| 7 Respons Terbuka ]

Esok lusa peperiksaan akhir. Jadi, bai!! Tengoklah kalau aku rajin dan gedik nak tambah mekap pada blog ini. Kutuk-kutuk Prof. A. Razak Mohaideen ka, kutuk artis-artis Malaysia ka, keji-keji orang yang bangang perhabis duit hantar SMS pada budak-budak AF sedang tiap-tiap hari berhutang makan roti canai mamak ka, apa namaaaaa, kutuk-kutuk Pak Seman jual topi sebab ambil untung lebih 10 sen dari orang lain ka?

Oh, memang aku nak kutuk sangat Prof A Razak Mohaideen tu bila aku buat hobi baru tonton movie. Dulu tak semangat sangat pasal aku kurang sikit tengok movie ni. Iyalah, itu cerita X-Men aku tengok marathon punya mantap dia punya aksi, punya hebat dia punya mesej. Dua hari aku terfikir pasal maksud dia, dan yang paling utama ialah RACISM.Bina jambatan di antaranya,hargai golongan bukan dari golongan kita. Dalam movie itu kita boleh tengok macam mana golongan ekstrimis merosakkan keadaan dan media menyesatkan. Macam-macam boleh kau fikir, bukan macam Mami Jarum, takpun Mami Jarum 2, nanti Mami Jarum 3, Mami Jarum 4, 5, 6, 7, 8, 9 sampai seribu. Eh, macam Sembilu lah pula kan ada banyak-banyak nombor, ya?

Ini belum bincang V for Vendetta lagi, 13 Conspiracy dan sebagainya. Belum pun cerita sebab X-Men dicipta oleh Stan Lee dan Jack Kirby. Sila gunakan kemudahan google. Eh, encik pengarah X-Men; Brett Ratner tak ada la pula Prof. pada nama depan dia.


meh, ini kelas menyanyi. lagu patriotik YM


Cerita lain; Aku nak tanya orang Melayu, kau orang tahu tak apa itu Melayu selain definisi yang diberitahu dalam BTN? Itupun kalau pergi BTN. Kalau tak, tak tahulah kan? Pfft, malulah kalau mengaku Melayu tapi tak tahu apa itu Melayu, bukan?

Nah, kaji isi web ini. Aku pun nak kawan dengan laman ini berbanding blog aku dari hari ini. http://www.sabrizain.org/malaya/

Dan juga, jangan lupa undi untuk Sipadan. Sia-sia jadi orang Malaysia kalau lupa kewajipan pada negara. Jangan asyik sibuk cakap mengundi pilihanraya orang politik saja, lagi-lagi yang belum cukup umur. Kalau spesis cakap berjuang untuk kebaikan dan keamanan negara dan keadilan blablabla tak undi, aku memang nak pukul. Sia-sia naik turun mahkamah dapat Sipadan kalau dipersia.

Klik http://www.votesipadan.com/


Hari ini tak ada gambar. On purpose. Bai.


7 Respons Terbuka

Huda Saffry said... @ May 22, 2009 at 10:30 PM

oitt, gudlak exam!
btw acai berry tuh selalu mengejutkan aku. x gune betol! haha

emma songall said... @ May 22, 2009 at 11:50 PM

ahahahaa.
cool song seyh..
comel pon yer gak.
ahaha!

Unknown said... @ May 23, 2009 at 2:04 AM

haha...
kaum kerabat kita gak,
jgn dinafi melayu moden tu kosong
kalau dibandingkan mami jarum dengan prosa tradisional pak pandir bodoh kat buku komsas tu...

aku tabik spring menonggeng kat pak pandir bodoh....

h a r i z, H said... @ May 23, 2009 at 11:54 AM

huda,

yg lg x guna, orang buat market acai berry tu!

emma,

macho pun iya jgak kan?

bai,

bab kaum kerabat, aku tak pasti, tapi, bab pak pandir, walau dia bodoh, direka oleh yg pandai utk yg pandai.

