan warna yang tak ada warna serta sifat tanpa otak apatah lagi akal, dapat menipu dan mengelirukan manusia yang diprovide oleh Allah dengan otak. Masuk kaki dalam air, nampak kaki macam dah pendek, masuk pensel dalam gelas berisi air, pensel nampak macam dah bengkok. Cuba masukkan keseluruhan pensel tu dalam air, korang mesti tak dapat mengagak dengan betul macam mana bentuk asal pensel tu, bukan? Ha, tulah maksud aku, air ni dapat menyedarkan kita jangan bajet tahu semua.
Kita mungkin fikir kita tahu, kita mungkin fikir kita mampu, tapi, sebenarnya? Tuhan saja yang tahu. Bukanlah maksud aku jangan ada self-confident, tidak. Self-confident itu perlu, overconfident yang kita tak mahu.
KAJIAN OLEH PROFFESOR JEPUN
Aku pasti, yakin dan pasti (baca dalam nada lagu apetuh...dalam drama tv tu la...) korang tahu sesangat pasal kajian yang dibuat oleh Prof. Masuru Emoto mengenai molekul-molekul air yang bisa berubah pabila berlainan jenis perkataan yang digunakan. Apabila kalimah-kalimah toyyibah dibisikkan, molekul-molekul air berubah menjadi cantik. Tapi manusia? Hrmmm... dengar orang azan subuh, ada je yang tutup telinga nak tidur lagi. Dengar kuliah agama, ada je yang berprasangka buruk. Sepatutnya, mengikut konsep air yan berubah ni, manusia septatutnya bisa berubah ke arah yang lebih baik, bukan? Bukannya menjadi lebih teruk dan menentang kebaikan yang diseru. Bukan semua yang aku maksudkan, cuma segelintir untuk kita fikirkan.
Keduanya, pengajaran dari kajian ini ialah, jangan kita "dunia moden" memang "moden". Kajian ini merupakan satu tamparan yang hebat bagi golongan yang "moden". Mereka fikir, sains mampu menjelaskan segalanya. Ya, aku hampir-hampir 100% setuju walaupun tidak mencapai 100%. Bila orang buat solat hajat ataupun bacaan Yasin dan diletakkan air yang kemudiannya kita panggil Air Tawar, diorang kata," apedaa, "syirik", buat ape tadah-tadah air tu, bukannya jadi ape pun". Meh sini aku nak kata, "Weh, lu ingat lu pandai sangat ka? Itu sains memang la boleh cerita hampir semua. Tapi, lu itu tidak boleh cerita itu semua sains". (Bahasa mudah: ilmu manusia terbatas).
ISLAM BERKAIT RAPAT DENGAN AIR
Hrmmm...yang ini, malas nak cerita panjang lebar. Tapi, aku ada soalan untuk korang supaya korang jawab sendiri. Ok, korang nak solat, ape yang korang buat? Wudhu' tu pakai apa? Kalau korang tayammum, tiba-tiba korang tahu, 5 kaki ke bawah tanah, ada air, mana yang korang perlu guna untuk solat?
Kalau korang berhadas besar, apa yang korang perlu buat? Guna apa? Kalau nak pegang Quran kena pakai apa? Berapa kali dalam sehari korang diwajib dan disunat serta diharuskan supaya bersentuhan dengan air bagi memenuhi syariat agama Islam?
Kalau korang tersentuh najis mugholazzah, apa yang korang kena pakai untuk cuci? Najis mukhafafah, najis mutawassitah? Lagi-lagi dan lagi....banyak lagi...
BUMI DAN AIR
2/3 daripada bumi ni dicipta dari air, dan di dalam Al-Quran ada menceritakan mengenai Air dan Bumi dengan nisbah 2:1. Dan ini bersamaan juga dengan badan manusia yang 2/3nya terdiri daripada air. Yang ni, aku terfikir, apa mesej dan falsafah yang Allah cuba bagitahu kita mengenai persamaan proportion air dalam badan manusia dengan bumi. Namun, dengan ilmu yang cetek dan fikiran yang dangkal ni, aku tak ada jawapan. Any comment on this?
p/s: Kat UTP, banyak gila "lopak-lopak air" yang boleh disebut "tasik". (*Bahasa berterus terang: Kat UTP, banyak gila bekas-bekas lombong :) )
13 Respons Terbuka
air bkn wrna puteh ek..
it's colourless kalo brsih la..
overall xde komen..
n soklan yg kt bwh tuh, aku pn tatau jwpn dye..
Aku nak komen ape pun x tau. tp air ade byk, air oren, air mata, air zamzam, air basuhan, air laut, air ape lg ye? air hujan, air .... ntah le. wahaha, senang cakap sume trgolong dlm golongn "fluid". (er, ape ak ngarut ni?)
anywy, soklan yg di bwh tu, ak pon x tau jwpnnye ape. ak rs, bumi trdiri tanah ngn air. kite plak asal dr tanah n ade air gak dlm bdn kite. propotion yg sama tu mnunjukkn Allah nk bg kte brfikir. ntah le.. mmg susah nk jwb.
ok, ak dh komen sprti ko suruh. wahaha, mcm x ikhlas jek~
Bagur rrr kau .air pun boleh buat cerita.Aku puji.Tentang soalan tuh ,aku x pasti fakta tu betul ke tidak and aku x tahu jawapannya.
to akmal hayat:
adehhh...
tq, cikgu akmal sang guru bm...
adoi...
xkn xde idea sket pon...
to azalakapoor:
eh, yeke byk cam2 jnis air??~~~
yela...
