| 6 Respons Terbuka ]




M.A.K? Huh...meh sini aku cerita...Saje je nak buat cerita ni lambat-lambat...nak tunggu amek gambar dua tiga keping dengan Akmal dan Aiman.


25 April 2008


6.00 pagi

Sampai sekali lagi di bandar koboi Malaysia, Kelanj bi Selanjur. Seolah-olah rutin, aku pergi ke Restoran Hasilath.Masuk-masuk, dah nampak Mail dan Pe'e. Wow, dah pendek rambut Mail..haha. Letak beg, terus pergi solat Subuh. Usai solat, nampak Idil baru tiba.



Naik teksi dan tiba di asrama pagi tu.


Dari kiri; Idil, Mail, Pe'e

Pergi naik ke 3rd floor blok Khalid. Kata Pe'e, budak2 ni lepak kat sana. Cari punya cari, aik, tak de pun (habis semua bilik diceroboh..haha). Pastu, call Kere'. Rupa-rupanya, diorang ada dalam bilik depan kami je, D 305. Haha...teringat aku liqa' Al-bab...ni lagi dahsyat, dah la sama laki, guna handset lak tu, zaman teknologi la katakan =).

Masuk bilik, ada Gg, Pidah, Kere'. Diorang dah sampai di asrama semalaman dah pun.

Lepak lama-lama kat situ, siap-siap untuk ke sekolah.

Putih=Husaini a.k.a Hussein

8.30 a.m.

Pagi tu, bajet-bajet nak pergi makan nasi lemak kat warung sebelah tu. Tapi, tak sempat. Terus pergi dewan besar tanpa makan pagi. Memang lapar la pagi kat dewan tu, pukul 11 lebih baru diorang bagi air.

Ceh, ni la nasib bawak kamera, asyik tak de je gamba sendiri...

Sampai dewan besar, daftarkan nama. Masa tu, ingat terlampau awal sebab tak nampak sorang pun lagi. Berlegar-legar depan dewan dengan muka blur bila cikgu suruh masuk. Sedangkan, pada masa yang sama, V.I.P dah datang dah. Kiranya, kitorang masuk sekali la. Kira dah macam VIP la jugak kitorang ni. Masuk dalam dewan, sekali lagi jadi budak blur. KP suruh pergi depan, tapi tak nampak pun budak2 lain kat depan. Habeh bebudak gelak. Biorle...

Ambil tempat duduk, duduk sebelah Anas, abangnya Aqil. Kitorang pernah jumpa dulu waktu temuduga MARA dulu. Aku banyak diam je, entah angin tak nak cakap datang. Bak kata Ammar Rosli, PMS laki. Haha, banyak la ko...




Duk dalam dewan, dengar semua speech tu. Bagus jugak angin ni, boleh aku concentrate dengar orang bercakap kat depan. Tak lama lepas tu, dipanggil beratur kat luar.

Beratur ke berterabur?


Ceh, Aiman curik-curik ambil gambar aku...
Ntahapehape akmal...pelik tul hang ni...

Kemudian, naik pentas, terima sijil masing-masing. Kemudian, turun, ambil duit.



Kemudian, pergi lunch di kantin. Syukur, terubat juga akhirnya sakit lapar aku ni..


Usai Solat Jumaat, pergi ke dewan besar, menghadiri majlis persaraan Sifu Ch'ng Teng Hong. Duk dalam dewan, aku nampak ada pelajar tingkatan 5 memegang buku Teks Sejarah. Teringat waktu dulu, buku asyik kat tangan je kalau masuk mana-mana majlis. Tak nak membazir masa la tu kononnya. Tapi, baca belum tentu :). Petang-petang macam ni, memang bosanlah duk dalam dewan tu. Dahla panas, dahaga pulak tu. Keluar ke Petronas dengan Akmal dan Idil, pergi beli air.

Ceh mal, macam aku tak tau ko saje dok dalam tu nak air-cond....

Macam KP dah tunggu beratur depan pintu dewan..:)

Tengah: Mr Ch'ng Sifu Fizik...

Tengah: Ni, sifu pe lak ni? SI FUlan???

Turun main basketball dengan bebudak sekolah...

Tapi, yang bestnya duk di asrama ni, aku kembali menjadi aktif. Jalan dan naik tangga pun jadi laju. Langsung tak rasa letih, tapi segar dan best. Kat rumah? Adeh, bukan kata rumah aku tak best, tapi bawak kereta je laju. Opss..hehe. Tak de laju sangat. Camanapun, itu adalah kenyataan yang asrama membuatkan kehidupan aku jadi laju. Padahal tak de ape pun. Entahlah, dah jadi tabiat kot kalau pergi KISAS tu.



