| 19 Respons Terbuka ]

Agak panjang, tetapi, sebenarnya intro yang panjang. Boleh lompat ke ayat berwarna merah terus jika mahu cerita utama sahaja.


Hei, Hariz tak boleh belajarlah. Awak semua ada apa-apa cadangan? Tensionnnnnn sangat ni.

Pfft. Ok, cukup dengan lakonan di atas. Saya tidak dilahirkan untuk jadi sebegitu. Berlakon, mungkin, tapi, menipu diri sendiri sebenarnya, nanti terperangkap jiwa. Cewah. Pakai ayat pondan-pondan dan maknyah-maknyah Malaysia nampak gayanya.

Tiba-tiba teringat kisah yang telah lama aku nak tulis.

Kisah pengalaman aku mengembara ke bumi "The Land of Roses", Bulgaria. Nak tengok gambar ini clear dan cerah, klik pada gambar. Nak jimat akaun Flickr aku, dod. Oh, ini di depan National Library. Memang sangat besar. Ini tak sampai 1/3 dari panjang dia.

Religion
Klik pada gambar untuk baca caption.

Aku berada di Sofia sangat sekejap, 2 hari. Itupun keputusan on the spot, sehari sebelum bertolak dari Istanbul. Kisah ini, kita tinggalkan untuk diisi di travelog aku yang sudah lama tak terkemaskini. Itu kisah dan pengalaman gila-gila aku.

Semasa aku berada di Bulgaria, aku berasa kurang selesa, oleh pengalaman di pintu masuk ke negara itu , tak tahu berbahasa, pening kepala baca tulisan cyrillic sehinggalah tiadanya skil aku untuk membeli makanan halal (ini kelemahan orang yang dalam zon selesa macam aku.Hrmphh). Tengok orang dia pun macam-macam. Eh, "kedai orang dewasa" banyak gila weh. Haha.

Hari kedua di Sofia, aku kurang suka dengan negara ini. Tambah, cuaca amat sejuk dan aku sedang tight on budget. Terlebih belanja di Turkey. Lapar dan hanya empat kali makan untuk dua hari. Itupun, masuk kedai orang Syria, Aladdin 3 kali. Memang langgar janji pada diri. Kemudian, rajin pula duduk bertapa dalam masjid waktu itu. Sebelum ini, malas. Aiseh.

Memang sebenarnya, negara itu cantik. Aku suka negara Balkan kerana banyak gunung-gunung. Ya, aku sukakan alam semulajadi. Tapi, banyak sangat vandalisme di negara itu. Conteng sana, conteng sini. Kertas iklan tahapehape penuh di dinding bangunan klasik. Lembap, sejuk. Ramai yang aku temui tak ramah. Tak ramai orang yang ramah saja aku temui. Plamiv yang siap tawarkan aku arak dan bawa aku masuk Art Exhibition, Brother apa aku lupa nama yang bawa aku pusing sedikit bahagian Sofia dan masuk ke Universiti Sofia, yang dah macam muzium rupanya dan juga pakcik yang baik hati bawa aku tumpang kereta dia pergi ke money changer. Orang Turkey yang belajar di Bulgaria. Ha, aku praktik bahasa Turkey aku dengan depa la. Lagi seorang, yang tolong aku cari balik beg yang aku tertinggal dalam bas Istanbul-Turkey, tapi, bila dia tahu aku Muslim, dia buat pandangan sinis. Itu aku tak selesa.

Yang tak ramah ramai. Akak hot dalam bank yang nak senyum pun susah. Minah kerek aku tanya "Do you know English?" "Yes", terus, masuk dalam kereta tutup pintu. Blah. Bapak ah. Kerek gila. Pelacur tak hot sengal duduk tepi jalan tawar servis. Ini bukan tak ramah, tapi sengal. Mentang-mentang nampak aku sikit punya hot. Eh, tipulah. Mana ada. Seganla macam ni.

Tapi, aku suka sebar pada orang yang Bulgaria tak best. Sebenarnya, faktor cuaca dan ketidak-selesaan dalaman aku masa itu. Kejam sangat. Dan juga, banyak sangat gereja dan monumen-monumen "kejayaan pembebasan dari Ottoman" yang jadi faktor.

Apapun keadaannya, ia ajar aku satu nilai. Keikhlasan. Juga, berterima kasih. Tamat introduksi. haha. panjang betul!

