| 27 Respons Terbuka ]

Perspective

Tak tipu. Aku tak pandai pilih tajuk yang panas-panas, bukan? Tajuk aku gunakan, mesti hambar. Lagi sedap kalau Abu Mahmood atau Saddam kedai Azharul Jannah (nama nak sedap) depan itu masak nasi kerabu. Pedulikan. Aku tengah rindu nasi kerabu, mungkin.

Aku ada abang. Dia ada adik. 4 orang. Aku adik dia. Hobi dia, suka tengok ke langit bila ada bunyi kenderaan bermotor di langit. Kapal terbang, bukan basikal. Dia memang tergila-gilakan dunia penerbangan. InsyaAllah, akhir tahun ini atau awal tahun depan, dia akan menjadi seorang juruterbang.

Bila kapal terbang lalu melintas ruang udara kepalanya, automatik kepalanya didongak ke atas. Dan, akan meneka kapal terbang model apa itu, dan keluaran apa kalau dia mampu berdasarkan bunyi enjin dan reka bentuk. Dia akan terus mendongak untuk masa yang lama. Kadang-kadang, rasa nak pukul pun ada, sebab baik dia patah tengkuk dipukul adik, dari patah tengkuk kerana dongak terlebih lama. Tipu sajalah, aku kan adik yang taat. Mana pernah marah abang. Eceh, bajet romantik.

Tapi, cara dia mendongak, memang aku respek. Dia sanggup bersakit tengkuk demi mendapatkan perspektif yang berbeza dari orang lain. Juga menghayati perspektif yang berlainan itu.

Jadi, dengan itu, aku pun meniru sikapnya, mendongak, menangkap gambar bumbung berlubang di masjid universiti aku. Apalah faedah buat benda ini pun aku tak pasti. Sakit tengkuk, itu pasti. Ada makna, mungkin sekali.

Lihatlah dunia ini dengan perspektif yang berbeza. Terutama lepasan SPM 08. Lebih-lebih lagi, yang tidak ada tujuan dan arah hidup. Ramai saja. Itulah kesan pendidikan berteraskan peperiksaan. Jangan ulangi kesilapan orang-orang yang terdahulu. Ceh, aku bagi nasihat. Diri sendiri pun entah kemana.

Richard L. Evans pernah berkata, "Too much pessimism has led too many men into making serious mistakes. And perhaps part of our pessimism comes because we are too close to ourselves to see in proper perspective."

Juga, Christopher Darlington Morley pernah berkata,"Humor is perhaps a sense of intellectual perspective: an awareness that some things are really important, others not; and that the two kinds are most oddly jumbled in everyday affairs." Macam yang aku selalu sebut. Kalau kau memang betul-betul nak berfikir, orang cakap merepek pun, kau akan dapat pengajaran. You'll think beyond, istilah generasi PPSMI macam aku. Kalau orang bagi ceramah 7,8 jam tanpa henti, kalau memang susah nak ambil positif, sampai bila takkan maju.

Memang, melihat dari perspektif yang positif, bukannya senang. Kalau dari sudut negatif, memang senang saja. Kau lihat jiran kau bawa kereta cantik, kau kata curi. Kau tengok Pak Cik Mat buat baik dengan Ali, kau kata dia sedang membodek Ali untuk puji dia depan Mak Cik Semah yang dia sudah lama tengok dari jauh (usha). Senang, bukan?

Macam itu juga dalam hidup. Memang berbaloi kalau kau tengok dari perspektif berbeza. Cuma, ia memang susah. Dan, aku berharap dapat melakukannya sepanjang masa juga. Apa? Orang kata, bila kau tengah hidup itu, berhenti sebentar, keluar dari hidup kau, tengok kembali segalanya.

Hrmph, memang bukan senang sesenang aku menaip ini. Aku hanya tahu menaip.

**********

Lepas ini, aku dah tak mahu ambil gambar sambil mendongak. Baik aku baring saja. Biar terkena kotoran, demi tak patah tengkuk. Ayat iklan apa? Daia? Harpic? Ah, lupa!



Perspective 2

Ad-Deir, Petra, Jordan
Lagi gambar pematah tengkuk-kau orang tahu ini di mana. Bukan?

At the mosque of JUST, Irbid, Jordan.
Gambar asal
(bro, aku pakai SAMSUNG L100 dan aku main snap saja. AF dia tak bagus. Selalu tak sharp. Nasib gambar ada makna aku letak sini.Kalau tak,...)



p/s:-cet, padahal, aku nak merepek saja. Tapi, tersilap taip panjang pula. Cet!
p/s:-Azam, nantilah, kalau sempat, aku siapkan tulisan aku berkenaan temuduga. Ini pun, tak sangka terlebih panjang.



27 Respons Terbuka

Aishahtur said... @ March 25, 2009 at 8:16 PM

tumpang comment, ahahaha kalau xde kad atm camne? kad perpustakaan terima tak?

mhmdzlzm said... @ March 25, 2009 at 8:26 PM

hohoho...
xpe2..
take ur time..
but do not take forever..

h a r i z, H said... @ March 25, 2009 at 8:39 PM

cato

kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan,
kad raya pun dilayan, apatah lagi kad perpustakaan.

your name azam eh?

haa, aku tak pernah ambil forever tu.
masa orang, memang selalu aku ambil.

