| 15 Respons Terbuka ]

Puisi aku yang tak best ni aku tulis atas dasar kejelikan aku melihat pergaduhan ideologi manusia yang ego tanpa henti-henti. Ya, pada dasarnya, aku memang tak minat nak menulis benda-benda macam ni. Tak cool untuk seorang H2, kata aku. Tapi, kejelikan aku menutup pintu-pintu fikiran aku kepada benda-benda tak cool dan membuka jalan kepada jari-jari aku untuk terus bergerak di atas papan kibod melontar pandangan aku terhadap norma masyarakat ekstremis yang egois yang tak berhenti-henti berperang dengan ideologi mereka. Maaf. Puisi aku ni tak sedap pada literalnya baik lenggok bahasanya. Namun, aku tak peduli. Yang penting, aku tahu aku ada mesej.


Apakah sebenarnya warna pelangi?
Birukah?
Hijaukah?
Merahkah?
Indigokah?
Jinggakah?
Hijaukah?
Atau hitam dan putih sahajakah?
Apakah?

Apakah sebenarnya warna pelangi?
Pandangan mata berkata,
tujuh warna kesemuanya,
indah nian tatapan mata,
sungguh takjub pada yang Pencipta,
indah sungguh indah,
ya, tujuh warnanya,
kamu nampak,
aku nampak

Apakah sebenarnya warna pelangi?
hitam dan putihkah?
putih wahai pelajar-pelajarku,
kata sang Profesor yang buta,
semua itu adalah pecahan dari warna putih,
dan bercantum akan menjadi putih,
Profesor itu ilmunya seluas langit,
yang menjadi padang pelangi,
tulisannya hebat,
sehebat pemandangan pelangi

Apakah sebenarnya warna pelangi?
Tika saat anak kecil memuji,
indahnya pelangi,
bersungguh-sungguh berkata semuanya ada tujuh warna,
tiba-tiba,
datang sang Profesor buta tetapi hebat itu,
datang memarahi,
Ah, pelangi itu putih sebenarnya!

Apakah warna pelangi sebenarnya?
Anak kecil yang cetek ilmunya itu,
menengking,
Wahai Orang Tua yang buta,
apa kamu tahu?
Profesor itu memegang kepala anak kecil,
sambil berkata,
Wahai anak kecil,
Jangan kamu degil,
Aku ini tinggi ilmunya,
Pelangi itu putih asalnya,
dan akan menjadi putih akhirnya.

Apakah warna pelangi sebenarnya?
Berwarna warni ceria,
atau putih suci sahaja?
Yang manakah lebih sesuai,
untuk diberikan kepada Sang Pelangi yang indah itu,
baik pada pandangan mata kasar,
dan juga pada pandangan akal pintar,
pada rupa asalnya,
dan juga proses pembentukannya?

Apakah warna pelangi sebenarnya?
Engkau nilailah sendiri!



15 Respons Terbuka

shinja said... @ November 29, 2008 at 2:05 AM

pelangi itu bagaimana? Pelangi itu sangat cantik, indah, dan kehadirannya dinanti oleh anak kecil atau jiwa yang perlukan ketenangan alami.

mari kita sentuhnya, berlari atau menggelungsur di atasnya sambil mengira-ngira jalur warnanya.

apa ingin sentuhnya?

tapi sayang, keindahan dan keterujaan itu hanya di mata. kita tidak boleh sentuhnya.

shinja said... @ November 29, 2008 at 2:05 AM

pelangi itu bagaimana? Pelangi itu sangat cantik, indah, dan kehadirannya dinanti oleh anak kecil atau jiwa yang perlukan ketenangan alami.

mari kita sentuhnya, berlari atau menggelungsur di atasnya sambil mengira-ngira jalur warnanya.

apa ingin sentuhnya?

tapi sayang, keindahan dan keterujaan itu hanya di mata. kita tidak boleh sentuhnya.

