| 20 Respons Terbuka ]

Assalamualaikum....
Hrmmm...8 fakta berkenaan dengan aku. Sebenarnya, aku ditag oleh Liyana beberapa minggu lalu. Tapi, disebabkan masa tu aku baru je "cuti" dari menulis post, jadi, aku menangguhkan tugasan ni terlebih dahulu. Bukan apa, dah letih gak tulis banyak2, lagipun, aku tak tahu nak tulis apa pasal aku ni. Seriously. Kemudian, bila sampai waktu target aku nak tulis, dilemma besar melanda aku pulak. Kena berfikir habis-habisan mengenai masa depan aku. (sekarang ni pun, ye jugak....). Tapi, tak per, tak sedaplah pulak kalau nak tangguh lama-lama. Lagipun, dalam masa yang sama, mungkin dengan menulis pasal ni aku dapat get rid daripada masalah aku ni sekejap. Take a break omputes kata.Camanapun, mintak maaf banyak2 ya Liyana,ya. Ok. Proceed to the next level.

1.Fakta pertama. Aku ni sangat2 susah dan sangat2 tak tahu nak cakap apa pasal diri aku. Salah satu topik yang paling susah bagi aku kalau korang nak suruh aku buat speech. Malulah. Haha. Bukan apa, nanti, kalau aku kata aku ni baik hati, rajin, berbudi pekerti, nanti korang kata aku ni "budget". Tapi, kalau aku kata aku ni pemalas, buruk hati, bersikap keji, nanti korang kata aku ni poyo la pulak, kan? Kan susah tu. Hehe. Lebih baik tak payah cerita pasal diri aku. (Tapi, masa interview bapak best buat kali pertama promote diri. Huahahaha). Bak kata pujangga, orang yang tinggi akalnya bercakap mengenai ilmu, orang yang biasa akalnya bercakap mengenai dirinya dan orang yang rendah akalnya bercakap mengenai orang. Ada yang terasa? Hehe.

2.Ok, memandangkan ini adalah permintaan, tak baiklah kalau tak tunaikan, kan? Fakta yang dibenarkan untuk aku bagitahu yang seterusnya ialah, sepanjang aku duk KISAS selama 2 tahun, meja aku dalam kelas betul2 berdepan dengan meja guru. Dan, meja guru berdepan dengan meja aku la pulak. Haha. Lepas tu, kedua dari hujung. Cuma, bezanya sewaktu aku Ting 4 dan Ting 5 ialah belah kiri atau kanan. Masa Ting 4 belah kiri kelas. Ting 5 belah kanan kelas. Yang lebih penting, ianya secara kebetulan. Aku tak plan pon, sungguh! Masa tingkatan 4, tempat tu jelah yang kosong. Masa Ting 5 ada lagi yang kosong, cuma belakang bebenor.

3. Sama macam Faqih, masuk Ting 5, aku dijangkiti sejenis virus yang mana simptom2 awalnya ialah aku menguap. Mata jadi berat. Ataupun, nak kasik power sikit, sedar2 cikgu cakap, "Hariz...". Hehe. Entahlah.Tapi, yang kasik aku punya sejarah lebih dramatik sikit ialah meja aku depan meja cikgu. Camanapun, bulan 3 baru pertama kali ade cikgu perasan dan tegur aku. Cikgu Nik Norlan. Cikgu Add Math aku. Nak tahu macam mana cikgu tak leh perasan aku tidur walaupun banyak kali aku hilang arah dan pedoman dalam kelas depan cikgu? Haha. Tanya sama Pi'e (lagi dahsyat mamat nih+selalu kantoi..haha). Nanti dia akan luahkan ketakpuasanhatinya pasal dia selalu kantoi dan aku dua tiga kali je. Haha. Camanapon, ini bukanlah "Kempen Tidur Dalam Kelas", ya!

4. Sekarang ni, aku dalam dilema menentukan hala tuju masa depan aku. Seorang doktor atau seorang Geoscientist@Geology Explorationist@Paleontologist@Petroleum geologist@blablablabla....(suma da tau ni). Bapak memang aku dapat rasakan Poem Two Road Diverge tuh terngiang-ngiang. Kehkehkeh.