soceng said... @ May 31, 2009 at 5:34 PM

good entry.

tp kan, kau tau tak nape prof a razak buat cerita2 mcm tu? alah.. cerita2 yg macam kau sebut itulah.. majority rkyt msia NAK tgk cerita2mcm tu. nmpk mcm takde msg apa pun tp proft byk gak. ade yg br tayang 2 hari tp dah dpt smpi 1.5 juta. its bussiness man. mcm af. kadang2 yg dpt no 1 tu bukan boleh nyanyi sgt pun. tp org suka. jadi org undi dia. jadi dia menang. astro kaya jgk. diorang ada peduli ke penyanyi tu blh nyanyi ke tak? janji duit masuk.

in a way, sebab tu la. in another way, kite punya production mcm studio, site cthnya tak sehebat hollywood...so, tak blh challenge diorang lagi. mugkin in future blh.

ape2 pun, i think it depends on individuals. kadang2 filem yg nampak mcm tak de msg/moral tu, snanye ade je. juz need our critical thinking

h a r i z, H said... @ May 31, 2009 at 5:55 PM

hehe. haven't see u for a long time. and terima kasih untuk komen bernas kamu.

memang, aku setuju part bisnes dan memerlukan critical thinking. dan, aku pun selalu bagitau orang supaya tengok dari sudut lain.

tapi, still, aku tak boleh nak bersetuju dalam masa yg sama. bisnes, ya, fikir buat duit. itu yang wujud negara yang besar gapnya. macam india. ini bukan saja jadi kapitalis dalam ekonomi, tapi pemikiran rakyat. dilemah-lemahkan dengan cerita macam tu.

mana social responsibility diorang nak didik masyarakat? sepatutnya, mereka mengubah keadaan. duit, mana2 boleh buat. cuma, sedikit pengorbanan diperlukan. cipta atmosfera baru. hasilkan masyarakat yang craving sesuatu untuk santapan minda, dan masyarakat akan kejar juga dan memberi wang juga pada depa. bukan cara buat duit express, tapi tak tahan lama.

benda2 ekspress selalunya tak tahan lama, kecuali bas ekspress. aku suka.

bab critical thinking, yes, ko ada fikir tak benda yang aku fikir masa tengok x-men? ok, aku rasa ko mesti fikir. sori banyak2, ini bukan angkat diri, hanya bagi bukti yang telah tercatat, bukan main cakap aku pun pikir banyak juga.

ya, semua benda ada pengajaran. mami jarum contohnya, paling besar, adalah kritikan sosial kepada golongan "datin2" atau mami2 yang suka mengumpat. tapi, tak kan itu saja yang dia nak bawa pada masyarakat dari zaman dulu sampai sekarang?


no, bukan aku tak setuju dengan cerita macam tu, tapi, perlu ada cerita yang level dia berlainan. tapi, masalahnya, sangat sikit. dan kalau ada pun, ditentang habis-habisan. aih.

memang, pengambilan pengajaran bergantung kepada penonton itu sendiri, tak ada orang nak bagitahu, tapi, ingat, semua orang bukan macam ko, pandai melihat dan menilai. pendekatan yang lain untuk menyentuh minda masyarakat juga perlu.

perlu ada kelainan dalam mesej cerita. jangan asyik nak main "soft message" saja.

dan, sebenarnya, betul, kewangan satu faktor juga. tapi, rasanya, mesej tidak memerlukan wang yang banyak untuk disampaikan. cukup kita bandingkan Red Cliff dan Kite Runner saja.

Red Cliff sangat mahal untuk peralatan2nya, tapi, Kite Runner, tidak ada banyak peralatan2 yang menjadikan ia mahal. Malah, sangat hebat pula mesej kemanusiaannya despite mengutuk Taliban.

Bagaimanapun, terima kasih banyak2 atas perkongsian idea. ;)

h a r i z, H said... @ May 31, 2009 at 5:55 PM

errr, sori tersangat panjang, tak sedar nak potong2 masa taip ;p

Post a Comment