Bismillahirrahmanirrahim....
Hari ni, 16 Mei 2008, Hari Guru. Jadi, pada kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru dan cikgu-cikgu di luar sana. Tak lupa dan sememangnya tak akan dan tak boleh dilupakan kepada guru-guru di Tadika Iman, Sekolah Rendah Islam Aman, SMKA Falahiah dan Kolej Islam Sultan Alam Shah yang banyak berjasa kepada diriku ini. Cikgu, ingin saya ucapkan Selamat Hari Guru. Minta maaf, tak mampu saya senaraikan semua cikgu2. Dan, tidak ketinggalan, kepada sesiapa sahaja yang pernah memberikan aku walau secebis ilmu, tak kira siapa anda dan dimana jua anda berada,Selamat Hari Guru.
Bercakap pasal Hari Guru, ada dua orang di rumah ni yang boleh dikategorikan sebagai guru, ayah aku, seorang bekas guru dan emak aku, yang boleh juga dikategorikan sebagai guru.
Semalam, Ulangtahun kelahiran mak aku yang kesekian kalinya. Sengaja aku tidak ingin menulis sesuatu bersempena Hari Ibu kerna saban tahun memang Hari Ibu, Hari Guru dan Hari Lahir mak aku lebih kurang. Macam tahun lepas, Hari Ibu 15 Mei, tarikh yang sama dengan tarikh lahir mak aku. So, double happiness gitulah kiranya. Hadiah? Tak perlulah bagitahu kot. Bukannya mahal pun. Kalau mahal pun, tak perlulah aku nak tulis. Tak manis kan cerita-cerita balik apa yang kita bagi untuk orang lain, kan? Jadi, SELAMAT HARI IBU dan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-45, Ibu khas buat Puan Haslina Hassan walaupun aku tahu dia tak baca ruangan repekan aku ni. Moga-moga dirahmati dan diberkati umur dan dimurahkan rezeki.
Bersempena Hari Guru ini, marilah kita sama-sama mengingat kembali kisah En. ape da tuh??? bagitahu kat KISAS dulu berkenaan dengan penawanan Gunung Everest oleh Sir Edmund Hillary dan Sherpanya. Sehebat-hebat manusia, ada seorang guru di belakangnya.
Selamat Hari Guru, Selamat Ulangtahun Kelahiran Ibu dan Selamat Hari Ibu!
0 Respons Terbuka
Post a Comment