| 4 Respons Terbuka ]

life. it's simple.
Miniaturk, Istanbul

Ini adalah artikel ke-100 aku
di dalam blog ini. Boleh dikira nombor bertuahlah, ya? Dan, sepatutnya, apa yang patut aku siarkan di sini, sesuatu yang sangat bermakna kepada aku lah, ya? Erm. Jangan kutuk aku kuno kerana suka nombor-nombor tertentu. Aku cuma anak muda yang masih punya cinta pada nombor-nombor dan rima-rima di dunia.

Aku punya kisah silam, kisah persekolahan. Kisah sistem pendidikan yang paradoks. Kisah tatabahasa dan PPSMI. Baiklah. Engkau jangan muntah sekejap lagi. Aku bukan mahu mengangkat diri. Cuma secebis realiti. Aku dan tatabahasa, nahu, grammar atau apalah ia, bukanlah sekufu. Tidak mungkin bersatu.

Cikgu Bahasa Melayu aku di Tingkatan 5, Cikgu Maznah Ibrahim, pernah sekali berkata kepada kelas, berkenaan karangan aku, "Hariz, karangan kamu bagus. Kamu punya isi dan hujah-hujah yang banyak dan bernas. Tapi, cuma satu perkara, kesalahan tatabahasa kamu terlalu banyak! Sama banyak dengan isi kamu. (mungkin lebih) Tak dapat cikgu nak bagi markah tinggi. Ish, kamu ni Harizzzz [trademark Cikgu Maznah. Maaf dan Terima kasih, Cikgu]".

Dan, itu adalah alasan terbaik jika engkau adalah guru Bahasa Melayu aku, dan tidak mahu memberikan markah tinggi pada aku. Sebab, tidak dapat dinafikan lagi kebenarannya.


********************************************


Dalam perjalanan aku ke Turkey, aku melihat television yang terpasang di dalam bas. Filem apa, aku tak pasti. Berkenaan apa, lagilah aku tak pasti. Manalah aku faham bahasa mereka. Sudah yang elok-elok bahasa Inggeris, dialih suara.

Namun, aku tidak melihatnya sesuatu yang negatif, bahkan positif pula. Mereka menggunakan kepakaran mereka di dalam bahasa lain untuk lebih memartabatkan bahasa mereka. Itulah mekanisma yang mereka cipta. Belajar rajin-rajin bahasa lain, nanti besar, ceduk ilmu dari bangsa lain. Terjemahkannya ke dalam bahasa kita. Perkembangkan ia. Movie, filem, terjemahkan juga.

Perkembangan kekuatan dan kemapanan bahasa berlaku. Bukannya semakin hari semakin teruk. Berbelas tahun dahulu, pemansuhan tulisan jawi oleh Khir Johari. Sekarang, wujud Manglish pula. Terus, merendah tarafkan bahasa Melayu dalam penyampaian ilmu. Ok, contohi Brunei. Esok lusa, anak-anak engkau tak tahu bercakap Melayu. Ingat, bahasa Melayu juga meluas penggunaannya. Nun, Afrika Selatan sana, ada juga keturunan kita.

Mengetahui banyak bahasa, bagus. Mencipta perpaduan. Aku juga sebolehnya mahu mengetahui lebih dari Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris. Masakan aku belajar Bahasa Turki, jika tidak? Aku bukanlah anti bahasa Inggeris. Tapi, warisan kita, amanah kita, penambah seri dunia, peningkat iman pada Yang Esa. Aku juga bukanlah bersikap rasis.

Tetapi, jika suara cendekiawan tidak dipeduli, apa puncanya? Jika menurut falsafah yang popular oleh Plato, "negara harus diperintah oleh ahli falsafah, kerana mereka cekap, terbaik dan berupaya menggubal undang-undang" ini sudah benar-benar kontraditikal (kontra yang kritikal. ). Bukan saja tidak memerintah, malah suaranya juga tidak didengar. Diberi layanan buruk pula. Ah, Pak Samad disembur gas pemedih mata.Eh, lagi satu, ada juga yang tidak ada ijazah. *Gelak*

Soal tender dan wang, aku serahkan pada pemblog yang lain. Soal menutup malu juga. Tapi, soal penulisan, ditambah dengan masalah remeh Manglish, agak-agak, 50 tahun lagi, bagaimanakah corak penulisan buku-buku di negara kita?


********************************************

Aku terduduk diam di meja aku yang betul-betul berhadapan dengan meja guru. Tersengih macam kera busuk, memujuk cikgu bagi markah lebih agaknya. Nasib baik saja mulut wangi dan gigi berkilat.

