| 3 Respons Terbuka ]




Light upon light. Door open, it comes.
Apabila terbukanya "Stargate" [padahal pintu bilik Hady saja ni]


The Arrivals, it moves like a light with heat, upon your hand

Misteri itu wujud pabila rahsia ditutup dan disamarkan.[padahal tangan aku depan heater saja.cet. poyo]


Ok, dua gambar di atas tidak saya edit. Tidak seperti pada entri lepas [ada orang marah wei]. Eh, entri lepas pun belum habis cerita, bukan? Tak mengapa. Ini kisah lain. Alah, engkau orang macam tak pernah tangguh-tangguh kerja rumah yang guru bagi saja. Atas alasan, banyak sangat komik yang perlu dibaca. Eleh, tak nak mengaku. Tak apa, Tuhan tahu juga walau saya tidak tahu. Nanti kamu boleh buzz! ym saya ya, untuk buat pengakuan. Saya tidak bocor rahsia. Sungguh, kan, kamu?Ah, mengarut.


Ini cerita sebenar. Saya mahu mengajak pembaca-pembaca yang leka membuang masa dengan secara tidak berfaedah melayani Bukuwajah, Gangster versi sopan, Ruang Aku dan sebagainya, kita tukar angin. Bukan tukar kipas angin. Memang ianya menyuntik ekonomi negara supaya terus berkembang. Dan merancakkan aktiviti ekonomi di dalam negara lantas menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penjual anggur. Bukan. Jangan silap paham. Maksud saya, kamu gantikan Bukuwajah, Gangster versi sopan dan segala yang kamu hadap 24 jam sehari itu, dengan yang baru. Utamakan yang baru ini dahulu dari blog saya yang membuang masa kamu. Layarilah The Arrivals.Secara serius dan ikhlasnya, ianya adalah blog yang sangat menarik, informatif dan mengujakan anda dan juga saya.


Kalaulah saya adalah guru sekolah, dan anda adalah murid-murid saya, pasti saya akan memaksa anda melayari blog ini, dan menjadikannya sebagai kerja rumah anda. Kemudian, anda pergi ke sekolah, saya paksa anda buat sinopsis akan setiap episod dipaparkan dan menggantikannya dengan Kanang Anak Langkau, Konserto Terakhir dan apa-apa saja novel yang anda hadapi. Betul. Saya serius. Jadi, sekarang juga katakan "Alhamdulillah" kerana saya bukan bakal guru. Dan anda bukan bakal anak murid kelas Bahasa Melayu saya.


Salah satu video dari filem dokumentari panjang ini. Bahagian ke 49- "The Arrivals of Dajjal"

Ah, mengomel panjang lagi! The Arrivals merupakan filem dokumentari panjang, mempunyai 51 episod, yang mana episod ke 51 adalah Outro-nya, dan setiap satunya sepanjang lebih kurang 10 minit. Dokumentari ini seperti mana namanya, yang bebrmaksud "Kedatangan", mengisahkan usaha sekumpulan manusia yang sedang menunggu kedatangan Dajjal, ataupun Antichrist di dalam bahasa Inggeris. Dokumentari ini di dalam bahasa Inggeris banyak membongkarkan rahsia yang berlaku di dunia ini, dari kisah keturunan kerabat diRaja British yang mempunyai pertalian dengan Firaun di Mesir sehinggalah kisah keagungan Kaabah. Dari chakra-chakra dan tenaga metafizik yang menyelubungi kita sehinggalah rahsia pembinaan pencakar-pencakar langit seperti Burj-AlDubai. Dari misteri kartun Walt Disney sehinggalah ke kisah konsert Madonna, Britney Spears dan Christina Alguilera.


Pohon saya, luangkan masa anda untuk menghayati apa sebenarnya berlaku di sekeliling kita. Bukan untuk saya, tapi, untuk anda. Anda ada masa untuk bergelak ketawa menonton filem-filem Prof. Madya A. Razak Mohaideen yang konon-kononnya lawak dan kelakar itu, mengapa tidak ada masa untuk memuncungkan mulut anda dan berkata "Fuyyyoooo" akan pembongkaran rahsia yang besar ini?






Oh, untuk warga Irbid, boleh saja kalau mahu menjimatkan streaming anda, minta kopi lembut [soft copy] pada saya atau Hady atau Malik. [Saya punya kesemuanya 51 episod [eh, ada 3 episod kalau tak silap, ditapis oleh Youtube. Jadi, tak adalah]

3 Respons Terbuka

Arthas said... @ January 6, 2009 at 8:44 AM

jumpa sy kalu nk soft copy k...hehe
:D

ahmad suhaib said... @ January 10, 2009 at 10:35 PM

jgn lupa pass kn soft copy kt sape2 yg nk pegi mesir cuti winter ni..
x mampu nk download..sob3

h a r i z, H said... @ January 10, 2009 at 10:43 PM

>>hady

yer2x...
jom promote.

>>suhaib

Ok2x.InsyaAllah.

Post a Comment