| 7 Respons Terbuka ]

Maaf, intonasi artikel kali ini tidak seharmoni artikel2 sebelumnya.

Mmmm...



Aku sebenarnya dah lama nak tulis pasal bendalah ni. Sejak dari dalam perut mak aku lagi. Tapi, aku pun tak tahulah apsal setiap kali komputer bukak, memori niat aku pasal benda ni tutup sampai ke hari ini. Mungkin kalau aku nak bercerita pasal benda ni, mungkin dah basi kot, dah tak laku macam pencuci tandas Mak Cik Gelabah dah kot. [ngeh3x~] Tapi, tak kesahlah. Masa bagi aku tak penting dalam perkara2 seperti ini, sebab benda ni universal dan trans-masa.



Apa yang aku membebel ni sebenarnya berkenaan dengan iklan Berita Harian . Aku pun naik hairan hari-hari tengok iklan yang langsung tak mengembangkan minda ni. Pelik. Peliknya sampai aku dah guna istilah "aku", yang aku dah lama tak guna untuk blog ini [kecuali bagi format kata ajuk] Bukan apa, aku sebenarnya naik pelik bila tengok part kedua, mamat penghantar paper tuh baling surat khabar tuh ke dalam pagar rumah. Selamba pulak, makcik yang sikit lagi dah nak habis umur tu jawab,

"Alaaa, zaman dah berubah, dunia dah maju"

Seolah-olah membenarkan dan mengiakan perlakuan yang makin ganas dan tak sopan begitu. Pelik sungguh. Pelik amat. Tapi, yang lagi peliknya, apabila dia menyamatarafkan kata-kata membenarkan kelakuan tak sopan itu dan kepenolakan kepada makanan tradisional [yang ini, takde lah seteruk pengiktirafannya kepada yang di atas tadi] dengan pembaharuan surat khabar mereka melalui persamaan 'illah "alaaa, zaman dah berubah, dunia dah maju".

Bersifat kasar itu ok = Alaaa, zaman dah berubah, dunia dah maju = Kehenseman surat khabar Berita Harian yang baru.


jadi, secara matematiknya,

Bersifat kasar [yg secara konfemnya ditolak oleh budaya kita]=Pembaharuan surat khabar???

Aih, aku bukan apalah, bukannya reti sangat bab2 iklan nih. Tak payah nak kata nak buat iklan yang boleh masuk tv, jenis kamera apa yang diorang pakai pun, aku tak tahu. Haih, tak retilah aku benda2 camni. Tapi, aku lagi tak reti nak paham apabila diorang buat iklan sejengkel camtu.

Benda simple macam tu pun tarak buleh pikir ka? Aku bukan ape, bukanlah nak kata aku ni sopan santun ke berbudi pekerti ke. Jauh tong gas dari langit. Tapi, benda dah lah masuk tv, satu Malaya tengok, bukannya Ahpek Yus [sori, Yus] yang buat iklan ni. Ini Berita Harian, yang sampai aku selama ni tak pernah panggil Berita Hairan pun rasa nak tulis macam tu [haaa, ambil kamu, kan dah tertulis tuh]. Iklan ni besar pengaruhnya kepada penonton, lagi-lagi kepada kanak-kanak.Haih, takkan itu pun nak kena bagitahu? Malulah kamu. Aku yang bodoh ilmu iklan bagitahu kamu macam itu.

Tak lama lagi, kita tunggu dan tengok, budak-budak kecil umur 4,5 tahun, apabila diminta untuk memberi barang kepada ibubapa mereka, mereka main campak-campak je. Lepas tu, bila kena marah, diorang jawab "Alaaa Mak, zaman dah berubah, dunia dah maju!"