5. Sepanjang menjadi pelajar SPM level, sekali je aku dapat merasai gred A bagi matapelajaran English. 1A bagi 1119 dan 2A bagi GCE-O. Sebelum tuh, jangan kata nak A, B pon tak pernah merasa. Paling tinggi, masa trial aku, 59. 59 gred ape ye? C la tuh. Haha. Kira macam aku x pernah merasai nikmat dan perasaan dapat B la English. Gitula kiranya. Haprak kan aku punya English, kan?

6. Mempunyai cita-cita yang sering berubah-ubah masa kecik. Itu sebenarnya yang banyak mempengaruhi keadaan aku sekarang ni. Hehe. Dan, aku ni sangat2 sukakan kelainan dan bencikan kebiasaan yang membosankan. Sampai ada satu tahap tuh, dalam darjah berapa dah, darjah 2-5, gitulah. Sebab aku bosan tengok kawan-kawan aku dan umat budak-budak kecik sebaya dengan aku masa tuh ada cita-cita yang sama ja (Doktor, takpun Engineer dan seangkatan dengannya), bila orang tanya nak jadi apa? Aku jawab, "tak tahu nak jadi ape, tapi, yang penting, tak nak jadi doktor ataupun engineer". Wahaha. Ignorant punya aku. Masa tu aku pun tak tahu apa sebenarnya Doktor buat, apa kerja seorang Engineer. Ikut main nak jadi lain je. Haha. (takper, jangan risau, aku da tahu dah sekarang ni...=))

7. Sangat-sangat sensitif dengan huruf "Z" aku. HariZ HaZwan. Selalu je orang salah eja, HariTH la, HariS la, HariZH pon ade. Haha. Entahlah, aku pun tak tahu memang parents aku nak kasik Z pada semua anggota keluarga aku yang laki ke secara tak sengaja. Aku pun tak pasti. HafiZh, BaZly, ayah aku, Mohd Zarir, dan aku HariZ HaZwan (siap ada dua lagi tuuuu...wahaha). Pelik, kan?

8. Mempunyai idaman untuk memiliki sebuah BMW. Aku pun tak tahu la apsal, setiap kali nampak BMW, mesti aku akan usha kereta tu lama2. Notis: Kecuali yang lama keluaran masa atuk aku muda2 dulu. Jadi, sekali lagi, aku nak promote kat sini, sape2 nak bagi aku kereta ni, anda amat-amatlah dialu-alukan. Tak perlu risau. Aku tak kan tolak punya. Tak payah malu. Aku terima BMW tuh seadanya. Haha. (thanks to Nadhirah pasal bagi aku hints untuk this facts, pasal aku dah tak tahu nak tulis ape dah...haha)

ok. Dah habis. so, nak tag sape? tunggu la dulu eh. Esok lusa aku pikir la, eh.
Type rest of the post here

20 Respons Terbuka

nadhirah said... @ May 13, 2008 at 8:12 AM

same2..

HarizHazwan said... @ May 13, 2008 at 9:30 AM

same2 kembali...keh3x (ade ke camni?)

Liyana said... @ May 13, 2008 at 10:14 AM

huuu~~~first thanx ciapkn...nsib bek ak x brjggut..hahaha...

2nd.. nnti ak bgi bmw mainn kt ko yek..trme tau..ko kte ko trme s'adenye..so jgn tolak2...hau33..

AiMaN KiSaH said... @ May 13, 2008 at 11:13 AM

wahaha
we're in d same boat
tapi bot aku laju lagi,,haha
two roads are diverge tuh tajuk poem dia ko nk tau tak??
tajuk dia"the roads are not taken"
ye kot ak pn tk brp ingat
cpt2 buat keputusan

AiMaN KiSaH said... @ May 13, 2008 at 11:15 AM

we're in d same boat
tp boat aku laju lagi la
ko nk tau tajuk poem two roads diverge tuh
tk slap ak
"the roads are not taken"
ye kot,,ak pn dah lupa
haha
buat keputusan cepat2,,

HarizHazwan said... @ May 13, 2008 at 12:02 PM

to liyana:

haha...
bgus2x....
ak pon cuak rasany klu tgok ko bjanggut....

ok, ak x kesah....
tp, yg mainan tu cam yg org "main" kat litar f1 tu eh? Ape? Sauber BMW Petronas? Haha...