Allah nk sruh kite bfikir,
ak da pon mula bfikir n ajak ko fikir,
to, ade 1 lg yg ak pkir,
xkn x de org nk bg buah fikiran yg bernas kot???? -_-"
hrmmm...*wondering
to hanifi aizat:
lorhhh....
x kan tatau kot bdn kite n diz world is made up of 70% lebey krg of water...
tp, buat cerita psl air?
heh, it's nothin' la...
instead, whether do u want 2 think or not la....
it's only that...
org wat citer psl jam pun boleh msk box office...
Jap, ak rs, propotion sama mgkin nk mnunjukkn kite ni brkait rapat ngn bumi. Ye la, kite ni menumpang kt bumi. Dlm ms yg sama, kite gak yg jd khalifah kt sini. Lgpun, ape yg kite wat, slalunye effect kt bumi. Contohnye pollution n ect. Ntah le, tu tekaan ak je. Not based on any QS..
p/s: x yah pikir byk sgt, ade mende kite x patut tau. mcm hal2 ghaib. klau pikir jd lg pening lak.. erm, faqih x de comment pe2 ke??? hehe~
Cuba kau buat kira2 math sikit.2/3 of 100 is 66 2/3%.And human body consist of approximately of 70% water.And earth surface is consist of 72.8% of water.Adakah 2/3 of 100 sama dengan 70%lebey krg of water.Lu pikir la sendiri.
to azalakapoor:
aah...
ni ak pnah ade pkir...
manusia ni closely related 2 the earth...
mngkin sbg bukti kite ni dr tanah...
dan kite akn kmbali kpd tanah...
dan menjadi tanah...
dan mungkin,
Allah nk tunjuk kita supaya jgn tlalu mdongak ke atas kerna kite hny setaraf yg di bawah...
ade lg yg ak ade pkir...
tp, yg effect...
new idea 4 me...
n thnx :)
btw, tu la sbb ak x brani nk tulis ak nyer idea....
hehe...sme ngn ko,
no prove from QS gak...-_-"
to hanifi:
p'tama...
bkn ke 72.8% tu approximate dgan 70%?
ke2 nya...
psl pmbahagian dlm Quran tuh...
nnt MAK ni,
ko g cari mana2 ustzah ke ustaz ke...
tny diorang...
tambahan to aiman a.k.a azalakapoor:
ko ny p/s tu ak x stuju ssgat...
x yah pikir...ni silap besar yg org pandai cam ko buat...
bg ak, kita bfikir bkn sbb kita rasa kita pandai,
kita luahkan fikiran kita bkn sbb kita rasa fikiran kita betul,
mcm hal ghaib??
hehe...bkn ke rmai je imam2 besar pikir n wat buku?
yela, dyorg imam...
tp, ni bkn psl bnd ghaib pon,
ak cme nk bincgkan dr sudut falsafah dan mesej...
nothin' more than that...
klu kite x pikir,
rugi le...
last2 omputeh je dpt pikir....
pas2, kita org Islam kte,
"alamak ai omputeh ni...kecoh r... dlm Quran dah ada lama da 1400 tahun dlu...bru skang ko tau".
Tp, kita, yg ada Quran 1400 thn dlu, tau x?
Omputeh yg "bru ada Quran" pun da tau da...
so, think of it....:)
One more thing,
ak rse proportion ni amat bharga dlm bidang Kimia la...
hrmmm....
cbe tny pakar Kimia yg korg kenal...(yg btoi2x, bkn pakar taraf SPM)
salam
hmmm...i got no idea also on quest ko tu...x mahir mne...
tp ak skong ngan pndgn korg yg ttg mnusia brkait rpat ngan bumi...
mnusia dibuat dripda tnah(bnda yg ad dlm bumi...
cume nk tmbah la...
nk kuatkn kte ni dbuat dri tnah...
almost evry elements tmsuk air(H20)yg ad dlm bumi ad dlm bdn mnusia..
n mgkin proportionnye hmpir sme(yg ni x sure sgt)...
so this is my opinion...
kalu dalil...hmmm..x tau la..x pkar psal ni..sori....
well..ak ad jmpe stu website ni...
"minerals are links between earth and human"
http://www.emory.edu/EMORY_REPORT/erarchive/1998/September/erseptember.21/9_21_98Size.html
to liyana:
ok...
thnx a lot 4 da link n ure time...
salam hariz
seharian akak fikir soalan awak tu..hmm time pegi kuliah terfikir,balik dr kulaih pun fikir..hehe betapa akak teringat2 persoalan awak ni..haha
hmm senanya bg akak la kan,tak perlu la kita nk fikir terlampau mendalam tentang 2/3 air etc tu..cukup la ia sedarkan kita betapa kerdilnya diri kita ni kan..dah sedar diri ni kecik,itupun berlagak lagi kat dunia ni..
biarla banyak benda kita tak tahu,supaya ada rasa kehambaan dgn DIA..kalau semua benda kita kaitkan dgn sains,semua benda kita dah tahu,maknanya Allah dah tak ada rahsia lagi laa..
biarkan banyak persoalan tu,biarkan kita tertanya..biar kita terus fikir..biar kita terus mengagumi Allah,biar kita terus memuji Allah,biar kita terus dekat dgnNya
wallaua'lam...
hehe ok tak jawapan ni?
Post a Comment