| 0 Respons Terbuka ]

Ini gambar-gambar dari ladang (mazra3a) di Huwwara, Irbid, Jordan semasa proses penyembelihan Hari Raya Korban pelajar Malaysia di Irbid, Jordan. Perjalanan ke ladang tu adalah ambil masa dalam 20 minit dari tempat kawasan penempatan pelajar Malaysia.

OK, usha sebilangan kecil gambar di bawah ni. Oh ya, aku tangkap 660 keping gambar dalam masa 4 jam dan agak memenat dan membosankan sebenarnya. Nak pilih, lagilah bosan.Aku harap korang tengok gambar-gambar di bawah ini dengan perasaan sedih kerana inilah penyebab aku mengharungi waktu-waktu sukar.

Keterangan acara (macam facebook dalam bahasa Melayu. tak caya, terjemahla facebook enko);
Hari : Jumaat, 27 November 2009
Waktu: Lepas solat Jumaat sampai nak dekat Isya' (pukul 1 lebih lebih tak kurang sampai 5.30 kot)
Lokasi: Ladang haiwan-haiwan halal dimakan, Huwwara, Irbid, Jordan.
Status gambar: SOOC (straight out of camera - no editing done - tak pandai edit kan)

IMG_2885
abang jambu. pakai subang pink

IMG_2889
fanatik Kelantan FC.

IMG_2918
fanatik kepala biri-biri.

IMG_3037
lembu punya usus, Ibrahim dapat nama

IMG_3054
bersatu kita teguh walau bercerai kepala dengan badan

IMG_3137
mati pun ada nombor giliran. korang punya, nombor berapa?

Maka setelah melihat jam 2.57 pagi dan mengenangkan esok kelas 8.15 pagi (jarak perjalanan ke kelas - 45 minit) , aku nak tidur dulu. Sambung lain kali. Lain kali tu bila, ha, itu kita tak tahu. Bai, selamat makan papadom.









0 Respons Terbuka

Post a Comment