fathiyyah said... @ May 13, 2008 at 12:23 PM

salam..
tergelak besar akak baca pasal english tu..me? same as u..tapi akak punya english lagi terer kot..dulu akak selalu dpt 65+, cuma time spm A1 english,GCE-O A2--sama cm awak laaa

hebat2 saudara hariz ni yaaa

HarizHazwan said... @ May 13, 2008 at 12:26 PM

to aiman:

eheh...
haah laa...
tak ingat lak...
keh3x...

ermmm....
ameen...
ni buat ade dua ppatah btembung ni,
satu,"plan u're life and strive 4 it"
dan,"u don't have to plan u're life, but u have to go through it, so, it'll be much adventurous"(eh, lebey kurang r...)

ntah ak pon tatau nak kate ape...
n, tahniah la kt ko da laju dan maju kehadapan daaa...

HarizHazwan said... @ May 13, 2008 at 12:27 PM

eh, yg atas tuh,
"plan u're life and live u're plan" ke hape...tp, sdap sket r bnyi dy...

HarizHazwan said... @ May 13, 2008 at 12:31 PM

to k.fathiyyah:

erkk....
hebat?
english pon bawah 60 je dpt...
akk 65 PLUS PLUS lagi....
terasa tersindir...hehe

hanifi aizat said... @ May 13, 2008 at 6:15 PM

Aku setuju ngan fakta pertama tuh.Terasa pun ada.hi3.Anyway dah plih ke blum antara geologist dan medic.Aku undi dua kali geologist.haha.x aci kan .

HarizHazwan said... @ May 13, 2008 at 6:55 PM

to hanifi:
hehe...bagusla terasa...
sbb ko masih ada deria rasa dan perasaan...
klu x terasa tuh, mksdny sama ade x de deria rasa ataupun jiwa (da xde perasaan)...
hehe...ak pon same je snany...

ermmm?
dua kali?
uishhh....
sungguh x adil ko nih...
heheh...
ntah2 ade ramai ag kat luar sna tuh yg men undi 3,4 kli kan?
kehkehkeh...

fathiyyah said... @ May 13, 2008 at 7:44 PM

Eh,xde niat nak sindir awk.sori ye

hanif_m_noor said... @ May 13, 2008 at 8:52 PM

tp mmg susah nk ckp psl diri sndri kn? kalo cerita pasal latar blakang xpe r, tp kalo psl 'personal' tu mmg susah...

HarizHazwan said... @ May 14, 2008 at 7:49 AM

to k.fathiyyah:
elehhh...lepak r...
saje je tuh...
bajet2 sensitif...
keh3x...

to hanif:
haah...btoi2x....
walaupun org kate cermin diri sdiri,
kan ade org kte, sahabat anda adalah cermin anda....kan?
tp, ak rsa la ni akibat kte tlalu objektif r...ke caner?

Nur Dhamirah Zulkarnain said... @ May 16, 2008 at 4:12 AM

Salam~
BMW? tinggi sungguh cita2.
Hope ur dreams come true....
hmm.. have decide ur way?nak accept mane? guna tak poem the road not taken tuh?
Br skrg aku persn, making decision in life is not that easy~ sush sebenarnye...

HarizHazwan said... @ May 16, 2008 at 4:38 AM

slm...
hehe...
bese r tuh...
laki....
lg2 org muda...
cbe tny, spe x minat bmw?
konpem, klu ade pon, 1 dlm 1000...

hrmmm????
the road not taken?
hehe...pkai2,
tp, slh stu factor je laaa....
x leh nk pkai bnd tu je...
haah, buat decision mmg susah...
lg2 nk menentukan our life 40-50 yrs to come...
erm....
isnsyaAllah, decision yg dibuat ni btul dan tepat tuk kebaikan dunia dan akhirat...

Nur Dhamirah Zulkarnain said... @ May 16, 2008 at 6:10 AM

so, whats the decision?

HarizHazwan said... @ May 16, 2008 at 7:35 AM

to dhamirah:
hehe...
tunggu eh...
nnt jap...
insyaAllah dlm 2 3 hari ag,
keputusanny akn diumumkan...
keh3x...

Nur Dhamirah Zulkarnain said... @ May 17, 2008 at 3:06 AM

mcm suprise pulak..ha3

Post a Comment