H2 said... @ November 29, 2008 at 2:21 AM

hehe...
ermm...
benar, ia amat diperlukan oleh jiwa yg memerlukan ketanangan...

mengambarkan warna warna yang ada di muka bumi ini...

ermm...
sbnanya, the so-called sajak yg hampeh ni sbenanye saya tujukan kepada ekstrimis ideologi yang serba racist dan ekstrimis ideologi yg mengatakan "semua adalah sama sahaja"...

mgkin akan ditulis entri yg lain akan kisah sajak ini...

cuma x sempat sbb sibuk...
lusa exam maaa...

nyway, ni dak joden gak eh???

Dr_Prastanta said... @ November 29, 2008 at 10:56 PM

maka benarlah kedua-duanya pelangi itu juga tujuh warna dan putih juga.

seperti mana manusia yg berbagai warna kulit, namun semuanya manusia juga, yang terhasil dek titisan air mani yang kotor.

haha. skema gile aku.
sori arezzz.aku bosan nih

H2 said... @ November 30, 2008 at 2:27 AM

haha...
benar2x..
tafsirlah kamu akan ia...
dan cara ko tafsir puisi skema aku tuh,
da nk dkat2x gler bangkong da dgn mksd aku...
iAllah, lpas exam nih,
aku tulih mksd trsirat puisi [baca; sajak skema] aku tuh dlm gaya tersurat.sekian.

hoho.tp org kte skema itu chantek. dan aku kata, skema itu bosan.haha. cuma, matang itu dipandang.ngahaha.

Dojot said... @ December 2, 2008 at 10:37 AM

semakin putus fius..
btw,taniah ats ke'tak-cool'an anda..
adoiyai..mmg suma yg pegi mid east akn jadik puitis ke??
XD

H2 said... @ December 2, 2008 at 11:24 AM

tq atas ucapan tahniah yg x berhenti2 dr anda ye cik dojot...
g mid east jd puitis???
wakaka...
aku dr dlm perut mak aku da putitis daa...
cuma x cool je kalu aku nak tunjuk...
ini sebab ada penyebab menyebabkan aku menghancurkan tembok cool bukan dengan tidak bersebab...

nnt ler aku tulih balik asal lepas exam arab aku..

orangjahat said... @ December 2, 2008 at 2:52 PM

asalamualaikum..
hi h2.

tentang pendapat kamu:

aku bersetuju dengan kata2 mu,
dan aku juga bersetuju dengan
pendapat ku, dan akhirnya aku
mengambil langkah supaya tidak
mencarut di laman anda. kerana
anda tidak suka, seperti rasulullah
dan para sahabat tak suka.


benar kata anda, mengkafirkan orang
seorang muslim boleh membatalkan
iman. apa pendapat anda tentang
mustafa kamal ataturk? apa pendapat
anda tentang anwar saddat? apa
pendapat anda pada golongan yg
tidak membayar zakat selepas
kewafatan rasulullah?


tentang taliban:

mungkin dari pendapat yg lain,
taliban adalah talibarut amerika yg
makan tuan. dan bgku bukan taksub,
tapi terpegun! Islam yg di canang
sebagai sesuatu yg selebet akhirnya
muncul pejuang2 seperti mereka
(taliban, hamas, jihad islami,
hizbullah, dll.). mereka bertujuan
yg sama, jika mereka rasa mereka
berdosa dahula, dan sekarang
mungkin sedar kesilapan mereka dulu
dan mengambil langkah untuk
berjihad. mungkin sudut pandangan
kita berbeza, tetapi bgku, islam
itu satu, mazhab pon banyak, tapi
takkan nak salah kan mana2 mazhab
yg tidak sealiran dengan kita.
tambahan pula, kita di malaysia.
bukan di pakistan, palestin atau
di mana bumi yg sedang perang.
cuba anda di sana, tekanan dan mcm2
lagi yg anda akan rasa.


last skali:

terima kasih atas teguran anda,
sesungguh nya anda lah satu2 nya
manusia yg baik hati, baik akhlak,
dan sebagai nya.

sekian,
aoj.

terima kasut.

H2 said... @ December 3, 2008 at 7:01 PM

to aoj>>

mahu aku jawab di sini atau di page kamu? tak mengapa, saya pastekan ke dua2 muka.