So, apa lagi, Berita Harian dah ajak kita main baling-baling je barang kat orang, bertindak kasar, kita, apa lagi? Huh~

7 Respons Terbuka

baby doctor said... @ October 14, 2008 at 1:47 AM

nampaknya kamu pandang rendah pada pencuci makcik gelabah ya. kamu tunggu. ok. tunggu saja.

iklan berita harian ni lagi. dengan bro yang tiba2 buat senam robik bila mak dia ajak makan nasik lemak. ingat power rangers ke? huh

tapi kat arab main baling-baling tu bukanla benda yang alien, kan?

h a r i z, H said... @ October 14, 2008 at 2:06 AM

ha.dah lama da tunggu nih.haih.lama betul kena tunggu nk dpt eskrim free nih...haish

tu r. da bdan tu gemuk, ops, kurang kurus, nak wat poyos cam 2 plak...
aih, menghina nasi lemak betul, kan3x? [hoho, bukankah baru sahaja kamu memasak nasi lemak?]

mmg r bkn bnd plik, nama lg arab...
buku tu, derg ltak atas tangga je, men lgkah2 je, n slaluny, derg wat lapik bontot je...
haih....x hormat ilmu lgsg...

tp, nama lg arab...
mmg da derg budaya kasar cm2....
kte melayu, salah stu kelebihan kte, lemah lembut, sopan santun, xkn la kte nk kikis buang atas sbb "zaman dah berubah, dunia dah maju" macam kita kikis buang emas kat gigi bila bgun pg?

klu cam2, itu bkn mkin btamadun r namany klu mkin maju, mkin x beradab... jd lg uncivilized r...
mcm kera dalm hutan men cmpak2 brg...

bkn nk kutuk org arab ke hape, tp, dy ok la, nama ag duk tgh pdg pasir, dibuatny berhalus2an mcm org kte, abeh r derg....n, derg ade budaya n sumthin' +ve derg gak....

klu melayu, budi bahasa dicampak macam sang pakcik hantr paper tu campak berita harian? ah, ape lg yg tinggal kelebihan org Melayu?


ps. sori, tlebih pnjg n tlebih prasaan sket, [tp, jgn baca dgn intonasi marah, sbb itu adalah intonasi yg salah]...hehe, sbb kt atas tuh, maleh nk tulih pnjg2x...
sah2x org malas nk baca...

Huda Saffry said... @ October 14, 2008 at 12:13 PM

hurm..betol betol betol..
ape ko ckp tu betol gak..
fuh2 ak bce pon terase bahang emosi die.hee^^

baby doctor said... @ October 14, 2008 at 4:38 PM

teringat pernah kena tempelak dulu,

'dengar lelaki melayu cakap, macam nak pinggg! tampar. lembik semacam. orang lelaki kena kuat.'

orang yang cakap tu orang melayu. tapi dah duduk lama kat arab. kira cam org arab dah la. dan sekali sekala bila dia tgk org kita cakap, dia macam tak puas hati. macam bukan lelaki katanya.

poyo.

taktau nak bezakan lemah lembut / beradab dengan lembik. cakap kasar2 tu bagus sangat la. lelaki sangat la. huh, nabi ada ke ajar cakap kasar2.

arab sungguh.

h a r i z, H said... @ October 14, 2008 at 9:14 PM

--> huda
aih, cner ko rasa bahang emosi ak?
ni mesti demam euro x abeh ag ni, "Sorakan Emosi"...
huhu...
alaaa...
ko jgn byg ak cakap smbil menjerit2...
ko byg cara ak cakap mcm ko tgok pak cik2 duk lepak kedai kopi smbil hisap rokok, cuma sedikit penekanan...
hehe...[sbb, x men r ckap jerit2x, x macho bhai]


--->kaamyl UK girl
huih, itu la namanya xde jati diri...
bajet bagus r cam2...
aih, mgkin ckgu kt skolah dy lupa nk bgtahu apa mksd "GENTLEMAN" kan3x?

crixerity said... @ October 18, 2008 at 4:21 PM

tu ar fasal...baca aja dah terasa membara kat dalam..haha

lawak seyh iklan ni..
apahal aku tak pernah tengok ar??
hek3...


betul pun apa yang kau cakap...

h a r i z, H said... @ October 18, 2008 at 4:56 PM

huhu...
tu r ko...
jgn membara jer lebeyh bro...
haha...
sbb, slaluny bara yg sng terbakar tu la yg snang padam...

haha...
lawak mmg lawak bro...
cma, byk je iklan yg klaka gler...
tp, bnd2 cam nih, hati2 la sket...

ko igt x iklan kfc dlu tuh,
yg bdak kecik mngajuk orang tua cakap tuh??? haa...kan da kna band...

ooo...
ko x penah tgok?
ni ko ni knfem jnis x tgok tv nih...

wuyyoooo...
studiiiiii

Post a Comment