| 7 Respons Terbuka ]

Berapakah harga untuk trekking di salah satu wadi (lembah) di Jordan? Atau lebih tepat Wadi Mujib, nature reserve terendah di dunia, yang juga merupakan sumber air bagi Laut Mati? Oh, bukan 9.50 JD (RM 47.50 +-) yang dibayar di kaunter. Tetapi, pengalaman pertama hampir lemas dek beg (sebenarnya tak boleh bawa masuk) yang berat dengan isi dan masuk air, tak boleh nak terapung. Cuak gila. Juga seluar jeans BUM Equipment. Ya, koyak. Tahu, bangang bunyinya pergi trekking pakai t-shirt yang dibeli di Turkey dan jeans BUM Equipment. Pakai sandal Dockers kulit penuh tak bangang. Tapi, atas sebab yang tak dapat dielakkan, ianya terjadi.

Itulah, pergi trekking bergaya sangat, balik, pakai kain sarung anwar saja. Dahlah rambut panjang, pakai kain sarung (arab tak pakai kain doe), nasib badan sikit tough saja. Kak Yez pun kata aku ayu. (aku rasa kalau badan tak toughla) Masuk masjid besar dia, semua duk usha2. Cool, cool, bisik pada diri. Dah memang cool dan cold, nak buat macam mana? Angin punya kuat, Anwar pakai jeans pun kata sejuk, aku pakai kain? Nasib baik Arab Amman ramai yang moden dan terbuka, kalau Irbid? Haih.

Eh, sebenarnya, trip itu sepatutnya untuk photohunting. Tetapi, seperti biasa, aku sedikit inferior untuk mengangkat kompak aku dalam kalangan dslr2 yang lain. Maka, D300 anwar dan 70D arul menjadi mangsa. Namun, pabila aku kurang angkat kamera dan dipenuhi fotografer-fotografer handalan lainnya, secara tak langsung, aku jadi model. Yang tak sikat rambut. (sebab bangun lambat). Gambar-gambar akan dimuat naik di lain waktu. Datang jenguk-jenguk blog ini di lain hari. Mungkin dua tiga hari lagi. Atau, mungkin sekali minggu hadapan.

Anwar, Arulz dan Kak Yez memang berhantu. Aku pun hantu juga pasal minggu depan final exam tapi,.. Ah, ok, ciao! (itu tak cerita pergi Umm Qays, Yarmouk Battlefield, Mt. Nebo, Laut Mati blablabla lagi. Saya hantu la awak. Ptuih)

p/s: laluan sepatutnya 2 jam pergi dan balik menjadi 7 jam. Ya, fotografer memang begitu. Dan, Wadi Mujib sangat best dan mencabar walaupun aku agak geram BUM aku menjadi korban. #$#@ *tahan mencarut*
p/s2: doakan keselamatan D200 kak yez. Masuk air walaupun sudah bungkus itu baik.
lagi-lagi p/s: jangan tanya koyak bahagian mana. segan aku nak menjawab.


nak baca laporan penuh beserta video, silalah ke blog Ahnaf, pemandu rasmi yang setia serta sanggup memandu pulang dalam keadaan penat bertrekking. Aku memang dah bantai tidur dalam kereta. Huh, fail.

TQ emma. sori award 1st lupa nak letak. tengok kalau ada masa lain, iAllah la yek.

7 Respons Terbuka

joegrimjow said... @ May 25, 2009 at 5:52 PM

wahh
d300!!

h a r i z, H said... @ May 25, 2009 at 5:54 PM

itu orang punya, bukan aku punya. main pinjam sajor lah. haha

emma songall said... @ May 25, 2009 at 6:57 PM

huhuh.
cian nya.
but at least dpt jd model.
LOL
welcome. its ok then!
=)

h a r i z, H said... @ May 25, 2009 at 7:55 PM

model tak sikat rambut, buat ape? rambut sgt selekeh terus pakai topi bila buka tambah selekeh. adeii

Syaimaa' Ahmad said... @ May 26, 2009 at 12:24 AM

bila aku kata rambut kau yg hantu
kau tak mahu percaya..
bila aku kata rambut itu bad luck
kau kata tahyul

bila kau jatuh kolam
aku kata...


.....



ha! paham?

*btw.. pakai kain sarung itu tidak boleh belah..
gelak terkancing gigi

h a r i z, H said... @ May 26, 2009 at 3:34 PM

hoi. melayu proto gle ko percaya bad luck2 ni. lebih dari org agama sembah rambut je. silakan gelak, sebab saya sebenarnya bangga jadi orang melayu pertama mungkin, pakai kain pelekat dan t-shirt bersiar2 di amman. paling kurang, masjid malik hussein (masjid tu baru buat) dan mat'am qaherah.

oh, ko tau kan kain sarung tu gunanya ape bagi orang arab? ianya sangat taboo sebenarnya.

tapi, saya melayu.

h a r i z, H said... @ May 26, 2009 at 3:41 PM

nak baca laporan lebih lengkap, sila ke blog ahnaf. siap dengan video sekali. gambar2? setakat ini ke laman flickr kak yez.

http://ahnafhilmi.blogspot.com/2009/05/kembara-wadi-al-mujib.html

Post a Comment