Kisah 1;
Saya makin naik pening dengan persoalan vandalisme. Salah siapa sebenarnya? Dan juga, bagaimanakah untuk kita mengklasifikasikan seseorang itu sebagai golongan vandalisme? Apakah merosakkan ciptaan Allah juga dikira vandalisme? Saya harap anda semua ada jawapan yang bernas untuk persoalan-persoalan ini.
Oh ya, bagaimana pula jika Laut Mati membuatkan tengkuk saya yang indah ciptaan dan milik Allah ini untuk menelan air masin tapi tidak gila sehingga mampu mewujudkan suasana hipertonik? Laut Merah pula membuatkan tengkuk saya menerima air masin sehingga membuatkan saya gatal-gatal tekak dan kembung perut? Tidak lupa juga Petra, si Jambu, yang fikir tekak saya ini tong sampah pasir-pasirnya yang berwarna merah jambu lantas memaksa pasir-pasir halus itu berumah di dalam tekak saya?
Semuanya menuju ke arah pemusnahan organisma bergelar H2. Lantas, salah siapa sebenarnya?
Kisah 2;
Kadang-kadang, apa yang kita faham bukanlah seperti yang orang lain faham. Dan, apa yang kita fikir, bukanlah seperti yang orang lain fikir.
Kisah kali ini mungkin lebih berbaur sekolah-is. Dan, saya dedikasikan kisah ini buat rakan-rakan yang pernah satu sekolah dengan saya dan juga mereka yang bersekolah di sekolah saya dalam masa 2 tahun lepas.
Bagi seorang penghuni aspura Sekolah Kampung Jawa Klang, istilah NTD itu merupakan suatu nama yang cukup gah dan masyhur. Mungkin mengalahkan reputasi Barrack Obama pada ketika ini. Kalaulah diciptakan Sekolah Kampung Jawa itu hanya sepuluh kali ganda sahaja besarnya, mungkin, senarai "Top Search" di Yahoo! itu sentiasa dirangkul oleh NTD.
Tahu apa itu NTD?
Oh ya, jangan cari di Wikipedia. Mungkin WikiTeam cemburu lantas menyekat info berkenaan dengan Nasi Telur Dadar ini. Cuba klik pada teks di Uncyclopedia ini. Buat bukan Sek Kg Jawaian, nasi ini sentiasa berada di hati kami budak-budak kebulur waktu malam menjelma. Sedap. Dan juga ringkas. Nasi putih yang penuh kelazatan, sup beraji tiada moto, telur goreng yang sangat lembut dan rangup luarnya, sos cili sensasi asia pasifik. Perh. Layan.
Tapi, kadang-kadang, apa yang orang lain faham itu tidak sama seperti yang kita faham. Berikut adalah gambar television ketika kami menginap di Moon Petra Hotel, Wadi Mousa.
Mungkin abang tukang masak NTD sudah kaya raya agaknya lantas mewujudkan saluran televisyennya yang tersendiri.
p/s:Kisah penuh akan diupdate di http://harizibnzarir2.blogspot.com
2 Respons Terbuka
"Kadang-kadang, apa yang kita faham bukanlah seperti yang orang lain faham. Dan, apa yang kita fikir, bukanlah seperti yang orang lain fikir."
keadaan ini sering buat salah faham berlaku. dan perkara membencikan pun berlaku jugak.
>>puding caramel
yep2x...
betul...
tp, x leh nk expect suma orang nak bfikiran cam kita kan?
klu same, hambarlah dunia kan???
Post a Comment