"aku bersetuju dengan kata2 mu,
dan aku juga bersetuju dengan
pendapat ku, dan akhirnya aku
mengambil langkah supaya tidak
mencarut di laman anda. kerana
anda tidak suka, seperti rasulullah
dan para sahabat tak suka."

>>terima kasih.

"benar kata anda, mengkafirkan orang
seorang muslim boleh membatalkan
iman."

>>bagus anda tahu.

"apa pendapat anda tentang
mustafa kamal ataturk? apa pendapat
anda tentang anwar saddat?"

>>saya nak tanya, ada dia pernah mengaku kafir ker?? dia masa hidupnya mengaku Islam. kita manusia hanya mampu menghukum yang zahir, apsal anda tidak serahkan kepada Allah tugas menghukum yang batin??? Memang lah tindak tanduk nya bukan bagai seorang Muslim. Tapi, apa kuasa anda utk menghukum yang batin. Bagi saya, ianya mudah sahaja, Islam dijatuhkan oleh Muslim.

apa
pendapat anda pada golongan yg
tidak membayar zakat selepas
kewafatan rasulullah? "

>>haih. anda ni hampeh sungguh. kenapa mahu disamakan anwar saddat, mustafa kemal, golongan yg diperangi sbb x bayar zakat dengan umno?? poredah lah anda nih. mereka dikafirkan bukan sebab tak mahu bayar zakat. ramai je pada hari ni orang tak bayar zakat. mereka dikafirkan sebab tak mengakui zakat tu rukun Islam. Sama la juga dengan solat. Kalau tak solat, tak kafir, cuma fasik. Berdosa besar. Kalau menidakkan solat rukun Islam, barulah jatuh kafir keatasnya, kerana ianya melibatkan aqidah. Pergi bukak balik kitab kuning anda, ya.

"mungkin dari pendapat yg lain,
taliban adalah talibarut amerika yg
makan tuan."

>>pendapat tak pernah salah, jadi enggan mahu saya pertikaikan kerana ia hanya pendapat bukannya fakta.

"dan bgku bukan taksub,
tapi terpegun!"

>>saya mengucapkan tahniah dan bagus kepada anda atas dasar kesedaran yg tinggi.

"Islam yg di canang
sebagai sesuatu yg selebet akhirnya
muncul pejuang2 seperti mereka
(taliban, hamas, jihad islami,
hizbullah, dll.). mereka bertujuan
yg sama, jika mereka rasa mereka
berdosa dahula, dan sekarang
mungkin sedar kesilapan mereka dulu
dan mengambil langkah untuk
berjihad."

>>hanya sekadar sambungan kepada pendapat di atas. tidak perlu dipertikaikan atau diulas.

"mungkin sudut pandangan
kita berbeza, tetapi bgku, islam
itu satu, mazhab pon banyak, tapi
takkan nak salah kan mana2 mazhab
yg tidak sealiran dengan kita."

>>bagus. anda sedar. kemudian, kenapa anda hendak sibuk2 mengkafirkan orang?? Qardawi pun melayan baik golongan Syiah, kenapa pula anda hendak sibuk mengkafirkan mereka yang secara zahirnya masih lagi Islam bahkan Sunnah wal Jamaah lagi. Itu bukan tugas anda. Tugas Allah yang Esa.


"tambahan pula, kita di malaysia.
bukan di pakistan, palestin atau
di mana bumi yg sedang perang.
cuba anda di sana, tekanan dan mcm2
lagi yg anda akan rasa."

>>maaf. anda silap. saya di jordan, sangat hampir dengan palestin, syria dan iraq. dan, mempunyai ramai kenalan dan rakan2 palestinian.

"terima kasih atas teguran anda,"
sama2

"sesungguh nya anda lah satu2 nya
manusia yg baik hati, baik akhlak,
dan sebagai nya."

>>malas saya ulas.

"terima kasut."

>>terima kasih atas tawaran anda. saya dah ada banyak kasut.