Petang itu, aku mahu berkejar ke stesen bas Sofia, tapi, aku agak pening dengan sistem pengangkutan di situ. Itu pasal aku ternaik trem usang tak bayar. Sebab aku blur. Haha, best betul blur ni. Dapat benda percuma. Petang itu, dari motel aku, aku ke stesen troli bas berdekatan. Aku tak tahu nak tanya siapa, aku tanya seorang pakcik.

Baik, kita gambarkan pakcik itu bagaimana. Tempang sebelah kaki, jalan terkedek-kedek dan perlahan, baju sangat lusuh, kotor dan berdebu. Muka dia sangat kotor dan comot, gigi tak cukup tak silap aku, pakai topi bulat yang ada koyak-koyak, seluar pun berkoyak, pegang plastik sampah. Aku suspek dia pengutip barang-barang dari tong sampah. Dapat kau bayang?

Aku pun tak pasti kenapa aku tanya pakcik itu. Aku tanya dalam bahasa Inggeris sambil buat gaya tangan dan tunjuk peta, dia balas dalam bahasa Bulgaria. Kemudian, penat dia tunjuk gaya, dia angkat tangan, tutup mata, lenggokkan tengkuk, yang memberi bunyi, "Takpelah, takpelah" dalam otak aku. Kemudian, dia ajak aku ikut dia.Lintas jalan, sangat perlahan.

Bila sampai ke tempat menunggu bas di tepi lampu trafik, dia cuba bercakap dengan aku dua tiga kali, tapi aku tak faham dan buat gaya sama yang menunjukkan dia mengalah, tak dapat berkomunikasi dengan aku. Rozaili mahu ambil duit, aku tanya dia "Banka?( ini aku tahu melalui pemerhatian)" Dia bagitahu ada di belakang. Rozaili pergi mengambil wang dan aku duduk bersama dengannya.

Orang lalu lalang melihat dengan sinis dan serong sehingga ada seorang warga tempatan bertanya kepada aku, "Is he doing something wrong to you?" Oh! Perkara yang sama pun terjadi di Istanbul. Kasihan aku pada pakcik itu.

Kemudian, setelah agak lama menunggu, bas yang dimaksudkan tiba. Disuruhnya aku naik. Tapi, Rozaili belum tiba. Aku agak kaget. Mana budak ni? Begnya di tangan aku. Tiba-tiba, aku nampak Roz berlari-lari datang, terus aku melompat ke dalam bas itu, sambil menunggu Rozaili.
Aku sudah lupa akan pakcik itu. Bas bergerak.

Aku nampak pakcik yang ikhlas itu terkedek-kedek dari cermin belakang bas itu melintas jalan. Aku kecewa, sebab aku tak dapat mengucapkan terima kasih pada dia. Sangat-sangat kecewa. Walau begitu keadaannya, tapi, dia sanggup menolong aku. Walau begitu daif dan tidak dapat berkomunikasi dengan baik, tapi dia sanggup membantu dan tidak mengapa-apakan aku sedang ramai dari kita suka mengambil kesempatan dalam memberikan pertolongan.Sampai ke hari ini, kalau aku teringat pakcik itu, aku harap aku dapat berterima kasih pada dia.

Tapi, bagaimana mahu dicari?


as-siq wadi al-mujib
bertapa masa pergi ke Wadi Mujib.

as-siq trail wadi al-mujib
karier lama: model

as-siq wadi al-mujib
sangat cantik

p/s: gambar adalah ihsan Kak Yez. Aku tak upload lagi. Exam.

19 Respons Terbuka

emma songall said... @ May 27, 2009 at 2:53 PM

occay.
aku suka gila gambar bertapa tuh.
great long exposure shot.
++aku suka jugak gambar 2 terakhir tue.
great ambiance.
=)

zulaikha said... @ May 27, 2009 at 3:03 PM

wadi mujib katne???
lawa gle!!

joegrimjow said... @ May 27, 2009 at 3:11 PM

perghhh
gambo tu!!!

h a r i z, H said... @ May 28, 2009 at 7:38 PM

wadi mujib tu betul2 sebelah laut mati. kalau drive dari Amman, lepas Amman Beach, then, ada tempat mandi free, naik lagi. betul2 sebelum mujib bridge, masuk kiri. sampai.

n, tq everyone ;)

aQilaAini said... @ May 29, 2009 at 5:02 PM

wei, gambar bertapa tu lawa weiiii!!!!!!!!!!!

cato;patchi said... @ May 30, 2009 at 1:08 AM

huwaaa aku nak mandi air terjun!!

h a r i z, H said... @ May 30, 2009 at 10:57 AM

qila,

gambo tu bukan aku tangkap, kan ada aku duk paling belakaaaaaaang sekali tu. tahniah buat cameraman

cato,

haaa, mandi shower dalam tandas sebenarnya sama je rasa dengan mandi air terjun. fakta.

