...
| 6 Respons Terbuka ]

Lama dah sangat tak update blog ni. Tetiba tergerak hati aku nak update pagi-pagi buta ni. Ermm, writer's block dah aku ni.

Sekarang ni, Jordan dah masuk "Spring". Aku pun tak tahu la. Pasal Jordan bukanlah ada "distinctive 4 season" pun. Tak ada pengumuman kat televisyen yang sekarang masuk musim bunga, masuk musim luruh. Yang ada, pertukaran waktu jam je. Semalam beza dengan Malaysia 6 jam, hari ni 5 jam. Aah, hari ni tukar jam.

Tapi, bagi aku, macam musim bunga tu, ko boleh nampak la. walaupun tak berapa nak musim bunga sangat. Tepi-tepi jalan penuh bunga-bunga liar. Warna kuning, putih, ungu, merah.Pokok pine pun mula berbunga dua tiga minggu lepas. Aku tahu, ramai budak-budak sini gelak aku tulis macam ni, tapi, nak buat macam mana, pasal yang gelak tu diorang tak peka. Tapi, tak adalah bunga tulip dan kawan-kawan. Kalau musim luruh tu, susah lah sikit bagi kebanyakan kawasan di Jordan ni, hatta kawasan hijau subur pun. Pasal sini banyak pokok zaitun, takpun pokok pine. Pokok zaitun dan pine mana luruh daun brader. Pokok epal ke oren ke lemon berapa batang sangat. Itupun aku tak tau pokok-pokok tu luruh ke tak. Kalau macam di King Hussein Park di Amman dan konco-konco, bolehlah nampak. Pasal diorang tanam pokok yang 4 musim. Jadi, kesimpulannya, aku tak tau aku cakap apa dah ni. Cumanya, aku harap aku dapat photoshoot bunga-bunga sekarang ni. Baru nampak "sensitive guy" sikit ada album bunga-bunga, kan? Jambu doh. Bolehlah tambah market barang 7, 8 point. Hahaha

Kesimpulan kedua pula, aku suka Irbid sekarang ni, padang hijau, ladang gandum luas, bunga-bunga liar, langit biru, 20 degree - tak sejuk dan tak panas, cahaya matahari ada, kambing biri-biri penuh di padang hijau, kadang-kadang waktu langit cerah, boleh nampak snow-capped Mt. Hermon (Nama Arab : Jabal Sheikh) yang terletak di Palestin (Israel), Syria dan Lubnan. Agak cool jugak la Irbid sekarang ni. Cumanya, susah nak shoot pasal dari rumah aku tak nampak. Jalan nak gi universiti nampak la. Malas la pulak aku nak bawak kamera pergi jamiah naik bas.

IMG_8902

IMG_8906

IMG_8903
pokok-pokok besar tu pokok zaitun la kalau korang tak kenal.



Gambar-gambar yang aku ambik masa cuti winter hari tu. Di Old City (Roman City Ruins) Umm Qays, Jordan. Masa tu baru-baru start nak berbunga je. Ada je spesis-spesis dah banyak bunga macam bunga kaler kuning, putih dan ungu (aku tak tau nama dan spesis la. warna je mampu aku tulis). Tapi, aku tak nak publish. Ni je gambar-gambar yang aku boleh published, pasal gambar lain semua ada gambar parent aku. Aku tak nak nampak sweet sangat depan korang letak gambar parents kat sini.

*note : konteks esei aku pada hari ini ialah kawasan-kawasan hijau subur di Jordan terutamanya di bahagian Utara Jordan. Bukan kawasan padang pasir macam Wadi Rum ataupun berbukit-bukit macam Petra.Dan salah satu tujuan aku buat post ni adalah untuk membuka minda masyarakat Malaysia akan bagaimana rupa Jordan. Muliakan niat aku?
=p

6 Respons Terbuka

joegrimjow said... @ March 26, 2010 at 9:46 AM

sini baru nak start
hehe

emma said... @ March 26, 2010 at 1:18 PM

gambar 2 sangat cantik!

cik.siti said... @ March 26, 2010 at 6:53 PM

aku suka gambar no 3! serius lawa!

Abdul Munir Sanusi said... @ March 26, 2010 at 11:15 PM

1 entri untuk 1 tahun. menarik tu. haha

h a r i z, H said... @ March 27, 2010 at 2:37 AM

tq. :)

mun, aiii dalam ayat. hehe

MUHAMAD said... @ March 27, 2010 at 6:31 AM

ingt kan da bkubur blog ni. mana la tau hang lupa id ke. hahahhaah...
tiba2 muncul balik plak.

Post a Comment