| 9 Respons Terbuka ]

Post ini adalah lanjutan daripada post yang lepas. Atau lebih tepat saya katakan, post yang lepas adalah muqaddimah post ini. Post yang lepas dalam bahasa tersirat, post yang ini dalam bahasa tersurat. Tahniah kepada Dr Prastanta kerana dapat menangkap apa yang ingin saya sampaikan.

Saya tahu, ramai yang terkejut akan tulisan saya yang lepas itu dengan tidak menyangka saya akan menulis sesuatu yang seperti itu walaupun ramai yang tahu saya mampu. Benar, mampu tidak semestinya mahu. Cik Dojot turut merungut dengan mengatakan luruhnya istilah kool itu dari saya atas sebab menulis post yang lepas. Saya tahu. Saya telah sedar akan hakikat realiti itu sebelum menulisnya lagi. Tetapi, kadang-kadang ada sesetengah perkara akan menyebabkan runtuhnya tembok penyekat kepada tindak-tanduk kita. Contohnya, kerana naik harga rumah, ada yang sanggup berbogel. Mungkin mereka berniat untuk menjadi seperti nenek moyang Charles Darwin agaknya supaya pihak itu melepaskan bebanan sewa yang tinggi atas dasar kurangnya kewarasan. Oh, maaf, saya tidak sepatutnya menulis sesuatu yang panas di laman ini. Pis. :)


Begitu juga dengan saya [ayat karangan budak sekolah rendah.uh!]. Sebenarnya, saya naik muak dan mual hampir-hampir mahu muntah melihatkan golongan radikal dan ekstrim ini menyembah ideologi mereka. Semuanya bermula dari program MARA yang saya hadiri dahulu untuk pelajar-pelajar yang bakal dibuang negara. [Mungkin saya akan menceritakannya di post hadapan. Kita tutup dahulu mengenai program MARA itu di sini.]


Saya ada rakan bernama Thomas, Ameer Bellaoum, Raj, dan Ying Fet. Saya juga rapat dengan mereka ini. Saya bangga menjadi Melayu dan Muslim. Bezakan bangga dengan takabbur, riak dan juga merasakan bangsanya sahaja yang bagus.

Saya berasa sungguh jelik sebenarnya dengan istilah-istilah tiada jati diri dan terogolnya maruah seperti "aku murtad dari Melayu", "ah, Melayu memang begitu", "oih, apa sibuk duk cakap pasal Melayu nih?" . Konon-kononnya, rasis pabila bercerita mengenai Melayu. Yang rasis itu satu hal. Yang ketuanan Melayu itu satu hal. Saya di sini bukan mahu membincangkan mengenai politik. Tetapi, jeleknya kita pabila mengutuk bangsa sendiri dan menyembah bangsa lain secara tak hengat. Mahu terjajah sekali lagikah? Konon-konon bangsa kita itu, ini, sana, sini. Yang itu buruk, yang ini dangkal. Tetapi, bagaimana pula dengan jati diri? Enggan dipersoal?

Wahai mereka yang lupa asal-usul dan daratan, sedarlah diri itu sikit. Kalau yang bercakap mengenai bangsa secara rasis, kita boikot. Kita tentang. Jangan terima. Mana boleh begitu. Tetapi, adakah kita tidak menerima perkara-perkara sedemikian sehingga taraf kita alergik pabila menyebut nama bangsa kita? Konon-kononnya, kita harus menjadi universal dan mengetepikan sempadan bangsa. Allah tidak mengira umat itu bangsa apa. Didalam skema kemuliaan seorang hamba di sisiNya tidak ada markah untuk bangsa, yang ada hanyalah taqwa semata-mata. Benar, adik, kakak.

Tetapi, bagaimana pula dengan ayat alQuran,

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
[Al-Hujurat:13]

Bercakap mengenai kaum dan bangsa tidak ada salahnya. Ianya hanyalah bercakap mengenai sesebuah lingkungan manusia. Sama seperti seseorang bapa bercakap dengan anak-anaknya mengenai keluarga mereka. Sama seperti pengetua sesebuah sekolah bercakap mengenai sekolah mereka. Sama seperti kamu bercerita mengenai taman perumahan kamu dengan jiran tetangga. Sama sahaja! Yang akan menjadi salahnya apabila kenyataan-kenyataan itu berbaur perkauman. Bezakan kenyataan perkauman dengan bercakap mengenai kaum! Kalau kamu sendiri yang alergik mendengar nama kaum dan bangsa kamu disebut, sesungguhnya, kamu telah memiliki sepasang telinga yang sangat rasis. Dan juga, tak sedar diri!

Telinga rosak. Kena cakap rapat-rapat.

Saya berasa loya anak mata melihat golongan yang konon-konon sedar akan kelemahan bangsa kita, tetapi hanya mengutuk sahaja. Nah golongan tidak produktif dan juga reproduktif, kamu semua hanya menambah kelemahan bangsa kita sahaja, iaitu, suka mengutuk bangsa sendiri tanpa membina ke arah positif. Ludahlah, ludahlah ke langit, air liur itu akan jatuh ke atas muka dan masuk balik ke dalam kerongkong kamu kalau kamu bernasib baik. Kalau kurang bernasib baik, akan masuk melalui hidung, mata, kena rambut dan telinga. Oh, maafkan saya, bukan bangsa kita, tetapi golongan kamu semua.

Adalah sangat bagus menegur dan menampung kelemahan yang terdedah, tetapi bukanlah dengan cara mendedahkan lagi kelemahan dan menambahkan kebencian terhadap asal-usul sendiri sambil menutup mata menyembah bangsa dan kaum lain. Atas dasar perkara inilah wujudnya istilah,

"Jauh perjalanan, luas pandangan."


