| 6 Respons Terbuka ]


Sudah lama gler bangkong telah tidak saya sapu habuk-habuk dan debu di laman ini. Maafkan,ya.

Khas buat calon-calon peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia 2008 terutamanya bagi pelajar-pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah dan tak lupa juga SMKA Falahiah. [saya di sini bukan menjadi Schoolastic, jauh sekali Suka-Lastik-Melastik cuma ianya hanyalah tidak lebih dari patriotik terhadap bekas alma mater yang banyak berbudi kepada saya.]

Teruskan berusaha demi mencapai kejayaan di dalam peperiksaan yang anda bakal hadapi ini. Sesungguhnya, ini juga merupakan satu medan perjuangan yang perlu ditempuhi. Perlulah diingat, Nabi S.A.W me"reserve"kan pemuda-pemuda untuk menuntut ilmu ketika yang lain berada di medan jihad. Semoga berjaya, Goodluck dan bittaufiq wannajah. [sama je maksudnya, saja je gedik nak tulih banyak-banyak].Ingatlah, perjuangan di medan juang ilmu juga adalah perjuangan yang besar dan penting [walupon aku jarang2 study dan hampeh je peksa kan, tapi betullah tu ape aku tulis tuh, kan?]

Tetapi, haruslah diingat, yang kejayaan ini bukanlah bererti kejayaan selama-lamanya. Kejayaan dalam hidup pun bukannya ditentukan oleh slip SPM anda, bahkan kejayaan pada hidup nun di sana.

Memetik kata-kata Rich Dad Robert Kiyosaki di dalam buku Rich Dad Poor Dad [ok Mirul,tq untuk buku itu],

"School is very good and important in our society, but it just train people to be a good employee not a good employer"

Oh ya, ini bukanlah serangan ke atas institusi pendidikan, tetapi hanya sebagai ingatan kepada pelajar-pelajar di luar sana supaya janganlah terlampau berkisarkan kepada peperiksaan semata-mata dan jangan hanya menjadikan bilangan A sebagai kayu ukur pertama anda terhadap orang lain [juga taraf ketampanan].

Tidak semestinya anda berjaya menjadi pelajar paling ulung di alam semesta ini anda akan berjaya di dalam hidup. Perlu diingat,

"A smart people hire an intelligent people".

Oh, malang sekali jika akal yang dahsyat itu hanya dipergunakan oleh orang dan dijadikan seperti lembu, ditarik ke sana ke mari, ataupun lebih dari itu kerna mereka ini ibarat mesin vending air tin, dimasukkan duit, tekan sana, tekan sini, disuruh berfikir, keluar hasil, dan tamat.

Bukanlah saya mengutuk golongan cendikiawan ini, kerna saya akui mereka inilah yang banyak membawa kebaikan kepada dunia hari ini, dan Islam itu sendiri meninggikan budaya ilmu. Tetapi pernahkah anda menonton siri Honey, I Shrunk The Kid, Prof ape tah tuh yang nerd dan selalu dibuli. Mahukah anda yang bijak pandai ini menjadi seperti mereka? Telan buku, hadam-hadam, jadi mangsa buli. Janganlah anda menjadi ulat buku yang nerd. Oh, tidak. Janganlah. Naudzubillahi min zalik.

Ambillah pesanan dan nasihat ini, walaupun ianya diberikan oleh seorang budak yang tak pandai dan tak power langsung, juga yang result SPMnya tak power langsung kerna ingatlah apa yang Saidina Ali kata,

"Jangan dilihat siapa yang berkata-kata, tetapi lihatlah apa yang dikata"


Akhir kata, SEMOGA BERJAYA!!!


//sori tersilap panjang.

6 Respons Terbuka

Dojot said... @ November 12, 2008 at 8:58 PM

d sini sy jg ingin mengambil ksmpatan mngucapkan selamat hari raya aidiladha kpd suma mslimin n mslimat baik yg mseh bpijak d bumi mesia maupun suda ad kat mne2 tah..

gud luck sepiem!!

H2 said... @ November 14, 2008 at 12:53 AM

oh ya...
selamat menyambut hari raya aidiladha buat kamu juga.

doa2kan kejayaan saya utk spm kali ke 2 ini ye...

hudasaffry said... @ November 15, 2008 at 3:32 AM

menarik >.<

H2 said... @ November 15, 2008 at 2:17 PM

tq

___ said... @ November 26, 2008 at 11:44 AM

School is very good and important in our society, but it just train people to be a good employee not a good employer- stju gle. sekolah digunakan oleh kjaan sbgai alat melatih kte mnjadi pekerja yg berdisiplin dan tidak rebel, agar kjaan masih boleh kekal memerintah di masa hadapan.

H2 said... @ November 26, 2008 at 6:00 PM

to ammar;

wahaha...bleh gak amek huraian ko tuh msuk dlm snarai huraian...

hoho..
mmg ade gaya miss lin ngn miss lini hurai mhurai...ade bakat jd cikgu mar..hehe

Post a Comment