Haru said... @ March 25, 2009 at 8:47 PM

perspektif berbeza. yes, itu idea menarik.
akan dipraktikkan.
sticking with one style pun, xbest gak.
gambar yg cantik. tu dekat mane tu?

h a r i z, H said... @ March 25, 2009 at 9:32 PM

Atiqah

realis dan idealis adalah golongan berbeza. Jadi, untuk membolehkan aku berhujah bila orang sound aku balik pasal apa aku tahu cakap saja, aku cakap aku idealis, boleh? haha.


oh,tk (terima kasih). tapi, gambar mana satu?

Anonymous said... @ March 25, 2009 at 10:56 PM

Memang betul. Susah untuk seseorang utk melihat dari perspektif yang lain. Mungkin pengalaman yang boleh mengajar. Kalau ikutkan byk dalam hidup boleh dikaitkan dengan essay ko ni. Jadi technician computer pun kene tengok dr pelbagai perspektif.

Anyway cantik gambar2 ni. Aku suka langit biru!

h a r i z, H said... @ March 25, 2009 at 11:06 PM

Husni Zm

erm. itulah. orang kata, fikir di luar kotak, kan? Perspektif berbeza perlu diambil untuk mendapatkan gambaran yang holistik, kan?

tq. tapi, gambar2 bro jauh lagi mantap.

Ain Mardhiah said... @ March 26, 2009 at 4:14 AM

salam ziarah

langit lebih luas kalau gambar diambil dari luar lubang.. sekadar memberi perspektif yang berbeza. =) bitaufiq exam.

Fate, hah? said... @ March 26, 2009 at 7:14 AM

Hmmm...aku pun suka tangkap gambar..cuma tidak mempunyai kamera yang baguss...
Cuma memiliki kamera telefon bimbit sahaja...
Kamu memiliki banyak kelebihan...
Selain dari memiliki kamera yang bagus,kamu juga berada di tanah orang dan banyak mengembara...
Tidak begitu?

p/s:Amacam bhse baku?ok?haha...klaka la plak..

h a r i z, H said... @ March 26, 2009 at 10:10 AM

K. Ainul

Salam, oh, gmbar langit luar lubang banyak saja. Bawah tu, gambar masjid JUST, luar lubang juga. Hehe. Baidewei, terima kasih =)

Ameen.

Fatehah

Hoho, tiga fakta untuk kamu pada hari ini. Pertama, Malaysia merupakan antara negara pengeluar DSLR terbaik di dunia. Nikon Msia mmg power. Kalah Jepun punya. Lagipula, murah. Jordan? Hoho. 2,3 kali ganda harga dari di Msia. Jd, kamera aku pakai kamera aku beli dulu sbelum fly. Compact PnS saja.

Kedua, sini tak best kalau nak shoot macro. (Er, padahal, kamera aku bukan boleh pun). Benda2 kecil tak banyak. Msia? Best tu.

Ketiga, UIA ada kelas fotografi kan? Sini tak ada. Joinlah. Tambah ilmu. Nanti kongsi dengan aku sikit ilmu. Aku cetek ilmu fotografi.


p/s: haha. ok saja.

emma songall said... @ March 26, 2009 at 11:36 AM

i like your perspective.
i wish i can stand in front of Petra tooo...

Anonymous said... @ March 26, 2009 at 1:37 PM

slm..
nice topic..
melihat sesuatu dr perspektif berbeza...
erm..
lain org lain pemikiran n lain care de memandang sesuatu...
ak mmg ske membandingkan cara org berfikir dgn cara ak berfikir..mungkin byk yg berlainan tp sgt seronok klo jmpe yg sekepala..
hahaha

Anonymous said... @ March 26, 2009 at 5:07 PM

'joking is a way to release your repressed sexual desire' -freud.

h a r i z, H said... @ March 26, 2009 at 5:47 PM

ema

tq. glad you like it. somehow, your's are far away better than mine.
ameen. hope that you'll be there too someday. :)

kie

ya. manusia punya cara fikir yang beda. dan, berfikir dengan dimensi yang lain mampu membina gambaran yang lebih holistik kepada kita.

h a r i z, H said... @ March 26, 2009 at 5:49 PM

amar

wah, kalau macam tu Russel Peters (tahu?) ataupun Senario mesti rendah hawa nafsu, kan? er, nak nama penuh Freud, boleh?

top the pop said... @ March 27, 2009 at 2:43 AM

urs pun nice!!!
anyway ok pe..p kenape jordan mahal sgt??hahaha

Anonymous said... @ March 27, 2009 at 10:53 AM

sigmund freud. according to him, almost everything is sexual. heh

h a r i z, H said... @ March 27, 2009 at 11:02 AM

adib

tq ;) tapi, ko punya lg smart bro.

amar

oh. camane boleh lupa nama dia. ish, dahsat gila. agak-agak, korek hidung, bagi dia, dia fikir apa ah? a real pervert ah dia tu.

