Ahli rumah saya suka membincangkan pelbagai isu semasa dan tidak semasa. Brainstorming kata orang putih. Menjana minda, bukan? Tapi, masalahnya, kadang-kadang, aktiviti ini berlarutan sehingga menjadi-jadi. Elok-elok berbincang mengenai bakal Presiden Mozambique, boleh melarat kepada jenis tapak kasut yang bagus.Begitu sekali. Alah, biasalah, bukan?
Namun, kadang-kadang, ada bagusnya juga meleret-leret. Menjadikan minda dan fikiran lebih matang dan versatil. Perkara ini berterusan termasuklah pada suatu hari, rakan serumah saya membincangkan dengan panas sekali isu ayam Jordan yang selalu kami beli di Duwar Nasim [Roundbout Nasim].
Kata Mursyid, dia pelik melihat orang Arab dengan selamba sahaja meletakkan ayam itu di atas meja. Terus, memegang ayam itu dengan tenang, lantas menyembelihnya dihadapan rakan-rakan seayam yang lain. Dan, rakan-rakan ayam lain tidak terbang atau lari pun.
"Dah nak buat macam mana, ayam itu tahu yang dia diberi makan, dibesarkan oleh tuannya. Bila tuannya mahu menyembelihnya, dia terima sajalah."
Bunyinya agak kelakar. Tapi, membuatkan saya terdetak. Alangkah bagusnya semua manusia termasuk saya mempunyai sikap sebegini kepada Pencipta [Rabb].
Azri di dalam salah sebuah Muzium Gua di Kota Purba Petra. Dinding yang berwarna-warni itu adalah warna batu semulajadi hasil aktiviti "Pembentukan Batu [Rock Formation]" yang menakjubkan.
//Dalam bahasa Arab, Rabb juga bermaksud penjaga, tuan
6 Respons Terbuka
comel gile kucing tuuuuuuuu!!! kalau aku jadi ko, aku bawak balik rumah.. hahaha
>>bro Jhaz
haha. kucing2 kt sini semua comel2. bulu lebat. x payah bawak balik kt rumah. kat rumah aku pun ada sekor, liar, tapi, bulu, fuh, mantap, tebal nak mampus.
saya xsedar ada kata2 saya di bawah..
ye, pegang pada itu...
jgn dilupakan...
>>anas
haha, sekarang, dah sedar? post bawah ye. baik, aku pegang punya. haha. adoi, tahniah la dah jadi skema skarang. bersaya-saya dgn aku weh.
gambar kucing ko buat aku rasa macam cerita mursyid tu semua berkisar tentang kucing dan bukannya ayam.
'dia pelik melihat orang Arab dengan selamba sahaja meletakkan kucing itu di atas meja. Terus, memegang kucing itu dengan tenang, lantas menyembelihnya dihadapan rakan-rakan seayam yang lain. Dan, rakan-rakan kucing lain tidak mengembek atau lari pun.'
haha.
hariz,kau pernah bayangkan tak kalau kucing kena sembelih dan kucing tu lari ke tempat lain macam ayam ayam selalu buat?
aku rasa kau pun mesti termuntah. kan?
>>uqbah
oit! gila teruk dan keji kau punya imaginasi. aku pun terpengaruh sama. adei, aku nak makan nasi kejap lagi, tahu tak?
Post a Comment