| 1 Respons Terbuka ]

*post ini saya dedikasikan khas buat diri saya dan anda adalah dijemput untuk membacanya

Assalamualaikum dan selamat berjaya!




"Do What You Love, The Money Will Follow", begitulah bunyinya tajuk buku yang saya kira sangat terkenal, tulisan Marsha Sinetar. Lagak bagai selebriti yang ditangkap basah. Famous sungguh. Famous bagai. Ya, tak rugi membacanya. Lebih baik la korang baca buku ni daripada melayan Power Rangers kat rumah tu! ( Walaupun saya tak baca lagi! Fuh, kantoi! ) Hoho, saya juga sebenarnya berharap untuk berpeluang membaca buku ini. Adalah diharapkan! Ameen. Susah nak cari bhai buku ni kat sini. Alih-alih, kena eBay, takpon Amazon. Hmmm, tunggu , saya akan dapatkan jua buku tersebut!


Ya, benar dan benar. Selalu sahaja di mana-mana manusia akan mengulangi quote ini. Dan, inilah yang kadang-kadang mat drug akan kata, "Hoi bro, ikut suka hati kamek la nak makan dadah."(sambil tonyoh2 emas di giginya, menyelak rambut di depan muka bagai menyelak langsir rumah dan menggaru haiwan ternakan di atas kepalanya - jangan bayang sekiranya anda suka-suki muntah di khalayak awam). Oh, nasib baik golongan sampah basah ini tak suka untuk baca buku-buku seperti di atas tadi. Kalau tak, ha, sapa nak berdebat dengan Mat Top ini? Raise your hands up! Maaf, sekiranya anda akan kata inilah “Do What You Love, The Money Will Follow”, oh, anda sudah tersesat jalan. Wayar-wayar otak anda pun sudah tersilap sambungan. Kalau yang bahagian sebegini, itu kita katakan sebagai “Do What You Love, The Money Will Be Throwed”. !@%^&#%^&*!@# .


Ya, minat akan mencipta satu momentum yang besar amat hebat sangat. Anda akan sanggup melakukannya walau dalam apa jua keadaan pun. Bak kata Azizi Ali dalam bukunya, “Bagaimana Mahu Menjadi Pekerja Jutawan,” ,satu kayu ukur yang dapat menentukan anda minat atau tidak sesuatu pekerjaan itu ialah anda sanggup melakukan kerja itu dalam kondisi apa pun, terbalik, baring kuak lentang, mengangkang (maaf, ini adalah kesilapan teknikal.hoho) walaupun anda tidak menerima wang gaji!


Kisah-kisah orang berjaya sebagai contoh, Bill Gates mampu membuat satu langkah yang sangat besar dengan menarik dirinya dari meneruskan pengajiannya di Harvard University. Kalau anda, mampukah? Oh, serius saya cakap, kalau saya, sudah tentu jauh tong gas dari dapur! Bukan senang bhai nak masuk Harvard. SAT kena 1600/1600! Semuanya hanya semata-mata meneruskan kegilaannya terhadap bisnes dan computer.


Itulah apa yang kita sebut sebagai MINAT SEBAGAI BOOSTER! Mahu itu dapur, minat itu gasnya. Dapur boleh saja berasap dengan kayu-kayan dan balak-balak. Tapi, gas minat lah yang akan menjulang dan mengkonsistensikan api tersebut sehingga kiamat gas habis ler…


Buatlah apa yang anda minat, dan biarkan D . U . I . T mengikuti anda di belakang, bukan anda yang mengejarnya, dan sekali lagi saya tekankan, BIARKAN DUIT ITU MENJADI BAYANG-BAYANG ANDA...






Type rest of the post here

1 Respons Terbuka

Huda Saffry said... @ October 10, 2008 at 3:04 PM

yeah!! biarkan biarkan^^
eyh mahu tye, ko da bce sume laa ea trilogy ramlee awg murshid tu?
wahhhhhhhhhh jeles2 ak x jumpe lg yg da latestnye..huhu ahhhhh, sunan ak..
sgt baek..hehehe

Post a Comment