Artikel ini adalah sambungan kepada artikel sebelumnya.
“Saya tak minat tengok Shin Chan belajar. Adakah saya akan gagal?”
“Saya tak minat tengok Ultraman, kerja saya, tapi, saya minat Powerpuff Girls tidur sahaja, adakah saya akan gagal?”
Baiklah, baiklah dan sekali lagi, baiklah. Biar saya jawab soalan anda itu. Gagal atau berjaya sebenarnya, bergantung kepada diri kita sendiri. Jika berjaya yang kamu angau dan sangapkan, maka berjaya telah berada di bawah sebelah tapak kaki kamu. Jika gagal yang kamu idam-idamkan dan impikan, sebenarnya, kamu telah pun gagal. Berhenti berangan-angan untuk gagal, anda telah sedia pun gagal. Get lost, foot lose, you lose! @#$*$$%^*#$!$@
Terima kasih saya ucapkan kepada rakan saya, saudara Anas Faris, atas prinsip yang diberitahu kepada saya suatu ketika dahulu (tq Nas), iaitu “Saya adalah Bos”. Saya adalah bos yang boleh menetapkan waktu tayangan Shin Chan di NTV7 apa yang berlaku di sekeliling saya. Saya dapat mengawal keadaan. Saya tak akan dikawal keadaan dan jika ia berlaku, ianya adalah di bawah ruang lingkup kemahuan saya. Sudah tentu, ianya juga di bawah lingkup kuasa Allah S.W.T. Itu saya tidak nafikan.
Jadi, bak logo jenama ‘Adi bas (Bahasa Ammi Jordan yang bermaksud, biasa sudah! ) Adidas, “Impossible is nothing”. Ya, “TiAda Apa Dengan Mustahil”(Oit, jangan duk fikir band Peterpan lah!). Asalkan betul-betul mahu, semuanya boleh jadi. Jika, Ya katakan Ya, kata Dr. HM Tuah Iskandar. Tapi, bagaimana jika anda tidak minat dengan apa yang anda buat? Jika anda menyampah dengan bos anda kerana dia adalah seorang yang berperut buncit? Jika anda jengkel dan geli dengan durian berulat pejabat anda? Tetapi, anda masih juga mengimpikan saat-saat bersama Shin Chan kejayaan!
[maaf, gambar ini tiada kaitan samada dengan yang hidup ataupun mati]
Setelah mendengar ceramah motivasi dari Tuan Ahmad Fadzli Yusoff, katanya, menurut kajian, satu tabiat yang ada pada setiap orang yang berjaya ialah mereka mampu menanam minat dan kemahuan di dalam minda mereka walaupun mereka tidak minat pada asalnya. Keupayaan untuk menanam adalah suatu keupayaan yang hebat.
Biar saya bagitahu anda mengenai satu perkara. Universiti saya, iaitu Jordan Uni of Science and Tech (JUST) terletak di tengah-tengah padang bola pasir. Pasti sungguh cool begitu bukan? Tapi, perlulah anda tahu, bahawa juruterbang-juruterbang pertanian, oh jurutera pertanian! di sini begitu bersungguh-sungguh untuk menghijaukan persekitaran dan hasilnya agak menakjubkan. Ya, di tengah-tengah padang pasir pun anda boleh dapat menikmati persekitaran yang hijau. Pokok-pokok banyak di sekitar. Bahkan, rumput-rumput juga tumbuh menghijau indah. (Tapi, ada gak, rumput tahpape yang tumbuh. -_-!)Wow, padang pasir yang gersang pun boleh ditumbuhi rumput dan pokok-pokok menghijau, mengkuning, memerah (baca: may-rah), mempurple dan mem-pelbagai jenis warna lagi-kan suasana.
“Saya Adalah Bos” jadi saya mampu menyuruh diri saya minat perkara ini. “Impossible is Nothing”- bukan hanya merealisasikan kemahuan anda adalah tidak mustahil. Tapi, menanam kemahuan dan minat ke dalam diri anda juga adalah tidak mustahil. Padang pasir yang sememangnya terkenal dengan banyaknya pasir (nama lagi padang pasir bhai) dan ketandusannya pun dapat ditumbuhi pokok-pokok. Apatah lagi hati dan jiwa serta otak kita yang gersang, ops! dengan kemahuan~:).
Kehebatan Kejuruteraan Pertanian dapat ditonjolkan dengan kemampuan menanam pokok dan rumput di padang pasir. Kehebatan KUASA KAMEHA MEHA MINDA seseorang itu dapat ditonjolkan dengan kemampuan menyogok rasuah minat dan kemahuan kepada dirinya yang akhirnya membolehkan dia berjaya.
p/s: Pertanian asas perniagaan, kata mereka. Saya dan anda pula, bagaimana?
0 Respons Terbuka
Post a Comment