| 4 Respons Terbuka ]

Bismillah,

Ini adalah cubaan pertama saya dalam membuat review mengenai buku di harizibnzarir.blogspot.com. Jadi, segala kekurangan yang dalam review ini harapnya dimaafkan. Dan, segala teguran dan kritikan membina dialu-alukan ^^.

Tajuk : Nota Jutawan Nota Motivasi
Penulis: Dr. Irfan Khairi [Jutawan Muda Internet]
Harga : RM 39.90
Stor : Popular, KB Mall, Kota Bharu, Kelantan. [Boleh didapati di mana-mana stor buku di Malaysia]


Saya baru tamat membaca Nota Jutawan Nota Motivasi oleh Dr. Irfan Khairi, 32, semalam. Buku yang sangat bagus, jika saya mahu memberi komen secara ringkas. Buku ini sebenarnya dikirim oleh Ibu saya dari Malaysia setelah permintaan dibuat oleh anaknya ini yang telah lama mahu memiliki buku tersebut. Heheh.

Buku setebal 132 mukasurat tidak termasuk kata penerbit, pendahuluan, indeks dan muka ini memuatkan tips-tips kejayaan dari Dr. Irfan Khairi. Bahasanya mudah, ilustrasi banyak, petikan kata-kata [quote] juga banyak. Dan, yang lebih penting, terdapat pelbagai tips yang saya kira di luar jangkaan kita dalam perjalanan ke arah kejayaan. Sebagai contoh; Dr Irfan Khairi acap kali menekankan tingkah laku menulis dan mencatat dalam pelbagai perkara seperti menulis azam dan matlamat. Ianya adalah penting, kerana, kita dapat "memegang" azam tersebut dan menjadikan kita lebih bermotivasi untuk mencapainya. Nampak mudah, bukan? Namun, ianya amat berguna! Tambahan, terdapat banyak kisah-kisah kejayaan yang agak memberansangkan saya kira dikumpulkan di dalam buku ini.

Penggunaan bahasa adalah ringkas dan buku ini juga nipis, ya, senang dibawa ke mana-mana. Namun, jika anda mencari kisah perjalanan IK secara jelas tentang jatuh bangunnya ataupun mencari jawapan kepada pelbagai persoalan "Bagaimana...?", buku ini bukanlah buku yang tepat. Ianya tidak mengandungi ramuan kejayaan yang spesifik di dalam industri yang spesifik. Dan, secara jujurnya, saya juga dahulunya berharap demikian. Namun, sebagaimana namanya, ianya adalah sebuah nota motivasi dan nota untuk mencapai matlamat ke arah jutawan.

Kandungan di dalamnya adalah lebih umum dan universal. Sesuai dengan sesiapa jua anda, dan apa jua yang anda lakukan, baik seorang peniaga, penulis, usahawan, pelajar mahupun pencuri! [oh ya, diharapkan tidaklah ya. Kalau anda, pembaca adalah seorang pencuri, sila tinggalkan nama anda untuk memudahkan kerja saya memberi nama kepada budak-budak surau untuk mendakwah anda, ya? ;p ].

Apa-apa pun, adalah berbaloi untuk anda pergi ke mana-mana stor buku yang berhampiran, mencari buku ini, mengangkatnya, lantas menyerahkan wang anda kepada cashier sebagai tukaran kepada buku tersebut! Bak kata IK, "Apa yang anda labur jika hari ini anda memiliki RM 39.90?" Jawapannya, "Beli buku ini!".

Jangan lupa, ianya ditulis Jutawan Muda yang membuka mata ramai akan perusahaan perniagaan Internet. Dapatkannya sekarang di stor-stor buku berdekatan anda! [ohoh, macam promoter buku lah pula.Heh]


Oh ya, jangan salahkan saya poyo bergambar, tapi salahkan Hashemi tukang ambil gambar ;p

[updated 25/12/2008]

4 Respons Terbuka

Tawel Sensei said... @ December 25, 2008 at 3:39 AM

Memanggil Irfan Khairi sebagai Bapa Perniagaan Internet Negara mungkin tak layak baginya.

