| 6 Respons Terbuka ]

Aku sedang menghadapi masalah besar. Aku akan menghadapi satu frasa yang akan dilalui oleh penulis yang mana aku namakan sebagai "terlebih cerita". Terlebih cerita sehinggakan engkau orang tak sanggup membaca. Iyalah kan, mana ada orang baca novel dalam blog? Erm, macam mana aku mahu bagitahu kamu semua, ya? Beginş, secara ringkasnya, aku telah melalui pengembaraan selama 19 hari, berbaki lagi 2 hari. 3 minggu semua sekali. Dan, di dalam perjalanan ini, ianya bukan hanya berkenaan dengan mengambil gambar, ataupun memasuki muzium, bahkan bukan hanya menaiki bas. Ianya perjalanan fizikzl dan mental, perjalanan jasmani dan rohani [cet, ayat nak sedap!]. Banyak sangat perkara yang tidak dijangka berlaku, contoh ya? Mengambil wudhu´ dan solat di atas salji, berjumpa Recip Tayyip Erdoğan, masuk ke dalam gereja, ke dalam parti dan persembahan seni yang disediakan arak [fiuh, cuak beb], mengejar buku catatan untuk semua peristiwa di dalam angin yang sejuk nak mampus kerana tertinggal di dalam bas, berkenalan dengan masyarakat Bulgaria yang selekeh dan kerek, tidur di dalam madrasah tahfiz di İstanbul, tidur malam di dalam kafe siber dan banyak lagi. Ok, aku tak melampau dengan berkata itu hanyalah sebahagian kecil sahaja perkara yang berlaku dalam perjalanan aku, pengembaraan jasadi dan rohani [ok, jom kita beruwekk kepada ayat ini].

Jadi rakan, macam mana aku nak tulis semua perkara yang mungkin membolehkan kamu baca dengan tenang dan tidak gelisah kerana terlampau panjang, ya? Sedang perjalanan aku di Jordan yang hanya tiga hari sahaja dan tanpa apa-apa yang menarik pun panjang gila? [rujuk Travel OG]

Perjalanan 21 hari, 7 bandar, 4 negara, 4 gigabyte gambar [itupun banyak yang terpaksa di"delete" kerana satu lagi memory card 2 gb aku beli di turki rosak. Jadi, 4 GB secara berjimat-cermat], tak terkira pengalaman. [ayat ni boleh masuk iklan tv tak?]


p/s: slogan mana bunyinya cool ya untuk slogan travelog aku? "walau aku suka guna kamera, tapi aku lebih suka guna mata" atau "walau aku suka tangkap gambar tapi aku lebih suka tangkap pengalaman"? [dua-dua itu sebab aku tak reti tangkap gambar =.=! ]


6 Respons Terbuka

mynmeisazm :) said... @ February 15, 2009 at 12:33 PM

lebih suka guna mata~!

hudasaffry said... @ February 15, 2009 at 12:39 PM

ak rase baek ko buat slogan camni
"gambar itu tidak wujud tanpa kamera"

=)

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said... @ February 17, 2009 at 5:59 PM

tulis satu2 bro.. aku pasti ramai nak baca. buat episodla. cam jejak rasul tu. atau guna hari. cam diari. best gak. tulis, pengalaman yang amat berharga utk dikongsi bersama. aku percaya ramai kenalan kita yang ingin baca travelog ko itu. aku pon sama. kita tak pernah dan tak mungkin akan sampai di tempat tersebut, tapi dengan perkongsian nko, kami dapat membuka mata sedikit sebanyak.. kalo ada gambar yang menggambarkan pemandangan lagi bertambah mantap!

H2 said... @ February 18, 2009 at 1:54 AM

>>your name azam kan?

erm, akan dipertimbangkan oleh lembaga pengarah


>>huda binti saffry

tak nak boleh?


>>Bro Kamitaken

wah, satu2nya komen yang lepas piawai, erm, akan cuba diusahakan. tapi, gambar2 konfem kalah ngn ko la kan bro?

hudasaffry said... @ February 18, 2009 at 2:05 PM

cehh komen ak x melepasi piawai ke
ahahahahha, suke hati ko je letak name ak huda binti saffry
saffry tuh name ak ok hak3...
x percaye tye dollah =)

H2 said... @ February 18, 2009 at 3:02 PM

>>huda saffry binti??

er, ok. tak perlu tanya kot.

komen? entah la, sendiri pikir, bleh kot?

Post a Comment