Assalamualaikum semua!
Salam berjumpa lagi dan semestinya, SALAM AIDILFITRI! Saya harap anda puas menatap wajah oh, kad hari raya saya yang bergelimpangan dan berserabai di bawah ini. Diharapnya!
Baiklah, satu pemberitahuan kepada semua. Saya baru sahaja pulang dari aktiviti “Jalan-jalan pergi Makan” di kedai franchise Popeyes, satu franchise yang belum lagi menembusi pasaran Malaysia.
Oh ya, bercerita mengenai Jalan dan Makan saya amat tertarik dengan kombo ini. Anda berjalan, anda makan.Wah, bagus sungguh kombo itu. Ianya berdasarkan dari formula keseronokan yang hebat.
Jalan+Makan=Siapa Tak Mahu!
Namun, apakah cukup sekadar kita mahu melahapkan dan menggunakan formula orang sahaja? Cukupkah? Apa kata kita buat formula2 baru kita sendiri untuk mencipta trademark dan produk kita yang lebih hebat dan kreatif. Ya, kreatif! Sebagai contoh, kambing+tayar=(kereta kambing untuk pengangkutan?), cat+debu=(cat yang berdebu?), Biri-biri+Kuda=(Oh, apakah akan muncul spesies Kuri-Bida?). Baiklah, cukup.Itu semua contoh sahaja.Contoh yang memang tidak patut anda buat kerana anda semua hanya akan berhadapan dengan kerugian. Rugi, bhai!Rugi!
Namun, apa yang ingin saya jelaskan ialah, cuba berfikiran yang kreatif dan di luar kotak minda manusia lain (jangan tanya saya, bila masa pula minda berada di dalam kotak! Huh). Sebagai contoh, apabila ditulis perkataan “CINTA” dihadapan muka sesebuah novel, yang terbayang di kebanyakan kepala hotak manusia ialah, JIWANG KARAT (ada warna karat tak?) . Perh. (Nota:- saya juga sebenarnya, kerna saya agak sedikit geli dengan novel2 bertajuk sebegini. No offence. It’s not the book or the author; it’s me). Tapi, yang pasti, ianya tidaklah se”streotaip” sedemikian rupa.Contoh; Novel Ramlee Awang Mursyid, Hijab Sang Pencinta tak dak la pulak aih jiwang-jiwangnya na.
Ciptalah sesuatu yang baru dan yang pastinya sesuatu yang berguna dan memanfaatkan orang lain, bukannya hanya merosakkan.Janganlah reka formula-formula seperti “besi + orang=pukul orang”, “duit + rumah=curi rumah orang kaya” ataupun “kayu + api=bakar rumah orang yang hensem didengki” dan mempraktikkannya.Jangan! Apakata, tukarkan ia kepada, “besi + orang=pertahanan diri”, “duit + rumah=buat rumah yang berkualiti” dan “kayu + api=buat Kayu Api!”.
Terapkan konsep ini dalam apa sahaja kehidupan anda.Ingat, tak semestinya “Doktor + X=Duit”, “X=bedah orang banyak2” ataupun, “Jurutera + Y=Duit”, “Y=ketuk batu bata di rumah orang banyak2”. Tidak semestinya. Apa kata, X itu kita jadikannya sebagai menjual kasut-kasut penjagaan kesihatan ataupun minyak penghensem muka ikan. Sudah pasti orang menaruh kepercayaan dan berlaku peningkatan dalam penjualan. Y itu pula kita jadikan sebagai perusahaan menjual batu-bata yang berkualiti ataupun wayar elektrik paling bagus. Ingat, ini hanyalah sebagai contoh.
Kembangkan minda anda, dan menyumbanglah kepada orang di sekeliling anda!
Suatu ketika dahulu, siapa sangka lintah ialah kilang pengeluar wang!
2 Respons Terbuka
weyh
hijab sang pencipta da kuar pasaran ke? ak x pasanlaa
suke giler trilogy yg die buat kali nih
Da lama daaaa....
cari r...
ak x de pon buku2 ramlee,
baca bdak rumah ak pnya da r...
blambak.free.haha
Post a Comment