| 8 Respons Terbuka ]



Pertamanya, post ini sememangnya lambat. Saya tahu itu. Mungkin saya lambat dalam mengejar arus perubahan masa dan isu-isu hangat yang sentiasa bergerak pantas, seiring dengan masa. Tapi, tak mengapa saya kira. Kerna, selalunya, kita lupa dan alpa akan isu di balik isu tersebut. Kita lupa isi di balik perkara tersebut. Makud tersirat adalah lebih penting dari maksud tersurat. Begitulah yang selalunya berlaku.

Hari ini, walaupun lambat dari yang lain, saya tetap akan menyanjung Muntadar Al-Zaidi. Saya tetap akan memberi tabik spring kepadanya. Berani. Walaupun lambat, saya tetap akan mencatatkan sanjungan saya kepadanya.

Baling kasut sama itu Si Samak, eh Semak [Istilah versi Bahasa Melayu]. Berani. Cekal dan sanggup menunjukkan penentangan kepada Bushuknyer bau dia walaupun sedar akibat mendatang. Walaupun tahu, padah yang dihadapan.




Penentangannya adalah simbolik kepada penentangan oleh generasi muda, wartawan dan seluruh umat manusia. Walaupun balingan tersebut dipersendakan oleh Bush, "Oh, the fact is it is size 10" ataupun apa-apalah, tapi, ianya membangkitkan orang yang berdengkur Kroh, kroh, kroh.

Dan saya tahu, ramai yang telah girang gembira bermain baling-baling kasut kepada Bush di dalam Syok dan Aww [Sock and Awe versi Haq yang buat benda sesuka hati dia]. Bagus. Tambah hit kasut yang tercatat diterima oleh Bush. Tunjukkan juga ketidak sukaan hati kita. Bukan hanya menganggap ia sebagai, "Oh, game itu. Aku tau!"

Muntadar kini dilaporkan berada di dalam penjara dan dibantai hebat oleh anjing-anjing bersut cantik boneka-sanggup pihak tali barut Amerika. Dilaporkan patah rusuk dan berdarah bahagian dalaman.

Jadi, sama-samalah kita menandatangani petition untuk melepaskan Muntadar Al-Zaidi dari penjara dan dari kezaliman anjing yang tahu makan nasi dan ayam goreng. Tambahkan undian, semoga Muntadar Al-Zaidi dilepaskan.

Klik pada imej di bawah untuk mengundi.






8 Respons Terbuka

Haq Mohaidin said... @ December 22, 2008 at 2:39 PM

[Sock and Awe versi Haq yang buat benda sesuka hati dia].


hoi kamu! hhahah.lawak ah.tgelak aku baca

btw, aku xrse petition tu akan do any gud on kes muntadar.tali barut buhs tu peduli ape. bush sux

tp try x salah =)

H2 said... @ December 22, 2008 at 5:37 PM

oh ya?
maaf, aku menulis dengan mood serius. anda pelik, kot.

ye. mungkin petition tu x bawak kesan sangat. sama la macam kes perang. bukannya mereka dengar sangat suara rakyat. tapi, sekurang-kurangnya, mereka tahu ada yang menentang, bukan? paling kurang, tergugat juga mereka nak buat lebih2.

tambahan, apa susah sangat nak klik dan taip2 2 3 ayat padahal nak taip entri blog dan baca blog org lain 3, 4 jam, x rasa apa2, kan? =)

aQila Aini said... @ December 22, 2008 at 6:54 PM

hihihi.. aku tak tau la kenapa aku tersenyum sinis baca entri yang ni. heee.. btw, memang tak salah mencuba.

:)

H2 said... @ December 22, 2008 at 9:50 PM

errr...
anda lagi pelik dr haq, kot?
kena langgar, gelak.
hilang wang gelak.
jadi, saya tak hairan kalau anda senyum.

:)

ab geldofg said... @ December 23, 2008 at 9:51 AM

trus bjuang bro

H2 said... @ December 23, 2008 at 8:16 PM

>>ab geldofg

insyaAllah..
sama2 lah kita

Haq Mohaidin said... @ December 24, 2008 at 4:01 PM

hazwan garang siot


aww~

H2 said... @ December 24, 2008 at 5:43 PM

>>haq

haa, amacam?
bleh jd cikgu disiplin x??
n, ag 1, errr, tlg jgn tulis hazwan, boleh? hariz lebih baik...hehe

Post a Comment