| 4 Respons Terbuka ]

Modernisation and tradition

Tadi aku
bersembang dengan Ammar Rosli, kawan paling baik pernah aku ada, di Yahoo! Messenger. Lama tidak bersembang, dari isu solok lada dan nasi kerabu, yang aku sangapkan, hingga kepada isu industri pornografi yang digunakan oleh kerajaan untuk mengalih pandangan rakyat dari krisis negara, seperti US. Dan, tidak terlepas darinya, isu feminisme yang semakin mencuri publisiti negara kita. Ah, Amina Wadud tidak terlepas mencipta pengikut walau hanya dengan popular menerusi media (Tidak menafikan dia pernah berkunjung ke Malaysia).

Feminisme? Panjang sejarahnya, enggan aku bercerita di sini. Haji Google dan Datuk Wikipedia sedia membantu engkau jika engkau bukanlah golongan biblioholik. Aku jadi pening kepala bila melihat perempuan kurang solehah berbicara tentang keluarga Islam di peringkat antarabangsa, Musawah (tak pakai tudung kurang solehah atau memang tak solehah?). Baca ini, ini dan ini. . Aku jadi sakit mandibular process bila orang-orang sibuk mempertahankan pengkid. Baca ini. Aku jadi gatal bulu kaki baca sibuk nak dapat hak faraid yang sama dengan lelaki. Tak lupa mereka yang buat susah dan dajal pabila orang mahu mengadakan kempen tutup aurat, tapi senang jika buat Akademi Fantasial. Baca ini. Aiya, lu bikin ini kepala gwe pening maa. Susahlah sekejap lagi nak hafal Anatomy. Aiseh.

Tapi, kami muncul dengan idea baru, solusi terkini. Anda mahu tahu? Mari, siapa yang berminat, boleh tinggalkan nama di mana-mana ruang di blog ini untuk menyertai aku dan Ammar untuk mencipta gerakan Maskulinisma. Ya, bukan Kopi Radix tapi Maskulinisma.

Kita pejuangkan hak kesamarataan akan kouta pelajar lelaki di universiti. Kita paksa mereka gubal undang-undang membaiki kereta dan motosikal bukan hanya terhad kepada lelaki saja. Kita paksa perempuan wajib untuk membaiki juga. Perempuan wajib beri nafkah untuk keluarga. Sebagaimana wajibnya lelaki. Tutup kisah dan kes terpencil. Perempuan wajib memandu paling kurang 5 jam setiap kali perjalanan jauh di Malaysia. Jangan biarkan suami memandu sendirian. Kita wajibkan perempuan angkat set sofa masuk ke dalam rumah sendirian pabila berpindah rumah. Macam mana? Ada apa-apa lagi cadangan? Boleh tinggalkan di dalam ruangan komen. \


Hah, Shahrizat Jalil, Zainah Anwar, nak?



pinkie small child
"Saya nak join gerakan abang, boleh?" tanya adik di atas ini.
"Aik, pinkie-pinkie pun join gerakan maskulinisme juga?"





p/s:mesti laki deme tak bagi nafkah betoi-betoi , sebab tu depa duk sibuk bising minta nafkah dengan media, betoi dak?

4 Respons Terbuka

Anonymous said... @ March 1, 2009 at 11:20 AM

Kenapa nak suruh orang perempuan buat tu semua??

h a r i z, H said... @ March 1, 2009 at 1:27 PM

anony

rather than a truth one, it is a sinical, if you still don't get it...

alQasam said... @ May 31, 2009 at 7:42 AM

Indeed.

Perempuan seperti Zainah etc, punya kisah silam yang perit. Melihat ibu mereka menjadi seolah-olah hamba kepada lelaki dan membuat semua kerja rumah. Ringkasnya, keberadaan Zainah dalam institusi Feminisme yang jelek ini adalah kerana kejahilan dan ia diteruskan dengan kejahilan yang berpayungkan hak kemanusian.

Without a solid guidance, it seems soo rhetorical, huh?

p/s: I really do like your blog since I found it before. Tak ingat bila. Mohon izin link blog saudara ya.

h a r i z, H said... @ May 31, 2009 at 4:57 PM

herm.

i could say nothing more than totally agree. yes, we couldn't blame them totally, but, it is still, mereka juga yang buat analisis yg tidak tepat dan tidak membuka ruang kepada analisa dan kesimpulan lain.

oh, tidak ada masalah, saya berbesar hati, kak.

Post a Comment