Dojot said... @ December 4, 2008 at 10:43 AM

u really dun need 2 do wut u did bout da komen rite?>i.e.re spth2?

orangjahat said... @ December 6, 2008 at 2:14 PM

ouh.
anda di jordan..
tah-ni-ah.
:)
di sini saya ingin mengulas,
bahawa, perkara yg anda lampirkan
ketika menjawab kepada posting saya adalah sgt cerdik, cerdas otak, dan sgt berkemampuan untuk menjadi seorang ustad yg baik.

masih tentang kafir mengkafir:

adakah salah bg mereka yg melabelkan kamal atartuk sebagai seorang kafir(dalam nada yg bersahaja). apa lagi yg perlu di labelkan? oh dia masih islam?
ya.. allah akan menilai segala amal kezaliman yg dia lakukan.
adakah masih di kira salman rushdie sebagai islam? ya. allah akan menilai buruk dan baik tingkah lakunya.


niat di sini adalah untuk beware dgn apa bentuk acaman terhadap islam. ya benar mengkafirkan seorang islam besar darjat dosa nya(dan saya ulangi di sini). tapi haruskah kita berkompromi dengan mereka2 yg besifat begitu(yg di kafirkan oleh saya mengikut penelitian anda yg sgt bagus).
adalah di maklumkan bahawa,
seorang yg tidak melaksanakan islam yg sgt cantik ini,
sama sepertinya dgn mereka yg berfahaman kafir. itu sahaja.
jika dia bertaubat. alhamdulillah.
selagi belum bertaubat, maka seperti kafir lah dia.

ya, kita hanya dapat menilai luaran, dan dari luaran sendiri kita boleh menilai sejauh mana keislaman atau ber sifat kekafirannya. dan aku manusia, tak bole baca hati orang. aku hanya mampu menilai luaran. dan luaran yg di persembahkan tidak sedikit pon kurang seperti kafir, dan aku tetap juga akan memanggilnya kafir.
:) jika tidak mahu dikafirkan oleh manusia, silalah berkelakuan tidak kafir.


mungkin pening sket cara penulisan aku, tapi kesimpulannya adalah,
jika penampilan kafir, makan orang akan panggil kafir, jika penampilannya islam, makan orang akan memujinya dgn keislamannya. dan yg lain2 terpulang pada allah menilai..
:)

H2 said... @ December 8, 2008 at 2:42 AM

to aoj:

ouh.
anda di jordan..
tah-ni-ah.
:)

>>terima kasih dan pesanan saya; sayangilah tanahair kita.

di sini saya ingin mengulas,
bahawa, perkara yg anda lampirkan
ketika menjawab kepada posting saya adalah sgt cerdik, cerdas otak, dan sgt berkemampuan untuk menjadi seorang ustad yg baik.

>>tq dan saya pun x pasti adakah saya mampu mjadi ustaz. ilmu agama saya cetek.

masih tentang kafir mengkafir:

adakah salah bg mereka yg melabelkan kamal atartuk sebagai seorang kafir(dalam nada yg bersahaja).

>>tak salah. apa yg dia lakukan mmg jelas bangang dan menjatuhkan Islam. cuma, apakah motif mengkafirkannya sedangkan kita tidak perlu akan ia? lagi pula, ia kerja Allah dan kita tidak dapat menilai aqidah seseorang itu [walaupun boleh diagak]. Ulang lagi sekali, kita manusia mampu menilai dari luar sahaja dan perlu diteliti kembali motif mengkafirkan orang lain.

apa lagi yg perlu di labelkan? oh dia masih islam?
ya.. allah akan menilai segala amal kezaliman yg dia lakukan.
adakah masih di kira salman rushdie sebagai islam? ya. allah akan menilai buruk dan baik tingkah lakunya.

>>telah diulas di atas. tambahan mengenai salman rushdie, dia telah menulis satanic verses, tulisan yang menghina alquran; menunjukkan tiadanya imannya kepada alquran sebagai kitab Allah. kesnya terkecuali.

niat di sini adalah untuk beware dgn apa bentuk acaman terhadap islam.

>>ouh.begitu. bagus. namun, saya fikir tidak perlu kafir-mengkafirkan orang lain. bukankah telah saya tulis sebelumnya, Islam dijatuhkan oleh Muslim?? sama seperti manusia hari ini juga yang memberi imej dan gambaran buruk berkenaan dengan Islam.

ya benar mengkafirkan seorang islam besar darjat dosa nya(dan saya ulangi di sini).

