| 4 Respons Terbuka ]

*Amaran!:Berhati-hati apabila anda membaca posting ini, kerana ia penuh dengan repekan dan rapuan semata-mata. Anda hanya akan membazir masa anda sekiranya membaca posting ini, namun pembaziran itu akan bertukar pelaburan sekiranya disertakan dengan helah pemikiran positif.

Berkenaan dengan nama baru blog ini. Repekan dan Rapuan atau Ransangan dan Rancangan? Ya, ingin sekali saya merapu dengan lesen motivasi yang konon-kononnya mulia amat dan berguna sangat.

Mana satu yang anda mahu pilih? Repekan dan Rapuan atau Ransangan dan Rancangan? (Maaf, Rehat dan Rawat tiada di sini kerana telah terdapat banyak R&R spesis ini di sepanjang lebuhraya. Enggan sekali saya berkongsi hak sama mereka. Anda seorang yang sengal? Atau anda sedang sengal-sengal badan? Sudah pasti anda akan merapu dan merepek oleh kesengalan otak dan kesengalan dan kelenguhan badan anda itu untuk menghilangkan sakit sengal itu. Ianya memang melegakan apabila kita merapu dan merepek. Namun, ia hanya mentidaklegakan hati sebilangan besar manusia lain yang berada di sekeliling anda dan tidak sesengal anda. Noktah.

Anda seorang yang serius dan sedang melihat masa hadapan anda yang kini berada di dalam suluhan lampu kalimantang otak anda? Sudah pasti anda memerlukan ransangan dan rancangan untuk merangkak, berjalan mahupun berlari ke arah masa hadapan anda yang kini berada di bawah rimbunan hujan lampu jalan otak anda itu. Maaf, ayat ini berbelit. Saya juga mengambil masa untuk memahami apa yang saya taip.Gayanya, apabila kita memberi ransangan dan rancangan kepada orang lain itu, baguslah kiranya, ya?

Namun apabila kita merangsang ataupun diransang, merancang ataupun dirancang, adakah semuanya berguna? Ramai aja orang menghadiri ceramah-ceramah motivasi. Memberi motivasi. Membeli buku motivasi. Membeli kaset-kaset motivasi. Membeli cd-cd motivasi. (Argh, semua motivasi lah!) Akhirnya, bertukar menjadi roti basi. Tengok pun enggan, lagikan makan, lupakan untuk menelan! Ransangan itu akhirnya bertukar menjadi rapuan. Rancangan itu akhirnya menjadi repekan. Angan-angan Mat Bond. (Argh, asyik-asyik Mat Jenin, cukup-cukuplah kutuk dia).

Tetapi, bagi mereka yang berfikir dan suka menggunakan helah fikiran positif, segala yang dilihat adalah ransangan. Segalanya akan dirancang. Bahkan repekan dan rapuan yang dikelurkannya dan diterimanya amat berguna. Apabila dia mendengar, repekan itu meransang. Apabila dia merepek, repekan itu dirancang. Apabila dia merapu, rapuan itu sebenarnya meransang dan merancang orang di sekelilingnya.

Jadi, THE POWER IS IN YOUR HAND. Anda mahu pilih yang mana? Rancangan yang merepek atau rapuan yang meransang?

Sekian motivasi dan ransangan yang merepek dari saya. Terima kasih.

p/s: Kan saya dah kata, ini posting merepek.





4 Respons Terbuka

Unknown said... @ July 3, 2008 at 6:57 AM

kne tambah agi...

Rawat@Rehat

Ke...

Reformasi@Reproduktif

SaifulBashrie said... @ July 3, 2008 at 8:15 AM

wahhh mmmg merepak tahap cipan...
xpa2 itu permulaan utk semangat balik utk berbloging...kan
aku pun kering idea n mengembangkan blog aku ke tahap yang lain pulak..wahaha

h a r i z, H said... @ July 4, 2008 at 4:03 AM

to anas:
senany byak lg....
dlm list...
nnt klu tulih,
nnt suma posting dlm blog ni citer psl nama je...

Research&Reveal
Revolve&Resolve
Rintangan&Rencam
Rengekan&Rintihan
Rambat&Rembat
Rahmat&Redha
Rentak&Rentap(Huh?)
Red&Rose(cewah...)
haRiz&ammaR&keRe'&megat ibRahim&fikRi (huh..dak2 D103 suma ada R)
iRbid&toRonto (eh, ape kaitan?)
dR&iR...
Rob&Run
Rosak&Repair
Runtuh&Reconstruct..
argh...
byak ag la...
so, x yah risau ye nas....
nnt ko dtg umah ak,
ak kasik ko stu buku makna initial...
-H&H (Hariz Hazwan)


to bro bash:
aha...
snany nk meransang tp btukar merepek,
eh slap nk merepek tp teransang...
eh, ntah la...
ak pon x pasti....

__ said... @ July 11, 2008 at 5:59 PM

Repek n ransang. Yg merepek tu la merangsang. heh

Post a Comment