| 10 Respons Terbuka ]


Semakin hari, kulihat makin bertambah bilangan blog rakan-rakan batch_52 KISAS. Entah, perkataan apa, aku sendiri tidak pasti untuk menggambarkan fenomena ini. Wabak? Virus? Atau, ....... (sila isi tempat kosong). Yang pasti, perkara ini dapat kulihat sebagai perkembangan yang positif. Teringat perbualan aku dengan ibu dahulu yang menceritakan bahawa dahulu, masa dia di tingkatan empat, dia pernah menjejaki susur galur keturunan aku, dan dicatatnya dalam sebuah buku. Buku praktikal sains, katanya. Tapi, sayangnya, buku itu entah lesap kemana. Rugi.



Jadi, aku pun rasa ingin melakukan sesuatu seperti itu, iaitu menulis manuskrip (hahaha...poyo semacam jer...). Tak kisahlah korang nak gelak pun, aku pun gelak sakan jugak masa tulis benda ni. Walaubagaimanapun, saja2x nak buat catatan yang aku ingat sebelum aku lupa. Yalah kan, kita selalu tak bersyukur bila kita ingat. Bila dah lupa, baru rasa bagusnya kalau aku ingat, kan? (Tambah dalam list Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara, ingat sebelum lupa...)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Apa yang tercatat di sini hanyalah luahan apa yang tercatat dalam minda aku.... tak lebih dari itu...dan diingatkan, ini hanyalah catatan yang merepek, tetapi tidak dapat dinafikan kebenarannya...

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Blogger yang pertama, Baihaqi si Eszrael. Menurutnya, blognya mula dilancarkan sebelum mendaftarkan diri ke KISAS lagi. Yang pasti, Baihaqi banyak mencuba. Mula-mula sekali pakai Blogspot.com dah. Lepas tu, tukar Blogdrive.com. Nak kata dia ni gatal tangan, bolehlah, dia pergi tukar sama Wordpress pulak. Last sekali, baru dia buat akaun Blogspot.com semula. Dulu, The Awakening, kan Bai? Sebelum tu, ape ha? Tak ingatla...Tak mengapa Bai, kan pepatah aku ada berkata, "Selagi tak try, selagi tu la tak pandai".

Setakat yang aku ingat dan aku tahu, budak batch_52 yang jadi blogger kedua adalah sama ada Dolah (Abdullah Bin Azmi, 510) ataupun Ibrahem Azaman (505). Dolah, aku nampak dia menulis artikel masa Form 5, dalam KSK, username dia, Battleon qahtani. Aku dah bagitahu Ammar perkara ni. Tapi, last-last, sampai sekarang aku tak jumpa blog dia. Mungkin dia dah delete agaknya blog dia. Lost track.


Diorang amek gamba tak tunggu aku, topek n wafiy ariffin...ceh

Ibrahem. Blog dia aku baru jumpa, dalam sebulan dua. Tapi, berdasarkan tarikh post pertama ditulis, ianya tahun 2006. Ini bermakna pada waktu kita di Tingkatan 4. (Ibrahem, kat mana ko curi-curi tulis blog? Hmmm...).

Kemudian, yang keempat, aku. Bertarikh 8/12/2007, sehari sebelum ulangtahun kelahiran aku, IQRA' (blog dulu..waktu muda-muda dulu) keluar. Mula-mula start, pakai Wordpress.com. Berbulan pakai wordpress, gatal-gatal, rasa nak tukar Blogspot juga. Lepas tu, melekat. Tapi, pada dasarnya, selepas sahaja aku nampak blog milik Dolah, aku terus membuat akaun Blogspot. Namun, ditinggalkan bersawang, berdebu dan bersarang labah-labah begitu sahaja.


Setakat yang aku tahu, blogger kelima, Faqih (artikel pertama, bertarikh 6 Januari 2008). Dulu aku ajak dia. Lepas tu, dia buat ngada-ngada, kata tak reti nak menulislah, tak biasalah, apelah...sekali, ha, dia yang paling laku. Macam pisang goreng panas. Kemudian, Hanif Mohd Noor (artikel pertama, bertarikh 15 Januari 2008).

Lelaki bertuah seterusnya ialah Hanifi Aizat. Katanya, blognya established sekitar akhir Februari. Tapi, Nifi, maaf ya, aku tahu lambat benar pasal blog ko tu.

Zulaiman (artikel pertama,10 Mac) dan Fikri Indra, aku tak berapa pasti, siapa yang dulu. (akan ada penambahbaikan pada maklumat ini pada masa akan datang....x dapat hubungi dia dalam hari ni). Tapi, tak silap aku, Zulaiman. Lepas tu Fikri Prastanta (post pertama, bertarikh 16 Mac, tapi macam pelik sikit, pasal ade tulis waiting for my SPM result, jadi sepatutnya sebelum 12 Mac la kan? Hmm..ade silap dengan tarikh tu kot, ataupun, dia post lambat). Lepas tu, Anas (pun, xde tarikh, tapi, yang penting, lepas PLKN dan for sure lepas result SPM sekali, jadi, paling awal pun 13 mac dan sebelum 15@16 Mac, jadi, mungkin 13@14@15, 15 kira tarikh last dah). Kemudiannya, Akmal Hayat (x tulis tarikh...tapi, menurutnya, 15@16 Mac dan selepas Anas). Shamirul merupakan blogger muslimin yang ke-12 menurut perkiraan aku. The last but not least, bekas Ketua Umum 2007, Fizi. Artikel pembukaan bertarikh 9 April 2008.

