| 12 Respons Terbuka ]

Sunset, anybody? Sillhoute at JUST, Irbid, Jordan.
Koleksi lama-lama. Awal-awal Semester 1. Aku selalu balik lambat. Jadi, dapatlah tangkap gambar bermakna ini. Lokasi: Jordan University of Science and Technology.

Human-made facing the God-made. JUST, Irbid, Jordan.

Sunset at JUST, Irbid, Jordan


Dua orang pelajar SMKA Falahiah masuk ke dewan makan dengan penuh teruja. Aku melihat saja, mereka memotong barisan. Alah, senioriti, di mana-mana saja wujud. Adat sekolah berasrama. Terus, mereka mengambil nasi di dalam periuk besar.

"Golgi Apparatus"

"Smooth Endoplasmic Reticulum", balas seorang lagi. Sambil menunjuk kesan kerak nasi yang berbentuk pelbagai pada dinding periuk nasi gergasi itu.

"Itulah perangai budak-budak ini, sekali tahu perkataan baru, sebulan diguna perkataan itu di semua tempat. Nanti tahu perkataan baru, ditukarnya pula," ulas kawan aku, konon-kononnya kritikan sosial dari pemikirannya yang matang. Tapi, aku rasa, hanyalah tidak puas hati kerana dipotong barisan.

Aku tengok dia. Tersenyum.

*****

Tolong, tolong dan tolong. Berhenti mempolitikkan setiap isu yang berlaku. Bodohnya manusia pabila menjadi taksub dalam sesuatu perkara, terus mengaplikasikan perkara itu pada setiap benda. Kau tahu tayar basikal, pabila bocor, boleh ditampal dengan plaster. Terus, hari kau dapat lesen lori, tayar lori yang kau pandu, juga bocor. Sebab kau bodoh, kau buat kaedah sama. Tanpa berfikir panjang. Konsep tetap sama, cuma pasti wujud beda.

Aku bosan. Melihat manusia bermusim. Macam pokok durian pun adalah, orang suruh boikot, boikot. Orang tak suruh, berhenti. Orang cakap pasal PPSMI, cakap. Orang tak cakap, dia tak tahu apa. Memanglah tujuan kempen untuk menghidupkan jiwa-jiwa yang mati sedemikian. Tapi, tolong senantiasa sedar. Aku juga manusia bermusim. Iman manusia turun naik. Apatah lagi dengan kesedaran. Di situ falsafahnya. Tapi, ini, mentang-mentang pihak pembangkang ada ramai yang membangkang, terus dibangkangnya juga PPSMI. Aku bukanlah menyokong PPSMI pun, tapi, sila buat keputusan yang tepat berdasarkan sebab yang tepat. "Right decision, for wrong reason, is wrong, too", kata-kata aku kutip dari dalam filem Pirates of Carribean : Jack Sparrow. Ok, jangan hanya tahu tengok movie saja lepas ini.

Memang Hishamuddin, Menteri Pelajaran itu, gaya bagai orang tak berpelajaran saja, mempolitikkan isu. Pak Lah sempoi saja. Tapi, kita janganlah bertindak balas melakukan perkara sama. Kepala yang kau sanjung kata "Hidu", hidulah engkau kakinya. Pabila kata "Jilat", jilatlah engkau tapak kakinya.

******

"Yalah. Betul tu, " balas aku. Pendek. Mengiakan kritikan yang kurang berfaedah, tapi penuh falsafah itu. Malas dilayan kawan aku itu. Nanti panjang lebar pula. Baik aku ambil makanan.

Betul. Practise makes perfect. Tapi, bila kau berlatih bukan pada tempatnya, masalah juga. Berlatihlah berpolitik pada tempatnya. Berlatihlah berpandangan dan menyokong pada masanya. Bukan isu bahasa yang menjadi medannya.

Medan ini bukan ruang latihan. Ia perlu akan sebenar-benar pejuang. Bukan berhelah politik, bang!

Jangan jadi Pak Pandir, atau lebih tepat, lembu yang dicucuk hidungnya!