>>ya.benar.bagus anda tahu.

tapi haruskah kita berkompromi dengan mereka2 yg besifat begitu(yg di kafirkan oleh saya mengikut penelitian anda yg sgt bagus).

>>tidak.dan saya telah terangkan panjang lebar di atas. tidak perlu berkompromi, dan tidak pula perlu mengkafirkan org.

adalah di maklumkan bahawa,
seorang yg tidak melaksanakan islam yg sgt cantik ini,
sama sepertinya dgn mereka yg berfahaman kafir. itu sahaja.

>>benar. fahaman mereka bagai orang kafir. itulah namanya tiadanya fikrah. ramai sahaja manusia hari ini tidak ada fikrah Islami yang betul. tapi, belum tentu aqidah mereka terpesong. sekali lagi saya tanya anda, kenapa perlu mengkafirkan mereka? tidak ada alternatif lain?

jika dia bertaubat. alhamdulillah.
selagi belum bertaubat, maka seperti kafir lah dia.

>>harapnya. ameen. ya. seperti dan memang adalah dua perkara berbeza. seperti kafir bukan bermakna memang kafir.

ya, kita hanya dapat menilai luaran, dan dari luaran sendiri kita boleh menilai sejauh mana keislaman atau ber sifat kekafirannya. dan aku manusia, tak bole baca hati orang.

>>aku juga. dan, atas dasar kelemahan kita itulah saya rasa kita serahkan tugas kita ini kepada Allah. dan, ia sepatutnya begitu. bukan semua orang Islam itu baik dan bagus. yang baik dan bagus hanyalah Islam itu sahaja. marilah kita menjauhkan diri kita dari fikrah hina mereka itu, namun tidak perlu kita menjadi jumud dan taksub serta radikal mengkafirkan orang lain tanpa hujah yang kukuh.

aku hanya mampu menilai luaran. dan luaran yg di persembahkan tidak sedikit pon kurang seperti kafir, dan aku tetap juga akan memanggilnya kafir.
:) jika tidak mahu dikafirkan oleh manusia, silalah berkelakuan tidak kafir.

>>saya telah ulas panjang lebar di atas. istilah kafir itu bukan seperti istilah "hitam", "buncit", "bodoh" dan "bangang", boleh diletak sesuka hati dan semudah mulut berbicara. dan, aku tak akan memanggil orang itu kafir sehingga benar-benar ada bukti yang kukuh dan sebab-sebab yang pasti menunjukkan runtuhnya rukun2 iman mereka.

mungkin pening sket cara penulisan aku,

>>mgkin juga. penulisan aku juga mgkin sama. namun, aku harap engkau jelas dan paham.

tapi kesimpulannya adalah,
jika penampilan kafir, makan orang akan panggil kafir, jika penampilannya islam, makan orang akan memujinya dgn keislamannya.

>>aku mahu highlite istilah "orang" di situ. kata2 orang tak semestinya betul dan benar. hanya menurut akal yang cetek dan hati yang lemah selalunya.

dan yg lain2 terpulang pada allah menilai..
:)

>>ya.benar. ini kita mahukan.

walaupun pendirian kita berbeda, aku harap jangan ada golongan yang berbeda pendapat seperti kita berpecah kerna golongan yang hilang arah seperti mereka.

maaf atas kelambatan membalas dan mengepos komen kamu kerna aku terputus dengan internet selama 4 hari. dan, setelah mendapat internet aku segera membalas komen kamu.

"Kullu 'am, waantum bikheir"
"Selamat Hari Raya Aidiladha"

Anonymous said... @ November 13, 2009 at 2:37 PM

Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!

h a r i z, H said... @ November 18, 2009 at 2:17 PM

sori bang. aku x tahu. tapi, kalau tanya Trepenoma Paladium, aku tau la. spirochete bacteria that cause syphillis.

h a r i z, H said... @ November 18, 2009 at 2:17 PM

*Pallidum

Post a Comment