Satu perkara kita kena sedar bahawa semasa beliau mula menceburkan diri dalam jual beli di internet ni, waktu tu internet masih di zaman mudanya. Maka tak banyak saingan dan senang jugalah nak sukses.

Irfan Khairi cuma seorang yang bertuah sebab dia bermula waktu internet masih tak penuh sesak. Dari segi bentuk bisnes yang beliau jalankan sewaktu di UK dulu, maka tak banyak bezanya dengan para traders di E-Bay. Dulu ramai jutawan yang lahir di E-Bay. Tapi sekarang ni, payah dah nak jadi jutawan melalui E-Bay. Maklumlah, saingan sudah ketat.

Cuma sekarang ni, saya sentiasa tertanya-tanya, apa bisnes yang Irfan Khairi jalankan? Apa produk yang dia jual dan pasarkan?

Soalan: Adakah Irfan Khairi sekarang ini masih menjalankan bisnes sepertimana yang dilakukannya semasa beliau berada di UK dahulu? Atau sekarang ini bisnesnya adalah tentang seminar, ceramah motivasi, buku, ebook, dan sebagainya tentang bagaimana untuk menjadi jutawan internet?

Sebab apa yang saya tengok sekarang, majoriti (atau mungkin semua) produk/servis yang beliau jalankan adalah berkisar tentang motivasi untuk jadi kaya dan dapatkan duit. Seminarnya pula adalah untuk menerangkan kepada orang ramai tentang bagaimana untuk mencari duit di internet. Buku dan ebook juga sekadar bernada motivasi. Tips-tips "perniagaan internetnya" juga sebenarnya banyak sahaja di internet ini kalau kita rajin mencarinya.

Mungkin seminar, buku, dan ebook adalah cara sebenar bagaimana beliau mengekalkan status jutawannya sehingga ke hari ini. Sekadar satu pandangan liar.

Maafkan aku andai sering berlaku songsang..aku sekadar mahu mengingatkan ;)

h a r i z, H said... @ December 25, 2008 at 4:12 AM

ya, saya sebenarnya baru terfikir idea tu beberapa jam tadi selepas menyelami http://www.blogmastermind.com/coaching/. dan ramai orang yg jd usahawan internet buat perkara yg sama... kan??

mungkin juga pndgn kamu tu, kan?
tp, cuba rujuk link ni,
http://www.wangcyber.com/forum/cadangan-komen/570-program-affiliate-www-rahsiainternet-com.html

dia juga ada mmpunyai program affiliate dia sdiri...

dan smmgny sy stuju dgn pndapat kamu tu yg mengatakan yg dia memaintainkan kekayaannya dgn motivasi dan saranan kepada org lain supaya terus menceburkan diri ke dalam bidang keusahawanan internet...

jadi, mungkin gelaran Bapa Perniagaan Internet Negara tidak layak, namun, mungkin gelaran Pembuka Jalan Industri Bisnes Internet Negara, memadai, kot? [atas dasar dia membuka jalan dan mata anak2 muda akan peluang ini]

dan, yang terbaru, dia kini menjadi artis, bukan?
http://www.irfankhairi.com/blog/highlight/kisah-razzimuzik-part-3-launching/

dan, ya saya rasa dia telah mjadikan motivasi dan talknya melebihi industri asalnya iaitu dalam design mendesign...

dan, terima kasih utk ingatan itu,
=)

Huda Saffry said... @ December 26, 2008 at 5:46 PM

err, ak nak ckp ak suke irfan khairi je, keh3
xsangke lak ade komen pjg2 kat sini..heee!~

h a r i z, H said... @ December 26, 2008 at 7:26 PM

>>huda

ko suka ape?
ilmu dia ke muka dia??
haaa...
err...
owh, tawel tuh mmg cm2...
bgus doe...
ko bkk ah blog dia...
mantap.

Post a Comment