Pagi-pagi lagi, Saya (bukan nama sebenar) turun ke padang gembalaan. Menjaga kambing-kambing milik ayah. Saya memang suka bermain dan bergaul dengan kambing-kambing, memberi makan kepada mereka, menyusukan mereka malah memandikan mereka (eh?). Dari kecil lagi, saya dibesarkan bersama mereka. Ada 4 ekor semuanya. Malah, saya ada mendengar orang kampung pernah berkata, kambing-kambing kesayangan saya itu dilahirkan kembar-kembar 4. Dan, dilahirkan pada masa yang sama dengan saya. Ya, pada saat yang sama. Pukul 11.36:43 malam. Benar. Sebelas tiga puluh enam empat puluh tiga saat malam. Aneh sungguh, bukan? Tidak aneh? Ah, persetan sama kamu yang enggan menerima keanehan.
Sungguh, kambing saya adalah dunia saya. Saya sudah tidak ada lagi benda-benda lain untuk dimain dan dipermainkan selain dari KAMBING. Sungguh. Bermain, berlari, sini sana. Kambing-kambingku membantu saya.
Tapi, itu dulu. Segala-galanya tidak lagi bermula 7 hari lepas. Mereka berubah sikap. Sungguh. Geli dan meluat saya melihatnya. Wahai kambing-kambingku, kamu semua memang kambing. Menyesal tak sudah saya akan sikap mereka. Ya. 7 hari yang lepas. Ayah saya membeli sekawan kambing baru. 3 ekor. Bukannya berekor 3, tetapi ada 3 ekor dan setiap satunya memiliki satu ekor sahaja. Fahamkah kamu? Ah, persetan sahaja. Saya menganggap kamu semua tidak tahu apa itu kambing. Jangan marah saya. Marah diri kamu yang enggan menerima kebenaran.
Apabila 3 ekor kambing Muhajirin itu datang, kambing-kambing yang ada langsung tidak menunjukkan sikap persaudaraan. Memang benar, kambing aborigine itu dilahirkan di bumi ini, dan kambung Muhajirin itu tidak. Tetapi, siapakah tuan mereka? Ayah saya! Siapakah penjaga mereka? Saya! Tapi, mengapa kambing-kambing aborigine ini kerek betul? Ah, biarkan mereka. Mereka itu kan kambing. Lupa pula saya. OK. Kerana kamu kambing, saya benarkan kamu bersifat kerek dan perpuakan sebegitu. Saya lupa. Kamu kambing. Kambing tidak pergi ke sekolah. Manalah mereka tahu apa itu perpaduan. Haha. Sudah tentu manusia akan malu jika kambing bercakap mengenai perpaduan. Nanti, sudah tidak ada makhluk yang dapat manusia tuju sebagai perbandingan bagi mereka yang tidak tahu berpadu. Paling kurang, kamu dapat kutuk kawan kamu yang racist itu dengan ayat, "Wah, kamu ini, macam kambing sayalah".
Ah, cukup saya membebel mengenai perpaduan. Mari saya sambung bercerita mengenai kambing saya. Walaupun saya memberi mereka kebenaran untuk bersifat racist, tapi, saya masih lagi tidak berpuas hati. Mereka ini [BODOH]. Ah, mungkin kamu kata saya ini tidak relevan mengatakan kambing bodoh. Mana ada kambing yang pandai. Kalau mereka pandai, kamu akan membaca blog mereka, bukan? Ya. Tapi tunggu. Kambing sudah tidak pandai. Tapi, kambing2 aborogine ini adalah golongan yang lebih tidak pandai dari golongan yang tidak pandai.
Saya mendengar mereka berceloteh dan mengumpat sesama sendiri.

Kambing Aborigine (KA) 1: Weh KA2, ko tengok tu, KM (kambing muhajirin, bukan Kolej Mara, ya, Ammar, Akmal, Kere' Faqih dan segala jenis makhluk penghuni KM) kerek doe, dahlah datang sini. Tak nak bergaul dengan kita. Buat puak sendiri je. Ah, sombong betul.
KA 2: Haah. Kerek gila ah. Melampaui batasan logika akal aku sebagai kambing r. Memang diorang ni tak de etika sebagai kambing betul la. Dah la datang, tak nak tegur kita lak kan. Ah, tak puas hati aku.
KA 3 mencelah (nak jugak mengumpat KM): Haah, betul tu. Dah lah tu, cakap guna bahasa diorang. Ini kawasan kita. Tempat lahir kita. Apsal diorang cakap bahasa German? Ah, memang kerek.
KA 4 (dengan muka selengernye): Eh, bahasa German eh?
KA 1+ KA 2 + KA 3 : Ape daaa....itu lah...tak nak pergi sekolah. Kambing betul la ko nih...
Saya hanya memerhati dari jauh. Bak kata orang, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Dah diorang cakap kerek, saya perhati-perhati sahajalah. Ah, kambing2ku. Kesal sungguh saya. Mengapa korang tak boleh berubah? Buang sifat jahil itu. Rasa bangga kerna lahir pada saat yang sama dengan diriku ini. Memang, sesuatu yang boleh dibanggakan jika kamu dan anda lahir pada saat yang sama dengan saya. Sama hari pun cukuplah untuk anda memberitahu penduduk kampung anda yang anda lahir sama hari dengan saya. Anda boleh berbangga. Saya faham. Tak perlu sorokkan kebanggaan anda itu. Sama jam, lagilah. Sama minit, apatah lagi. Inikan sama saat. Saya tahu.
Tapi, mengapa perlu bersikap timist atau secondist begitu (selevel dengan racist, cuma mereka ini mementingkan dari segi aspek masa)? Saya hairan. Kamu itu kambing. Mereka juga kambing. Bukankah lebih baik kamu semua bersaudara?
Cukuplah bersikap angkuh sebegitu. Kamu juga yang malu mempunyai sifat begitu.
Saya pandang Kumpulan Kambing Muhajirin. Terkial-kial. Ingin cuba "masuk" dengan Kambing Aborigine. Mereka segan. Lidah mereka lidah German. Bulu mereka bulu Kambing Gurun. Ingin bertegur sapa, tapi tidak tahu cara. Ah, KAMU SEMUA MEMANG [KAMBING]!

Type rest of the post here
0 Respons Terbuka
Post a Comment