7.00 p.m.


Pergi ke Klang dengan harapan nak tukar tiket bas supaya boleh naik kat K.L esok, senang sikit. tak payah la rushing sangat nanti balik dari Sunway Lagoon esok. Tak dapat. Adeh!-_-". Biar je la, teman Wafiy, Idil dan Ikhwan beli tiket.

Balik dari Klang, terus pergi ke Wak Kanang. Tengok ramai budak2 ni lepak. Join sekali.



Gelas besar?
Nasi Goreng U.S.A...apsal la nama dia u.s.a heh?

Makan-makan, sembang-sembang, bincang pasal motivasi. Ceh, motivasi la sangat, aku rasa isi yang bagitahu budak-budak F5 malam tu macam dah basi dah...-_-"

Malam tu, ronda-ronda asrama. Jumpa junior aku di Falahiah dulu yang masuk KISAS (F4 2008). Sembang-sembang, borak-borak. Kesian diorang, dua-dua duk blok Thariq, blok yang tandasnya paling tak best.(Haha, jangan marah Faqih n Aiman, kalau aku tak cakap pun, the truth speaks himself...;)).

Sebelum tidur, tengok Azzam buat latihan debat.



2.00 a.m.


Tidur....zzzz.....(dalam bilik rehat)





26 April 2008


8.00 a.m.

Pergi Wak Kanang, sarapan pagi. Nasi lemak, salah satu "mutiara" yang aku jumpa kat KISAS. Memang sedap, tapi dah naik harga. Naik 20 sen. Ceh...

nasi lemak dengan tempe + teh tarik licinnnn...


Usai sarapan, masuk bilik rehat semula. Menuntut dengan Sifu Anas. Trick baru aku pelajari. Haha...nantikan aku "graduate" dengan Anas. Sambil tu, macam biasa Anas dengan "lebat"nya, buat magik dengan orang.


Sifu Anas, guru aku pengajian pasca SPM..haha

Tengok gapo, Mad?

9.30 a.m.


Bertolak ke Klang. Hantar Wafiy Ariffin, Atan, Ikhwan, Akmal Hayat. Aku, Fizi, Buzar, Idil, Anas_AF pergi KL. Fizi nak pergi hotel, aku? Sunway Lagoon. Yeah. Di KL sentral, jumpa Hakim dan Safwan Amran.



Sunway Lagoon......

11.20 a.m.


Naik bas menuju ke Sg. Besi. Naik bas sorang-sorang. Yang nak pergi Sunway, semua tidur di rumah Ammar, aku sorang je yang tidur kat KISAS. Handset tak de bateri. Tak leh nak call Ammar. Memang smart. Aku dahla tak pernah sampai kat sana. Tak tahu pun kat mana Sunway tu. Cuak ada sikit-sikit. Seronok pun ada sikit-sikit. Perasaan bercampur-baur. Memang perasaan yang aku inginkan selama ni. Perasaan jadi "lone traveller". Haha...kalau sesat waktu tu...aiseh. Melepas bas malam tu. Buat muka tak malu, tanya akak depan aku. Minta tolong dia bagitahu kalau dah sampai. Ada minah seat sebaris dengan aku pandang slack je. Suka hati ko la. Aku tak kesah~. Yang penting, aku dapat merasai perasaan pelik ni.

12.00 p.m.

Sampai Sunway Pyramid. Jalan sorang-sorang dalam tu. Memang tak tahu kat mana pun. Sekali lagi, nak call diorang, handset aku tak de bateri! Jalan-jalan, jumpa signboard. Sunway Lagoon kat luar. Cari peta. Baca peta. Yeah, sampai juga "lone ranger" ni. Tapi, ada lagi satu masalah. Tak tahu diorang kat mana. Aku pun pergi jalan-jalan, ronda-ronda kawasan tu, dengan harapan jumpa diorang. Blah la wei, tempat tu luas bai. Pergi kat petugas dia, tanya ada perkhidmatan telefon tak. Dia pun bagi pinjam telefon dia. Aku hanya ingat nombor Ammar Rosli. Call-call tak dapat. Nombor Gg, Pidah aku tak ingat. Mampus ko Hariz...

Aku tak putus asa, jalan-jalan, cari diorang. Lama jalan, kemudian aku terfikir, selalunya, kalau aku bersungguh-sungguh cari sesuatu, memang susah nak jumpa, tapi, bila cam dah mengalah sikit, benda tu datang. Kemudian, aku pun "mengalah". Biarlah, jalan sorang-sorang la. Kejap je lepas tu, jumpa diorang. haha, syukur...

