| 7 Respons Terbuka ]


Oh ya, sudah cukup tarikh tamat untuk mengucapkan Selamat Dewasa dan Matang kepada aku. Seminggu sudah aku melewati zon masa pembahagi kedewasaan dan kematangan. 18 lah katakan. Haha. Aku tahu, mereka yang lebih dewasa akan menggelakkan aku. Alah, 18 tahun pun dah nak kecoh dah besar. Tapi, aku pasti, masa mereka mula menjengah 18 tahun pun, akan rasa teruja. Dan, orang yang lebih tua dari mereka melakukan perkara yang sama; menggelakkan mereka. Oh ya, hidup ini bagai roda.



Namun, apa pun yang berlaku, di sini ingin aku mempromosi tarikh lahir aku agar kamu semua lebih ambil peringatan selepas ini; 9/12, ok? Berpasangan dengan adik lelaki aku iaitu 12/9. Menarik bukan? Terima kasih kepada Ibu aku yang sangat pandai mengatur tarikh.

Ini adalah kali pertama usia aku bertambah di luar negara. Di luar rumah. [9/12 sentiasa cuti akhir tahun]. Tidak tidur malam langsung. Lebih 24 jam tidak tidur. Kerana berada di rumah En Hasmat di Amman membuat video untuk majlis perpisahan Dato' Duta Besar Malaysia ke Jordan yang pulang ke Malaysia pada 11/12/08 kerna akan menyambung tugasnya di New Zealand. Ok, rekod menarik.

Dan, terima kasih diucapkan kepada mereka yang mengucapkan ucapan Hari Lahir kepada aku. Hahah. Ibu, Abah, Adik, Abang, Bazly dan Ain [Family lah], Ayah Rif, Faiz Goku, Jaq, Kameelah nama Sunset, Aqila, Atip, Qayyum, Munzir, Afiqah Gombak, Tuan Zul, Pali Batu Rakit, Paah, Dhamirah, Liyana, Safiqa, Azzam dan ramai lagi yang aku pun dah tak ingat sapa yang wish. Lagi-lagi kalau ucap kat mulut tu, tak ada bukti tercatat aku nak rujuk. Maaf kalau tak tersenarai. Boleh ingatkan di ruang komen di bawah ni yer?

Oh ya, panjang lagi artikel jika mahu bercerita tentang tarikh lahir keluarga aku kerana setiap mereka mempunyai tarikh yang menarik.

p/s: Yang ucap, ramai. Yang bagi hadiah, belum ada lagi. Jadi, marilah kita beramai-ramai berusaha memenuhkan tempat kosong dalam senarai pemberi hadiah. Hahah. Dan, takziah diucapkan kepada Aqila atas apa yang berlaku.

7 Respons Terbuka

cik.siti said... @ December 17, 2008 at 10:26 AM

nak bagi hadiah, duit takde.
ucapan je la.
hihihihi....

=P

neway, thx.

:)

Z. said... @ December 17, 2008 at 5:12 PM

selamat hari jadi
bia lmbat asal wish

//lame gila tak mnjenguk sini hahaha bnyk jugak perubahan

Liyana said... @ December 17, 2008 at 5:33 PM

selmat hari lahir. sudah bole tengok cite 18 SG.tahniah.

h a r i z, H said... @ December 17, 2008 at 5:54 PM

>>aQila

oh, anda dikecualikan...
btw, aku tukar tajuk ah...
jom sumbangkan wang utk aQila?

h a r i z, H said... @ December 17, 2008 at 5:56 PM

>>zatynordin

ahah. aku pun lama x lepak kt port ko. wah, cam jejak kasih dalam tv3 yg dulu2 tu plak.hahah.

btw, tq.

>>puding caramel

oh, tq. btw, xkan 18 sg jer? ahah.

baby doctor said... @ December 18, 2008 at 1:57 PM

semoga makin terer bahasa arab =|
ok

h a r i z, H said... @ December 18, 2008 at 7:50 PM

>>kameelah

ok makcik terer byk bahasa
terima kasih utk wish tersebut :|

Post a Comment