Tak tipu, gambar ini tiada kaitan.
Sekarang aku menulis dari Rıdvan (baca: Reduan) Internet Cafe, Bursa, Türkiye. Esok, insyaAllah, aku akan ke Uludağ Ski Resort. (Ulu dalam bahasa Türkiye bermaksud Great, hebat, besar. Daği bermaksud gunung. Ğ= gh. Uludağ = Gunung besar). Untuk apa? Nama pun kan ski resort. InsyaAllah aku akan ke Macedonia selepas bermain ski esok hari setelah berada di İstanbul selama lima hari, menyelami kehidupan masyarakat Fatih, sebuah masyarakat yang penh nilai Islam di dalam sebuah negara pemimpinnya sekular. Tidur di sekolah tahfiz anak-anak kecil, melawat kawasan Sultanahmet yang penuh engan tempat-tempat bersejarah seperti Sultanahmet Camii (Masjid Biru), Ayasofia (Hagia Sofia) dan Topkapı Palace. Dan melawat banyak lagi tempat-tempat bersejarah di bumi Uthmaniyyah ini seperti kubur Sultan Mehmet Al-Fatih. InsyaAllah sekembalinya aku dari pengembaraan ini kisah penuh akan dicatat di ruangan blog ini. InsyaAllah (kalau didalam bahasa Türkiye, ditulis İnşaAllah).
Saja mencatat sedikit catatan di sini setelah sekian lama tidak mencatat. Juga setelah masuk ke Internet Cafe kali ke dua di Turki, iaitu kali pertama di İstanbul.
Wassalam.
(Gambar susahlah nak upload di Kafe Siber)
ps. masyaAllah susah betul nak menaip guna kibod mereka ni. Susunan lain dan hurf pun lain-lain
Tesükkür ederim. :)
0 Respons Terbuka
Post a Comment