rozailiaswan said... @ May 30, 2009 at 2:45 PM

wei,
aku terigat kembali dikala peristiwa itu meniti..
hahaha..
mantap beb..
tu la..
atas bas baru aku tya dh ucap terima kasih ke blum
huhu
jgn pandang orang dari luaran la..

wei, bile la ak nk g wadi mujib tu..
perg..
mantap tu beb..

iyda7 said... @ May 31, 2009 at 7:29 AM

wa.....seyes jakun..tgk pic yg der nih...xspecially yg karier lame kekunun model tu n sgt cantik tu..caya la bro...huhu

alqasam said... @ May 31, 2009 at 7:37 AM

SubhanAllah! SubhnAllah! SubhanAllah!

What a beautiful and breathtakingly scenary and captures!

Really.

Sangat cantik!

p/s: Guna kamera dan caption macam mana ya brother?

h a r i z, H said... @ May 31, 2009 at 5:00 PM

roz,

haa, betul tu. ini aku tak sabar nak buat journey baru. bukan setakat nak melancong tengok tempat2 cantik je. nak belajar dari pengalaman.

iyda7,

haha, kalau org nak hire jadi model, sy sangat berbesar hati. sebenarnya, tu sedikit je dr rupa sebenar tempat tu sebab yang lain tak leh nak capture. susah dan bahaya.

h a r i z, H said... @ May 31, 2009 at 5:01 PM

alQasam,

tahniah kepada cameraman. suma gambar tu bukan sy yg capture, saya punya tak sempat lagi nak upload. exam final start lusa. tengok la nanti sy upload lepas final, kak.

btw, camera tu nikon d200 dan d70.

Syed Danial said... @ May 31, 2009 at 8:53 PM

pergh.gler lawa gamba2 ko hariz.mantap seyh.leh jadi photographer yg berkaliber nih.yg air terjun tu kat ne ek? bagi tau detail skit.aku nk pegi gak nnt :)

h a r i z, H said... @ May 31, 2009 at 8:55 PM

haha. ko ade blog gak rupenya.

air terjun tu di jordan maaa. bukan bulgaria. nama dia wadi mujib (mujib valley) sebelah laut mati, the lowest nature reserve on earth.

klu nak dtg jordan nnt ni, meh la. aku ok je g sana lagi. best.

Syed Danial said... @ May 31, 2009 at 9:16 PM

ooo.cenggitu.mantap.nmpk pn lawa.hehe.nmpk air terjun masih suci lagi.tu mcm nk pi tuh.takpe2.tunggu aku.ada 5 taon lg kat cni.insyaAllah nnt aku pi jordan :).weyh.aku tag blog ko skali..

h a r i z, H said... @ May 31, 2009 at 9:27 PM

hoho. dia tak buka time winter. so, kalau nak g, dtg jordan time summer atau spring. tapi, spring plg best.

mmg la cantik dan suci, nak sampai ke situ berjam2 meredah arus air. hoho. ok2. aku wat bnd sama gak

Syed Danial said... @ May 31, 2009 at 9:35 PM

spring ke? hurm.aku cuti dh la tak byk spring.tapi takpe.aku cube usahakan gak.hehe.seronok2.bler aku nk pi aku kecek kat ko :).semoga bahagia sepanjang hari :)

maryam kameelah said... @ June 4, 2009 at 6:23 PM

lambat gile aku kasi komen ni. tapi takpe.

haritu ada baca psl trip korang tu. dekat blog yg kau link. pastu aku nampak dia eja nama kau pakai 's'. tak ngilu bulu mata? :P

aku pun kesian ngan pakcik tu. haih. takpelah haritu dah bebel. malas ah nak ceramah lagi

ape lagi ek

nak komen pasal gambar tak reti. tapi cantek ah

k la bye

h a r i z, H said... @ June 5, 2009 at 1:48 PM

daniel,

oho, strdd ah tu. aku lagi ah sket cuti dari korang. korang summer pun 3 bulan. winter lagi 1 bln. easter, ha.. byk. kitorang sket gle je.

maryam kameelah,

wah, terharu gle aku ada orang tolong amek berat. haha.aku buat2 tak nampak je.

ye2. sebab tu aku lagi suka mengembara dari melancong. a tourist see what he wants, a traveller see what is the truth.

aku dlu pun tak reti psl gambar, tp, rendam 2,3 bulan tengok gambar, kejap je da boleh reti. practice makes perfect. rite?

Post a Comment