Yang muslimat, aku tak pasti, sebab lambat mata aku dapat mencecah ruangan mereka. Maaf. Tapi, yang pasti, mereka agak lambat sedikit dari segi permulaan. Namun, perkembangan yang dapat dilihat agak memberansangkan apabila aku "membazirkan" semula masaku di hadapan komputer dan laptop ini setelah lama aku (lama???berapa lama sangat la tu...) tidak bebuat demikian.

Jadi, mungkin maklumat yang ada di sini amat tidak lengkap. Sebarang penambahan dan pembetulan amatlah dialu-alukan.

Blog pertama yang aku jumpa, Ihfazillah Yahfazka. Artikel pembukaan, diposkan pada tarikh 23 Mac 2008. Ini bermakna, masih lagi di belakang Shamirul dan pastinya, mendahului Hafizi.

Blog seterusnya, along diz' road. Artikel pembukaan bertarikh 3 April 2008. Belum sampai dua minggu lagi. Tapi, dah banyak dah isinya. Kemudian, ................... (sila isi tempat kosong) hehe...sorry, aku tak pernah belajar bahasa jepun. Kesimpulannya, aku tak tahu apa yang ditulisnya itu dan yang lebih penting, laptop dan komputer di rumah aku ni, JUGA TAK TAHU BERBAHASA JEPUN. Sorry la, ya. Artikel pembukaan bertarikh 10 April 2008. Kemudian, blog kedua Liyana, Budding Architect, lahir pada 13 April 2008. (Hrmmm...apsal budak2 501 suka buat dua blog, ha? Akmal ada Share Wit Lotus Sphere dan Tentang Hati (erk...), Zulaiman ada Thinking Out of The Box dan It's Personal...hrmmm). The latest one till now yang aku jumpa tadi ialah Journey of the Soul. Pembukaannya bertarikh 10 April 2008, mendahului blog kedua Liyana.

Sekarang ni pukul 1.00 a.m., 15/04/2008....
Sekiranya aku ada menulis perkataan tadi, itu bermakna 14/04/2008 kerana artikel ini ditulis sebanyak dua kali. (Bahasa mudah, aku tulis sekerat, berhenti lepas tu, sambung balik, pehem?)
Sekiranya ada penambahan, adalah amat dialu-alukan.

*p/s: Blog-blog yang dimaksudkan di sini hanyalah tertumpu kepada laman-laman yang domainnya khas untuk laman Weblog, tidak termasuk blog-blog Friendster. Aku tahu, ramai je yang ada blog Friendster. Tapi, lecehla nak selongkar semua. Ni pun aku buat saja-saja nak uji tahap kepenyelongkaran (bahasa apakah???) aku di samping membuat sedikit catatan yang mungkin langsung tiada guna bagi korang semua. Harap maaf terpaksa menghabiskan masa anda dengan fakta-fakta yang bodoh sebegini.

Tapi, aku masih ternanti-nanti buah tangan dari Ammar Rosli, sang bakal pengganti Faisal Tehrani versi Bahasa Inggeris....Mar bile ko nak buat pulak???

10 Respons Terbuka

Unknown said... @ April 15, 2008 at 5:30 AM

adeh~~..
aku da tak updated aku nye blog dekat sebulan ~~ da bersawang da~~

haha name pon lama sesawang blogger

mmg patut pon bsawang~~

insyaAllah..kalau da tak keje n mngajar tuition aku aktif kmbali!!!

h a r i z, H said... @ April 15, 2008 at 8:49 AM

ko ni mmg menggunakan bahasa melayu dgn betul ghopenye...

Unknown said... @ April 16, 2008 at 5:38 AM

lepas ni ko kena kaji blog mana plg cantik, bgus, bermaklumat, bermanfaat, n ranking...haha...

azalakapoor said... @ April 16, 2008 at 3:22 PM

woi, aku jadi blogger start bulan february la. agak2 hujung february. tp aku mula posting bulan march. haha..

h a r i z, H said... @ April 19, 2008 at 9:17 PM

to anas_af:
uishhh....
klu cam2,
kna wat study field bru r...
Pengajian Blog...
dan ak rse,
cam sume ko nak 2,
blog ak jer yg last...huh...
ni sogan ni...


to aiman:
ooo...adeh...
x cakap awal2x...
tp, xper,
Aiman xkesah~

Liyana said... @ April 20, 2008 at 4:43 PM

salam..
hehe bgus tul jadi tkang ssun spe dlu buat blog...
bleh jdi hobi gak ni...
nway...yg bhsa jpun tu mknenye "my diary" or dlm bhsanye "diari saya"(huh..mcm la ko x tau)

hanifi aizat said... @ April 20, 2008 at 4:49 PM

Bagus gak rrr wat ranking blog mana paling cantik,berinformasi and bermklumat.Tak pun ,wat undian blog mana yang paling best.

h a r i z, H said... @ April 21, 2008 at 6:48 AM

to liyana:
pkataan tukang ssun spe wat blog 2 mmg menarik..:)
ooo...my diary...
btambah 1 vocab ak...
tp, caner nk spell yg ko tlis 2?


to hanifi:
huh...
ak rse x perlu kot,
psl bg ak, org bebas je nk wat ape yg dy ske slagi x beri masalah n wat dose...
bkn per,
tkut kesian yg last skali cam ak 2 jer...
nyway, feel free :)

Syaimaa' Ahmad said... @ May 24, 2008 at 3:08 PM

jap. along diz road to aku pny la kan?
apsal lak bahasa jepun??
bila plak aku tulis japanese????
explain sket?

h a r i z, H said... @ May 29, 2008 at 1:01 PM

cuba cik syaima baca balik leklok...
sertakan koma, noktah dan intonasi yang tepat lagikan betul dalam pembacaan cik, ya...

Post a Comment