| 14 Respons Terbuka ]

*Warning; agak panjang berbanding biasa. Muntah-muntah hijau dan mabuk laut? tak ada masalah.

che nut's baby


Rabu itu, aku naik bas balik dari jame'ah, balik dari Maarad Thaqafi. Macam biasa, ditegur Arab. Aku dan Azzam layanlah. Tapi, Azzam lagi gemar bercakap dari aku, jadi dialah yang superior. Aku biarkan depa, tengok ke luar tingkap bas saja.


Cakap blabla, benda klise, kemudian, dia tanya Azzam pasal awek-awek Jordan. Hot tak? Kemudian, dia tawar pelacur pada Azzam. Aku sengih saja. Ini sengal punya orang. 5JD dengan araklah, percumalah, macam-macam. Tak boleh layan ini orang.

Sekali, dia tawar dadah. Azzam kata haram. Dia melenting. Dia kata makruh. Kemudian, bergaduh pasal dadah makruh. Itu yang dia nak pertahan. Arab tak boleh bro, asyik nak menang saja. Lagi-lagi kalau yang mentaliti rendah. Yang baik, tak ada masalah.

Di bawah perbualan kami dengan dia yang telah diterjemah. Kang aku tak terjemah, ada 14000 komen masuk, marah-marah tak faham. Susah hidup aku nanti.

Arab 1 : Dadah? Tak nak?
Azzam : Haram weh. Mana boleh bro.
Arab 1 : Hah? Haram? Mana ada. Makruh la sengal.

Azzam : Swine flu ko. Haram la weh. Fatwa di Malaysia macam tu.
Arab 1 : Fatawa fi Malizia gholath (Fatwa di M'sia salah)

Angin musim bunga sepoi-sepoi bahasa. Gandum meliang-liuk disapa angin.

Azzam : Mana-mana tempat ada 'ulama. Sapa lu mau kata itu ulama Malaysia salah? Kau tak layak, depa berilmu lagi.
Arab 1 : Wowo, tapi di Jordan makruh. (seriesli, aku tak tau betul ke tak)

Azzam : Tapi, still ko takbleh kata fatwa di Malaysia salah.
Arab 1 : Abeh, mana lagi betul? Sini lagi la betul, budak tak hensem.
Aku : Gua goreng kang taik mata lu. Lu ingat Islam tu Arab je ke? Arab ada je yang Kristian, ramai pulak tu. Dude, ingat, lu tu lagi dekat dengan Yahudi. Sepupu-sepapat je. (Nasib baik aku tak tahu lagi masa tu yang Pope buat "Haji" di Mt. Nebo, Jordan.)

Arab 1: Tapi, Nabi Muhamad lahir bangsa apa? Islam tu Arab punya. Al-Quran, Arab, budak rambut smart.

Aku : Keldai ah kau. Habis, Yahudi lagi ramai Nabi. Kalau macam tu, dia lagi mulia la dari ko, biawak padang pasir.

Orang lain, usha-usha. Cet. Dahlah tak bayar tengok show aku.
Aku renung ke dalam mata mereka. Biar terbakar anak mata depa.

Azzam : Kau takda hak nak kata depa salah, itu hanyalah khilaf. (Keluar dalil, aku tak ingat)
Arab 1 : Wei2 (sebab suma nak cakap, dia tarik perhatian), ko belajar fizik?
Aku : Aah (Blur)

Jantung berdegup kencang. Adrenalin pantas dirembes. Darah mengalir deras.

Arab 1 : Dah tu, kau belajar pasal medan magnet? Yang lagi dekat kan, lagi kuat? Mekah sebagai punca medan magnet, mana lagi dekat? Malaysia atau Jordan?
Azzam : (Cakap lagi. Dalil semua keluar. Aku tak ingat pun menda.)
Aku : Habis, kalau macam tu, apsal semua kerajaan Islam Arab, Umawiyyah, Abasiyyah, Fatimiyyah ".............." (lupa perkataan "runtuh" dalam bahasa Arab. Buat isyarat tangan, sambil tergagap-gagap)


Burung berkicauan.


Tiba-tiba, bunyi telefon berdering. Azzam angkat. Suasana hening. Anti-klimaks. Mulut kaku. Jantung turut berehat. Aku tengok luar. Mata melilau.

Cet! Sudah terlepas tempat sepatutnya aku turun. Perh, kena jalan jauh lagi.



**********************************

Tadi, aku terfikir, kalau orang kita punya juga sikap sama, terlebih bangga diri tapi macam tin kosong. Ketuk bunyi bising. Poyo bajet Islam untuk depa dan depa untuk Islam, tapi tawar pelacur sama Azzam. Hakptuih.


Disclaimer:

1-Diingatkan bukan semua Arab sikap macam ni. Tapi, majoritinya ada sikap ini, bangga keturunan walau ramai juga tidaklah sebangang mamat di atas ini. Yang baik, memang baik. Jenis mentaliti bawahan selalunya macam ni.
2-Isi-isi perdebatan adalah betul, tetapi berlaku penambahan pada gaya bahasa. Mangkuk kau aku mencarut dalam bahasa Arab. Aku tahu dua carutan saja dalam bahasa Arab. Hanyalah berniat untuk tak bagi bosan. Lagi satu, cuak aku nak carut dia depan muka dia. Dahlah badan besar. Penyek aku sekali lenyek.