12 Respons Terbuka

Uqbah Azam said... @ March 13, 2009 at 3:46 AM

haha. matang2.

di sekolah aku dahulu, perkara yang paling orang suka complain ialah kalau ada orang yang sama bangun dan bertanya sesuatu ketika majlis. selalunya aku rasa soalan dia memang boleh fikir sendiri.

bahkan kadang kadang dia akan cakap perkara yang tidak masuk akal.haih~

budak budak akan cakap dia mencapub. atau kata lain cari publisiti murahan.

er, hishamuddin macam itu kah?

Anonymous said... @ March 13, 2009 at 10:48 AM

aku rate 5 bintang untuk kau.

effect cahaya itu memang perfect.

tak tau nak cakap apa.

"bukan camera apa yang diguna,tapi siapa di sebalik camera".

Huda Saffry said... @ March 13, 2009 at 11:27 AM

hurmmmm...
menarik...

cik.siti said... @ March 13, 2009 at 4:27 PM

hariz, aku rasa kau dah jumpa identiti penulisan kau.

inilah.

^.^

lagi satu, gambar2 ni sangat chantek~

h a r i z, H said... @ March 13, 2009 at 4:41 PM

uqbah

haha. memang aku nak tulis berkenaan benda ni. aku dah peram lama dah. sangat lama. habis orang aku sembang berkenaan matang vs kreatif ni.

tapi, kau punya ulasan, aku bayang macam dia sepatutnya bertanya, tapi pergi menyanyi lagu tepuk amai-amai pula. haha.

h a r i z, H said... @ March 13, 2009 at 4:43 PM

diloz

ohoh. tq. tapi, aku rasa too much lah bro.

aku segan orang2 otai puji ni.


huda

:)

h a r i z, H said... @ March 13, 2009 at 4:45 PM

aQila

aku baca komen ko sambil tersenyum. :)

aku dah sedar sejak kali pertama aku tulis gaya macam ni. rasa macam selalu aku bercakap dengan orang lain dengan biasa ketika sedikit serius. betul2 aku, kot.

tapi, kau adalah orang pertama perasan "Harizism". haha.

Anonymous said... @ March 13, 2009 at 5:06 PM

hariz. ko btl. xde pun negara maju dgn pkai bahasa penjajah. jepun? korea? kecuali singapore la.

yeah. so skang kjaan kne kuakan duit nak translate bku2 rujukan bgus kpd BM. utk bdk2 U especially. dan tlg la ubah term2. laman sesawang? apakah? website sudah.

until then, kte stick kpd ppsmi. ok? x lame kot nk translate, 2-3 thn siap la kot. aku trbyg bdk2 u yg pg bookstore nk cri bku rujukan n tgk sume bku dlm BI. sian gila.

h a r i z, H said... @ March 13, 2009 at 5:15 PM

ammar

er jap mar, ko ke yg komen kat blog fikri indra?

ye la. memang la aku tgok skarang, dgn globalisasi, bahasa Inggeris makin menguasai dunia. tak de masalah pun benda tu. lagi2, kalau kita nak belajar speaking. bagus.

tapi, tolong la jangan rasa sangat cool dan pandai bila speaking. sebab bagi aku, aku nampak orang ramai speaking dan tak nak cakap bahasa melayu sebab diorang rasa lebih educated dan intellectual kononnya bila speaking ni. aih.

dan, lagi satu, bahasa Inggeris ni pun penting. Cuma, jgn bahasa kita dikesampingkan. Cuba perluaskan penggunaan BM.

Kita asyik duk kutuk DBP, mende ah asyik tukar2 hukum bahasa. Jom kita cadangkan dia untuk memperkukuhkan bidang pentafsiran dan penterjemahan.

tapi, tu la. aku pun tahu cakap saja. kerja remeh2 pun tak jalan. pfft.

Anonymous said... @ March 13, 2009 at 5:27 PM

yep2. speaking x kne tmpt mmg agak menjengkelkan la. haha. pfft.. (pkataan kegemaran aku skang)

mohd shazli mohd zaini said... @ March 18, 2009 at 1:34 AM

salam,




nice pics and articles as well.




keep up the good jobs! =)


kind regards,
shazli
leeds,uk

h a r i z, H said... @ March 24, 2009 at 8:22 PM

Bro Shaz

salam,

tq ;)

Post a Comment