"Tak boleh, Hariz" kata Cikgu, tegas. Ah, apa boleh buat? Tahi kambing bulat. Ops, teruk sungguh lagu kanak-kanak.

Tapi, walau seteruk manapun susunan tatabahasa aku, aku tak akan biarkan warna-warni dunia musnah oleh aku. "Dosa paling teruk dilakukan ke atas penciptaan kita bukanlah membenci sesama kita, tetapi tidak menjadi berbeza kerana itu tidak wajar di dalam kemanusiaan", G.B Shaw.

Baiklah, Cikgu. Baiklah, G.B Shaw.


Erm, pada saat ini juga, aku teringat perbualan aku dengan Pak Cik Given, pensyarah di Melbourne, berketurunan Turki, berkampungkan Utara Iraq, di dalam bas ke Bulgaria. Katanya, "Saya berbincang dan mengutuk rakan Filipina saya, kamu tahu bukan sejarah kamu dahulunya Islam? Dia tahu. Tapi katanya, susah nak masuk Islam kembali. Gereja sangat kuat. Bukan senang mahu menukar agama. Kristian sangat tidak sesuai dengan orang mereka. Penjajah merosakkan bangsa mereka. Tapi, mereka bangga menjadi Kristian, dan nama Kristian mereka kerana mereka menganggap mereka setaraf dengan orang Eropah. Sangat memalukan."

Entahlah, kita orang Melayu. Bahasa Inggeris asalnya dari Anglo-Saxon. Dan, ada seorang rakyat Macedonia bertanya kepada aku, "Di Malaysia, mereka bercakap sejenis Bahasa Inggeris, bukan?".

Mesti roh-roh bekas penjajah yang berterbangan sekarang ini sedang bergelak tawa, kerana kita turut sama bergantung dengan roh-roh mereka yang tidak diterima langit dan bumi.

Fly away
Roh terbang.

Winning over


Eh, lagi satu, aku merupakan golongan pertama yang menjalani PPSMI. Dan, aku menulis bukan kerna aku pelajar yang gagal SPM kerana PPSMI. Sekian.


p/s:Benar, ianya merupakan artikel yang penting bagi aku. Ulangbilangan ke-100. Tapi, er,panjanglah pula. =.=!!

4 Respons Terbuka

Ahmad Saifuddin Amran said... @ March 8, 2009 at 7:02 AM

There will be no end to the troubles of states, or of humanity itself, till philosophers become kings in this world, or till those we now call kings and rulers really and truly become philosophers, and political power and philosophy thus come into the same hands. (Plato)

Oh tiba-tiba jatuh cinta pada kata-kata beliau. Haha.

h a r i z, H said... @ March 8, 2009 at 1:09 PM

erm, tapi, bukankah ada saranan dalam Islam supaya ulama' tidak mendekati politik?

tapi, Ibn Sina juga ahli falsafah dan perdana menteri, bukan?

Kalau ingin diikutkan kata2 Plato itu, hah, esok pergi bertanding PRU la. Kaukan filsuf? Lebih layak. Haha.

Uqbah Azam said... @ March 9, 2009 at 6:02 AM

hariz, bila pula kau tukar shout pasal kad atm ngan num pin ni..? haha. lawak ah. ke aku tak perasan sblm ni? =_='

haih~

ouh. tentang cikgu kau cakap isi kau bagus dan hujah kau mantap. aku rasa sangat kagum.

walaupun kau punya tatabahasa ada tunggang terbalik.[yeke?] aku ikut apa cikgu kau cakap ja.

aku rasa itu sudah cukup bagus.

kalau kau punya tata bagus dan idea kau macam budak tadika, ia sama macam kau terer abobe photoshop, tapi tiada skil.

kau faham bukan.

eh, kau ada baca novel andrea hirata? aku tengok kau punya tulisan ada gaya dia sikit lah. yang dalam perjalan kau ke turkey tuu.

kalau belum baca, aku nak kau baca. haha.. aku baru baca satu.edensor. tapi aku dah ulangbaca 3kali kot.

dia ahli falsafah dan ahli sains yang hebat. kau tahu apa terjadi kalau sains dan falsafah bergabung..?

aku tidak tahu bagaimana ingin gambarkan. satu perkataan. hebat.

h a r i z, H said... @ March 9, 2009 at 1:22 PM

er, tak de la baru sangat. sebelum post sebelum ni lagi.

wah, bagus. anak murid yang patuh.

er, bahagian anak tadika itu aku faham. adobe ps aku kurang sikit, sebab aku spesis main redah. haha.

andrea hirata? wah, siapa itu? haha. baru kali pertama tahu nama.

nanti aku cuba. er, ko ada soft copy? mana la nak dapat novel indon di jordan maaa. isk isk.

Post a Comment