*********

Cerita lain; ini adalah gambar-gambar tidak rasmi anak Che' Nut oleh aku., baru umur 4 hari. Abah budak kecil ini masih belum dikenalpasti. Kes Ayah Pin pun tak selesai lagi, kena queue kes ini di mahkamah dulu.

che nut's baby 2

malik skandal che nut
Malik, pak cik yang baik. Dah jadi babysitter dah gayanya.

Seriesli, aku agak gembira sebab sudah punya model, macam Ustaz Lotpi punya Waseem. Che' Nut memang comel gila, tapi, susah tak reti nak duk diam, dan kamera aku tak cukup bagus untuk menangkap gambar dalam keadaan bulu dia nampak cantik. Memang 500d vs d90 la weh.

Cadangan nama kalau jantan;
Nama penuh; Razak Bagi Dah b Che' Nut. Panggilan; Raz@ Bag
Betina; Altantuya Seribu bt. Che' Nut. Panggilan; ???


14 Respons Terbuka

Haru said... @ May 14, 2009 at 1:41 PM

best debat dengan orang arab.
seronok dan kelakar.
they do all they can to rationalize themselves.

and, ada pertelingkahan jantina ke terhadap anak kucing tu?

cadangan panggilan andai ianye betina: uya

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said... @ May 14, 2009 at 1:44 PM

argh.. aku harap model ko tu tak demand tinggi macam segala model2 aku yang lepas. hehehe.. uya? ko letaklah nama apa pon. tapi kalo kat arab saudi tak boleh panjang2 daftar nama. depa tak bagi. sebab tu waseem jadi waseem sahaja. takdak mohamad waseem ke, waseem iskandar abdul razak ker dan sebgainyalagi. hohoho..

-ko pukul jer mamat tu lenkali.

h a r i z, H said... @ May 14, 2009 at 2:20 PM

atiqah;

memang da ada cadangan utk panggil Uya. tapi, nama penuh pun ditentang dgn nama farhana. ape ni? mmg kontroversi sapa bg nama tu. ish.


ustat lotpi;

aku x rasa dia demand tinggi, tapi aku rasa mak dia demand tinggi. sibuk jah nok makang tok abih2. sardin rm 2.00 dua hari jah.

mmg aku nok katok doh Arab tu, tapi, takut orang ppuang lain dalam bas tu nangis jah.haha.

emma songall said... @ May 14, 2009 at 2:24 PM

perghhh.
perdebatan yang sengit lagi mapan.

h a r i z, H said... @ May 14, 2009 at 2:26 PM

dia nak menang je sebenarnya, lepas kawan aku kata tak baik layan pelacur ngan dadah, arak.

pointnya, memang dia nak menang je.

almuhsineen said... @ May 14, 2009 at 2:33 PM

kiut gle itu kucing~

h a r i z, H said... @ May 14, 2009 at 2:34 PM

sebab tu aku tak rasa Hady atau Mursyid bapak dia. hahaha =p

aQilaAini said... @ May 14, 2009 at 2:41 PM

wei!!!!!!!!!

COMELNYA KUCING TUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!!

kiut kiut kiut!!!

p/s: aku tak baca entri kau kali ni. aku tengok gambar je. ahahha~

h a r i z, H said... @ May 14, 2009 at 3:59 PM

tgok ah sapa tuan dia!

Anonymous said... @ May 14, 2009 at 4:07 PM

kalau aku dah malas layan dah.

menang bukan dapat hadiah pun.

boo sama dia.

kau comel sangat sampai kucing tu jadi tak comel.

haha.

h a r i z, H said... @ May 14, 2009 at 9:39 PM

hajat hati ingat macam tu jugak.

lagi2 la rasa menyesal layan dia bila terlepas tempat turun bas.

taik ah.

*blushing*

haha.

almuhsineen said... @ May 15, 2009 at 1:50 AM

haha

dalam maksud ayat ko tuh~

kotaklimasegi said... @ May 15, 2009 at 8:03 AM

aku senyum brg 18 minit baru tinggalkan komen nih..

pak arab pun pandai ckp sengal erk..

anak kuceng tuh sangat comel..

panggil jer dier khunkhun.. universal kan.. tak kira lah jantan atau betina..

h a r i z, H said... @ May 16, 2009 at 3:56 AM

zul,

ye la kan? takkan la bapak dia orang? haha. kaver baik punya. =p


arfahadnan,

alah, jangan ingat Arab tu alim2 sikah2 suma. sama ja manusia ni. mangkuk hayun ramai gle gak Arab ni. yang baik, baik gle. yang jahat, macam setan pun ada.

it just depa cakap Arab. tu je la.

khunkhun? bapak cam cerita hantu thailand jek bunyinye. hehe.

Post a Comment