Pandangan, bukannya pemandangan. Pandangan maksudnya lebih luas, melingkupi pandangan mata ke arah pemandangan, dan juga pandangan minda dan akal akan sesuatu perkara.


Kamu mahu sama bukan? Nah ambil kamu. Mereka ini bukannya meminta untuk menjadi Syndrome Down, tetapi kamu adalah bodoh kerana mahu menjadi pesakit Syndrome Down. [bukan menyerang pesakit syndrome down yang sebenar]

Sesungguhnya, perbezaan itu bukanlah sesuatu yang buruk. Ianya menambah warna-warni di dalam kehidupan kita selaku umat manusia. Alangkah cantiknya pelangi kerana warna-warninya. Adakah kita akan kagum apabila warna-warni itu garisan putih dan hitam sahaja? Saya rasa anak-anak kecil tidak akan terlompat keterujaan melihat garisan di langit yang hambar warnanya. Dan, sesungguhnya, warna-warni itu tidak akan wujud dan tidak dapat dilihat jika kita menjadikannya "Gray Scale" menggunakan Adobe Photoshop. Ianya akan kelihatan sama sahaja. Hilanglah keindahan warna-warni itu jika kita semua mahu menjadi satu bangsa sahaja. Lagilah busuk baunya jika kemerdekaan fizikal tidak sekata dengan kemerdekaan mental. Orang-orang dahulu sibuk menghalau penjajah dari Tanah Air, orang sekarang sibuk memanggil penjajah ke dalam otak.



Namun, dalam meraikan warna-warni, tidak juga saya nafikan, kita seharusnya berlaku adil dan menitikberatkan nilai-nilai universal. Keadilan, kesaksamaan dan juga tiada rasa iri hati dan kebencian terhadap bangsa lain. Begitupun, apa yang selalunya berlaku di dalam masyarakat kita, yang kononnya menyayangi bangsa dan ada jati diri cenderung untuk mencemuh bangsa-bangsa lain dan mewujudkan jurang kaum dan bangsa sedalam Jurang Mariana atau sebutan tradisionalnya sikap perkauman. Mereka akan menjadi ego dan sibuk berperang kononnya mempertahankan jati diri sebagai ahli sesebuah kaum dan pembawa darah dan genetik bangsanya. Ini sebenarnya barah di dalam masyarakat yang berbilang bangsa, tetapi, saya tidak akan menghurai lanjut perkara ini kerana saya jamin anda semua sudah maklum dengan perkara ini.

Hargai bangsa kita. Hargai masyarakat universal. Barulah kita dapat melihat Bellaoum unik berjubah, Ah Lin cantik bercheongsam, Muthu segak berkurta, Hariz kacak berbaju melayu [ops!] dan semua sekali beramah mesra tanpa hasad dengki. Sesungguhnya, kehidupan berbilang kaum akan menjadi lebih indah sekiranya kita ada jati diri dan menghargai bangsa lain. Semua bangsa ada kelemahan dan kelebihan masing-masing.

"The worst sin towards our fellow creatures is not to hate them,
but to be indifferent to them that's the essence of inhumanity."
G.B. Shaw


Sesungguhnya, bersederhanalah ada perkara yang terbaik dalam setiap sesuatu.

Kita teguhkan persamaan, kita raikan perbezaan, kenali diri, hargai alami.

9 Respons Terbuka

Liyana said... @ December 4, 2008 at 3:57 AM

syabbas bettey!~

inilah yang aku pedam tapi tak terluah..akhirnya ada juga orang yang peduli

makasih

h a r i z, H said... @ December 4, 2008 at 4:04 AM

heh...
tq...
suma ada akal...
cuma beza cara menggunakannya sahaja...
ada yg salah guna...
ada yg taktahu nak guna...
dan ada juga yg takguna lgsg...
dan, mereka nih la yg akhirnya mjadi manusia x guna...

dan, mereka inilah slah stu dr golongan tak guna akal...

mgkin ada lg diluar sana yg sedar ttg perkara ni, cuma yg kita perlukan hanyalah laungan pandangan sahaja...

akhir skali, sama2

cik.siti said... @ December 4, 2008 at 7:28 AM

:)

mampu tak semestinya mahu.

;)

shoot said... @ December 4, 2008 at 10:32 AM

terlalu universal
aku perlu mengulang baca bbrp kali
tp x phm2 jgk
mungkin aku lbh phm ngan bhsa puitis ko
mungkin
tp outta da krgn blh la jgk xtract da gist
so skali lagi
tahniah atas kelahiran ini post *clap*
XD
p.s.maaf x dpt mgkomen dgn pnuh ilmiahnya

h a r i z, H said... @ December 4, 2008 at 11:50 AM

>>aqila

:)

mahu juga tak semestinya mampu

;)


>>dojot

hohoh...
bergantung kpd masing2...
klu paham di bawah, hayati yg kt bawah,
klu phm yg nih, tlan yg nih...
hahah...
tp, yg kt bwh tuh, snany lari dr personaliti aku...ceshhh
itu yg kna wat post bru tuh nk kaver...

..::CAHAYA ORANG2 YANG MATI SYAHID::.. said... @ December 4, 2008 at 6:54 PM

salam..
hebat jgak lontaran pndngn kamu..x sangke..thniah..;)

h a r i z, H said... @ December 4, 2008 at 8:06 PM

>>syauqatul wardah
salam. ishh...
bese2 jer...
xde bnda yg hebat pon...
hny sekadar kejelikan dgn pemerhatian sdiri...

orangjahat said... @ December 6, 2008 at 1:59 PM

adakah ini jawapan kepada comment saya?
(bertanya dahulu sebelum menjawab.
:))

h a r i z, H said... @ December 8, 2008 at 2:13 AM

Ya....
benar...

Post a Comment