Kemudian, apa lagi? Enjoy la kat dalam tu. Gambar? Heh, sorry. Tak de. Bateri kamera pun habis! -_-". Lagi satu, kamera tu letak dalam loker je, susah nak pegang.

Satu je gambar yang dapat snap...

5.00 p.m.

Bertolak balik. Bas pukul 9 malam di Klang. Tak leh nak tukar naik di KL. Janji nak balik dengan Idil. Tapi, tak sempat. Bas yang sampai di Sunway lambat. Sorry dil.

7.22 p.m.

Sampai di Stesen Komuter Klang. Serba salah. Bas? Lambat lagi la sampai. Teksi? Mahal. Jalan kaki? Ya! Haha..macam tak biasa buat lak. Memang rushing. Balik asrama, kemas sikit lagi barang. Keluar terus asrama. Tunggu bas. Bapak lambat. Tengah tunggu tu, ada sorang mak cik datang. Tegur aku. Kami speaking. Lepas tu, dia tanya aku, "Are u a chinese?". Aku, adeh, mak cik (dalam hati je la). "No, I'm Malay". Adoi.-_-". Bukan main dah hitam dah aku ni, boleh lagi ditanyanya Chinese. Tak pe lah makcik.



8.00 p.m.


Sampai di Klang. Masuk Hasilath. Solat. Tengok Chelsea vs MU. Yeay! Chelsea menang. Walaupun tak dapat tengok sampai habis, menculupilah tengok Ballack skor gol pertama.



9.00 p.m.


Naik bas. Sorang-sorang. Balik Kota Bharu.


p/s: Fizi, bapak rugi ko batalkan niat untuk ikut kitorang pergi ke Sunway Lagoon tuh..



6 Respons Terbuka

~ hAFiZi ~ said... @ April 28, 2008 at 6:18 PM

huh!!~
lantak la..
aku malas nak pi la...
family aku dah nak balik...xkan aku nak pi gak kot..
anyway, aku nnt nak pegi gak......tgk la bila2...dgn anak2 and bini aku plak kot!!~
hahaha....!!~

Liyana said... @ April 29, 2008 at 4:10 AM

hehheeh...
ak x nk komen psal MAK...dh puas komen kt blog org len..ye la tjuk n crite sme..huhu..all bout MAK..

ttrik ngan cte sunway ko tu...
bestnye jdi traveller sorg2....t'ign jd..tp tau je la ppuan..cnfirm parents x bagi...

yg x bleh thn stu lgi..psal mk cik yg tnye ko tu cine ke x...huhuhuh..dh nk buat cmne muke mmg 100% cine..hitam cmne pn org akn kte ko cine jgak..huhuh...

x pe la 2 in 1...muke cine dlm bdn melayu...

haa time MAK tu ak jmpe kmbar ko la...bdak2 len pn ad ckap...sbjik..cume die lgi kurus n tggi..

Liyana said... @ April 29, 2008 at 4:13 AM

hmm..lupe lak...
ak pn dlu t'tnye nape la usa...
ni mmg nasi goreng style american ke...
rupenye..
nasi goreng U.DANG S.OTONG A.YAM..
sptutnye la..klu x de tu..mknenye nak save bajet la tu..buat cikai2 je..
huhuhu..

harizhazwan said... @ April 29, 2008 at 7:50 AM

to hafizi:
haha...sian ko...
bkn rm 29, tp rm 60 maaaa...
x pe r...
tp, klu ko leh ikut ari 2,
konpem save budget...haks3x...

to liyana:
adoi...
tu la pasal...
klu 3 thun dlu, ak terima,
sjak ak duk kisas, makin hitam da jadi ak...tp, x kesahla~
ni pun bkn 1st time org pkir ak chinese, da msuk kli ke4 da kot org tgur ak pkir ak chinese...-_-"
tp, x kesahla~ arap2 ak ada kerajinan cam chinese dan budi pekerti org melayu...haha:)

lg 1, klu u.dg s.tong a.yam...
xleh la ak makan...allergik maaaa...tp, ak rse bgus gak name dy cam2, bleh ak "telan USA"...:)

BasH said... @ April 29, 2008 at 11:33 AM

Are u chinese?? wahahah...mantap...
u can speak english very well...maybe u r american? or african or australian?
hikhik...

HarizHazwan said... @ April 29, 2008 at 11:48 AM

to bro bash:
i'm Malaysian! yeah! haha...
x de nak mantapny...bese2 je..

Post a Comment