| 6 Respons Terbuka ]

10 hb April 2008.

Aku baru habis sesi temuduga dengan pihak MARA di UniKL. Mak aku suruh balik terus, hari tu juga. Ok. Naik bas di Hentian Putra, pukul 9 malam. Jadi, tanpa membuang masa, aku dan Ammar Rosli pergi jalan-jalan dahulu di PWTC, tengok-tengok di Pameran Buku Antarabangsa 2008. Ini Pameran Buku Antarabangsa yang diadakan di PWTC kedua yang aku pergi, selain dari sewaktu aku berada di Tingakatan 2 dahulu. Masa tu, aku pergi Kem Penulis Muda Kebangsaan. Versi 10 April 2008 hari tu, aku jumpa Akh Faisal Tehrani. Bapak ah, kalau korang (budak KISAS) tengok dia, aku jamin, terkejut punya. Kurus, bai. Beza jauh dengan yang time dia datang sekolah dulu. Ok, habis cerita.






Nak cerita di sini, aku seperti biasa, apabila masuk ke toko-toko dan kedai-kedai (sama je sebenarnya, saje je ngengada...) buku, mata aku melilau. Ya, ada sesuatu yang aku cari. Buku paling memikat. Asal je aku masuk kedai buku, mesti keluar dengan buku. Asal je aku masuk, mesti buku keluar. Asal je buku keluar, tak semestinya aku masuk. KECUALI, poket aku lagi kempis dan kurus dari anak-anak Sudan yang kebuluran (kesian kat diorang...). Kalau macam tu lah poket aku, maka, perkara di atas tak akan berlaku. Kesimpulannya, hobi aku, beli buku.

Beli buku...tapi, baca ke? Haha...ni korang boleh agak. Masalah baru aku ni. Beli buku baru, baca tak habis lagi, pergi jalan-jalan, masuk kedai buku lagi. Buku yang baru beli tak habis baca lagi, nak baca buku baru dah. Huh...Kalau dulu, tak de kerja, sehari pun dah boleh habiskan satu buku dah. Tapi, sekarang? SATU BULAN PUN TAK HABIS-HABIS LAGI!Sebenarnya, hobi beli buku ni hasil dari hobi baca buku. Kira suka baca buku stimulate suka beli buku. Kemudiannya, graf suka beli buku naik mendadak, mengakibatkan hobi baca buku inhibited sedikit demi sedikit. Penurunan graf suka baca buku ni membuatkan aku terfikir banyak kali sekarang ni. Nak beli ke tak, yang akhirnya, berkemungkinan besar membawa kepada terinhibitnya hobi beli buku juga. (Haha...uslub Menstruation Circle<--benda yang budak laki paling lambat nak faham...tapi, best pasal berbelit-belit..:))
Ok, sekarang ni aku nak cari punca sebab hobi baca buku aku berkurang despite of increasing in the new hobby. Faktor-faktor yang berkemungkinan (probablity) memainkan peranan;

1. Internet. Banyak membazir masa depan internet membuatkan aku jadi makin leka. Buku pun tak sempat habis nak baca, nak baca blog orang.
2. Televisyen. Aku rasa yang ni, tak kot. Pasal aku kurang tengok tv.
3. Suratkhabar. Selalunya, aku akan baca banyak dalam suratkhabar lebih dari orang lain. Dah berita-berita dalam tu pendek-pendek, jadi, dan banyak cerita, jadi banyaklah yang aku baca...(pening la ayat ni..sorry, aku sendiri pun pening nak tulis...tak sampai mesej ni)
4. Aktiviti baru yang semakin meningkat, tidur. Dahsyat. Bahaya. Makin hari, makin banyak tidur. Tapi, nasib baik hari ni aku bangun awal juga dan belum tidur lagi walaupun semalam tidur pukul 2.30 a.m.
5. Aku sendiri. Sibuk je nak salahkan benda lain, padahal aku sendiri yang tak betul, kan? Jadi, jom tak payah nak salahkan orang lain la.


Antara buku-buku aku yang terbaru (koleksi) yang tak habis-habis baca jugak;

1. The Choice oleh Sheikh Ahmad Deedat (ni patut pun tak habis, bahasa terjemahan dia makin lama makin pening la...)
2. Fiqh Luar Negara (mak aku bagi, baru baca bahagian depan je pon...)
3. Tafsir Al-Azhar Jilid 1&2 (ni dah lama dah aku pinjam dengan nenek aku, lama kaw2, tak habis-habis jugak...*dah lama pun tak sentuh)
4. Ahmadinejad, Singa Islam (sedikit lagi nak habis, tapi tak habis2 jugak...tapi, perkataan sedikit tu membuatkan aku sedikit gembira...hehe)
5. Gerhana bulan ke apentah...(malas nak pergi tengok...) oleh Isa Kamari (ni mak aku bagi, baca sedikit je baru...kali ni, sedikit tu membuatkan aku sedikitpun tak gembira)
6. Psikologi Dalam Pengajaran (mak aku punya, dia suruh aku baca, tapi, macam tu lah...tak tersentuh pun)
7. Dan lain-lain...(banyak lagi...malas nak tulis, lagi bagus dari aku merungut di sini, merungut dalam hati, berubah dan pergi baca buku sekarang juga, kan?)


Huh....harap-harapnya, korang tak payahlah ada hobi "mahal" macam ni...Duit keluar, habuk pun tara masuk...

*p/s:Aku harap aku dapat hobi baru, tak suka beli buku. Jadi, takdelah poket aku kebuluran sangat dan tak cukup zat.Ammar lainlah...buku-buku dia, semua dahsyat-dahsyat, satira hebat.

6 Respons Terbuka

Anonymous said... @ April 17, 2008 at 9:13 PM
This comment has been removed by a blog administrator.
h a r i z, H said... @ April 19, 2008 at 10:20 AM

cis....
org len x de komen...
spam sibuk nk kacau...

Liyana said... @ April 21, 2008 at 12:32 PM

hmmm..biar ak komen...
act ak pn pnyai hobi cmni gak..
ske kumpl buku..bacenye x sgt...
hahaha
ske tgok rak bku yg pnuh n trssun...
x pe la..ak aggp ni motivation nk baca buku....
aja aja fighting!!gambate neh!!haik!!

h a r i z, H said... @ April 21, 2008 at 12:44 PM

heh...
klu nk tgok rak buku penuh tsusun,
ape kate ko g library...
mesti bahagia idup ko...

azalakapoor said... @ April 22, 2008 at 12:34 PM

woi, hobi yang sama seperti aku.. wahaha!

h a r i z, H said... @ April 22, 2008 at 2:33 PM

to azalakapoor:

x perlu bangga sgt b'kongsi hobi yg x b'manfaat...T_T

Post a Comment