Anonymous said... @ March 27, 2009 at 12:06 PM

weh. kat mesia skang perhimpunan umno. aku x rase pun cm sume bnde tu political. bosan gla. pembunuhan beramai2 kat tiananmen square bru la la politik. bru la prjuangan habes. tp kalau kt mesia blku cmtu mmg aku xnak join la. haha

Uqbah Azam said... @ March 27, 2009 at 12:27 PM

hariz.

fiuh. mula mula aku ingat ni post tentang abang tersayang.haha.

er, kadang kadang kita terlampau asyik nak kejar benda yang kat atas sampai buat tak endah tentang apa yang berlaku kat bawah.

sedangkan kita berjalan kat bawah kan. kalau ada lobang kat atas dan kat bawah, still... kita akan jatuh ke bawah.

tak kira betapa kita peduli tentang apa yang berlaku di atas sana.

pengajaran: aku tak tahu apa aku nak sampaikan. cuma nak cakap. bila dah hebat nanti jangan lupa kat orang yang bawah bawah macm aku nii. hehe...^_^

h a r i z, H said... @ March 27, 2009 at 12:35 PM

ammar

erm, mar. salah satu kesimpulan aku boleh buat lepas masuk beberapa buah negara. aku selalu cakap kat kawan2. manusia dan politik tak boleh berpisah. ko dan abah ko, ko akan berpolitik, kan?

tapi, dalam skop ni, aku suka perspektif ko mar. haha. tu la, kat malaysia, suma orang nak politikkan benda. pasal pemikiran terbenam kot? nyampah aku.

jangan join mar. sedih doe aku kehilangan ko. haha.

h a r i z, H said... @ March 27, 2009 at 12:36 PM

uqbah

pencerapan yang mantap dari encik uqbah al-hafiz (iAllah) tentang gambar aku tu. wah. tak hebat, konon. blah la. haha.

cet, aku tak tulis oo benda-benda macam tu. malu la. haha.

cik.siti said... @ March 29, 2009 at 5:53 AM

haha!

cakap pasal freud, aku nyampah betul dengan dia. everything is about sex.

aku ada baca pasal dia ni, masa dia kecik2, ayah dia kawin dengan beberapa ppuan. n mak dia bini ke 3. dan, mungkin bila dia tengok ayah dia ni, macam lelaki bernafsu besar? so, dari kecik dia macam dah develop dia nye mind, n it stays in his unconcious mind, that everything is about sex.

but, those stages stop at 6 years old. according to him, psychosexual stages stop at 6 years old but then it remains in unconcious level n ppl will always remember it tho they dont exactly remember about it.
correct me if i'm wrong. =)

erk, macam dah lari topik pulak. >.<

ahahha!

btw, macam biasalah, aku sokong harizm [erk?]

teruskan. ramai orang suka cara penulisan kau ni. =) dan kau tau kan? aku memang jelez kat kau yang dah sampai petra tu!! >.<

__ said... @ March 29, 2009 at 8:50 AM

duh. lg geli psl oedipus complex.
hariz keep on writing dowh.

h a r i z, H said... @ March 30, 2009 at 12:10 AM

korang semua kat atas ni tahu tak, aku kecewa dengan korang semua sebenarnya?
cis, sorang pun tak bagitahu aku ayat "biar terkena kotoran, demi pengalaman" tu ayat iklan apa. sedih ah. isk isk.


aQila

wah, baru aku tahu cerita pasal dia. mungkin dia nak kejar populariti kot, ada pengkhususan. Pernah dengar "Zulu Theory?"

kiranya, nak dapat gelaran Bapa Falsafah Seks, kot. haha. jangan percaya. aku merapu.

er, tapikan, aku konfius kena tulis harizm atau harism? sebab, -ism baru betul. dan aku tak suka nama aku ditulis hariS. ish. haha.


ammar

tk (terima kasih) untuk istilah tu. aku dah wiki dah istilah tu. bila aku baca penerangan di wikipedia, baru aku teringat, aku pernah baca pasal benda ni di http://sarahmohdshukor.blogspot.com/2008/04/mahukah-kamu-mengahwini-ibu-bapa-masing.html

cubalah baca =)

kher said... @ March 30, 2009 at 9:14 PM

artikel yang menarik.

memang betul kita kena berfikir luar daripada kotak. kotak itu yang menyekat fikiran kita.

tapi kadang-kadang kotak itu juga penting supaya kita tidak lari jauh dari landasan yang betul.

seimbangkan. insyAllah kita akan berjaya.

teruskan usaha anda.

h a r i z, H said... @ March 30, 2009 at 10:25 PM

bro nuek orang besar MPPM

erm, betul.

tapi, kita janganlah membina kotak di dalam kotak, bukan?

sebab hari ini, ada orang yang terlangkau kotak kerana tidak tahan melihat orang yg sesuka hati mencipta kotak baru yang lebih kecil, kan?

apa yang terbaik ialah kita kenal kotak kita yang sebenar, dan bertoleransi dengannya.

ya, keseimbangan harus ada pada setiap perkara. terima kasih. =)

Post a Comment