Tadi, aku terpadam komen yang aku belum baca di dalam Gmail Beta aku. Nasib baik Gmail yang mantap ini punya sistem Undo, atau di dalam bahasa Melayunya, Undo juga. Ok, Undur. Tiba-tiba aku tersirap dan terfikir akan kata-kata pelakon utama di dalam filem "13 Going on 30" , Jeanna Rink, bila dia bertanya emaknya, "Mom, if you are given one more chance to go back at your past time, and correcting your mistake, and make right things in your life, what would you do?". Ha, aku tak perlu minta kebenaran dari Speaker dewan untuk menulis dalam Bahasa Inggeris, sebab ini blog aku. Hak aku. Salahkan Mahathir sebab dia memulakan PPSMI.
Engkau orang nak jadi kecil semula, tak? Tapi, aku tak nak sebab budak ni perempuan kot. Pinkie. Noise banyak. Boo kamera Hady.
Sudah. Bagai di dalam filem Hollywood, aku baru saja usai membaca sajak dari Saifuddin di blognya. Berkenaan saintis yang mahu mencipta mesin masa untuk berjumpa Rasulullah, tapi malang saat terakhir hidupnya dia baru tahu untuk berjumpa Rasulullah, apa yang perlu dilakukan ialah berselawat. Huh, ironi sungguh. Paradoks.
Mesin masa menarik juga bagi aku. Tapi, malas aku tulis di sini. Nanti bosan pula kau orang baca. Untuk mengetahui lebih lanjut, aku cadang kau baca ini, ini, ini, ini (aku memang suka baca HowStuffWorks) dan ini (seperti biasa, rujuk Wikipedia). Juga buku Harun Yahya. Aku lupa tajuknya. Maaf.
Agak-agak, kalau buat Sepia dan B&W, boleh ke wujudkan emosi silam? Dan, apa itu emosi silam? Fiuh.
[Erm, gambar sepia itulah gambar dekstop komputer aku, cuma Y dia bengkok macam yang paling atas. Eksklusif. Aku tak upload. Malas.]
Entahlah, aku rasa, hidup di dunia realiti tidak semudah hidup di dunia siber. Bila kau buat silap, kau boleh Undo [undur]. Silap, undur. Silap, undur. Silap-silap undur. Kemudian, tersilap undur.
Hidup bukanlah semudah menekan tetikus komputer, tetapi, bukan bermakna kita perlu takut membuat kesilapan, bukan? Makes mistake is better than makes nothing. Ok, marah Mahathir.
Dan, berbalik kepada soalan Jeanna, maknya menjawab, "Jeanna, mak tahu dalam hidup, mak banyak buat kesilapan, tetapi mak tidak menyesalinya." "Kenapa?" "Kerana, bila mak membuat silap, mak belajar untuk melakukannya dengan betul." Sudah, kali ini terima kasih pada Mahathir sebab buat telinga aku peka bahasa Inggeris dan dapat menterjemahnya.

p/s:Aku harap aku faham apa aku tulis.
p/s: Aku malas nak cop gambar. Cepat cakap terima kasih boleh gambar tak bercop.
9 Respons Terbuka
haha
hariz, aku suke ape ko tulih..
malas nak ckp byk, tp aku suke..=)
Huda
yer? tq.
suke jugak.. =)
1. Terima kasih kerana secara tidak langsung mempromosi puisi aku yang bosan.
2. Dalam hidup ini, tiada istilah penyesalan, tapi pengajaran.
3. Lebih banyak gagal, lebih dekat kita dengan kejayaan. Malaslah nak ulang contoh Thomas Edison.
cik santun
er, suka ape yeh?
saifudin
1.erm. aku dah byk kali dah promot kau punya blog. tiada masalah.
2.aku harap aku faham perkara itu, dan menghayatinya juga.
3.er, berkenaan dengan cerita thomas alva edison, aku rasa, baik kau cuba perbanyakkan lagi pembacaan untuk mengetahui cerita sebenar. dia bukanlah saintis atau pencipta yang bagus. kerna dia tidak belajar dari kesilapan, dia hanya guna kaedah cuba salah. aku lupa sumber cerita. internet sangat berguna, kot. selamat mencari.
hariz,
kau selalu tahu banyak benda... en, tntg thomas edison tuu..fuh.
haha. jeles lak ak...
hariz, aku suka entri ini.
^.^
aku rasa penulisan jenis2 macam ni, sesuai untuk kau.
:)
nik uqbah
eh, silap lah ayat ko. bukan aku selalu tahu banyak benda, tapi, aku selalu kelihatan seperti tahu banyak benda. padahal, tak tahu apa pun. kata rakan sekolah aku zaman kecil-kecil dulu.
tak perlu jeles, cuma teruskan membaca. Ewah.
aQila
er, apsal ramai bereaksi seolah-olah aku ada suruh undi artikel ni best tak?
Post a Comment