| 9 Respons Terbuka ]

Bagi negara 4 musim, sebelum musim bunga, musim sejuk datang dulu. Dan selalunya, musim sejuk dikaitkan dengan salji. Aku pun tak pasti kenapa, mungkin kerana kehadiran salji adalah signifikan kedatangan musim sejuk. Mungkin, memori keseronokan membaling salji pada zaman kanak-kanak yang membuatkan mereka melupakan kepedihan dan keseksaan atmosfera sejuk amat indah bagi penghuni negara bersalji. Ataupun, hanya kerana salji adalah objek yang dapat dilihat masa musim sejuk. Kesejukan, tak dapat dilihat, hanya dapat dirasa. Atau, mungkin sekali kerana ianya berkait rapat dengan Krismas. Yang mana, pada waktu yang sama, mereka bergembira bersama keluarga tercinta? Aku pun tak pasti. Dan tak perlu rasanya memastikan perkara ini.

Bila salji turun, dunia akan jadi putih. Di tempat aku menetap sekarang ni, salji turun 2 atau 3 tahun sekali. Tak pernah lagi aku merasa salji Irbid. Salji terdekat yang boleh dirasa, ialah salji Ajloun. 20 minit drive. Tapi, itupun tak pernah aku sentuh. Tengok dari dalam kereta je. Sebab setiap kali salji turun, aku berada di luar Jordan. Tempat pertama salji turun yang aku rasa ialah di Uludag Ski Resort, Bursa, Turki. Bukan salji yang dah keras orang semua pijak tu maksud aku. Tapi, betul-betul virgin snow. Masa tu, aku dah lambat nak solat Zohor dan Asar. Aku dan Rozaili nak pergi masjid. Sekali, salji turun dengan lebat. Dan, masjid tu kitorang nampak dari atas bukit, tapi sangat jauh. Jadi, perasaan aku masa tu agak bercampur baur. Excited (tapi cover) dan jugak kelam kabut. Jadi, disebabkan aku rasa kitorang tak boleh nak sampai sebelum azan maghrib, kitorang buat keputusan semayang kat situ jugak. Wudhu'? Salji boleh guna. Cari tempat tersorok sikit, terus kitorang semayang atas salji. Tak ada lapik-lapik. Hari pertama aku tengok salji turun adalah hari yang sama aku semayang di atas salji - buat kali pertamanya. Malam pertama kami ke Ohrid, Macedonia pun salji turun juga. Sangat lembut dan sedap dibaling-baling.Itu tahun lepas.

Tahun ni, di Syria. Salji punya pasal, banyak tempat yang aku dan parent aku tak boleh pergi. Maqam Habil dan Qabil di kawasan Zabdani, jalan tutup. Aku keluar van, salji tepi jalan sikit lagi nak sampai lutut. Pergi ke air mata air Damascus, di Buqein Spring, paip dia tutup (yang betul-betul punya, dia kunci- bahaya kalau bukak. Satu Dimashq minum air tu). Tak dapat masuk. Dan seterusnya, masa di Bukit Qasiyyun. Tempat panoramic view. Kitorang hanya dapat berada diluar dalam 2 minit saja sebelum salji dan angin kuat datang memaksa kami masuk balik ke dalam van. Sesungguhnya, salji agak mengecewakan. Tetapi, dalam kekecewaan, terdapat satu perasaan yang menggembirakan (walaupun aku cover) dan menenangkan. Dan jugak aku rasa gembira (walaupun aku buat tak tahu dan cover) bila aku dengar mak aku kata, ini adalah salji pertama yang dia jumpa selepas 25 tahun. Salji memang beri memori. Seluruh dunia jadi putih. Dunia kelihatan tenang sekali.

IMG_6879

IMG_6880
it can look like this.

IMG_6825
or even like this.
IMG_6885

IMG_6938

IMG_6854

IMG_8095
Orang kata, kalau salji turun malam, langit jadi merah. (Malam terakhir di Istanbul. Pun turun salji)



9 Respons Terbuka

emma said... @ March 28, 2010 at 9:43 PM

indahnya.
4&6 nya pic sangat cantik.
btw, tringin nk sampai ke Maqam Habil dan Qabil di kawasan Zabdani.
memandangkan my name Iqlima, makam Iqlima ade tak agak2..?
=)

h a r i z, H said... @ March 28, 2010 at 10:09 PM

tq :)
oh really? cantik nama :)
tak tau la plak ade ke tak, klu ade pn kt mne tu x tahu la. hehe

h a r i z, H said... @ March 28, 2010 at 10:23 PM

oh btw, semua gamba tu adalah di damascus, syria kecuali last sekali di istanbul. :)

Norain MT said... @ March 29, 2010 at 3:00 PM

salam.

Makam Habil dan Qabil? Betul makam anak-anak nabi Adam ke atau sekadar monumen simbolik?

h a r i z, H said... @ March 29, 2010 at 6:06 PM

hermm, x pasti la pulak tu. pasal tak sempat sampai lagi. tapi, rasanya, betul-betul punya. pasal pernah tengok dalam jejak rasul. panjang kot dia punya maqam(kubur). sebab bukit tu, tempat qabil tanam habil. menurut sejarah, habil dibunuh di jabal qasiyyun, kemudian ditanam di zabdani setelah 7 hari 7 malam dia berjalan tak tahu nak buat apa. pastu, dia nampak gagak tanam gagak yg lain tu kan. peristiwa tu berlaku di zabdani. dan jarak jabal qasiyyun dan zabdani agak jauh. dengan highway cantik pun ambik masa dlm 40 minit jugak nak sampai.

alqasam said... @ April 1, 2010 at 4:13 AM

Sangat spectular dan stunningly beautiful, mashALLAH!

awed-struck!

Anonymous said... @ April 8, 2010 at 6:24 AM

terbaik gambar last tu beb.

h a r i z, H said... @ April 8, 2010 at 7:42 PM

tq :)

gambar last tu beku bro nk amek dua tiga kali. 2 3 keping lg x jadi sgt. nk amek better one x sanggup dah hehe

h a r i z, H said... @ April 8, 2010 at 7:42 PM

tq :)

gambar last tu beku bro nk amek dua tiga kali. 2 3 keping lg x jadi sgt. nk amek better one x sanggup dah hehe

Post a Comment