| 5 Respons Terbuka ]

Hence the dormant stage continues. For about two more upcoming weeks.

Doakan segalanya selamat dan berjalan lancar dan selamat. Doakan ketenangan dan fokus dapat dicari. Doakan segalanya baik-baik belaka. Ameen.

Sebagai menutup tirai untuk dua minggu akan datang lagi, aku mahu memaksa kau orang baca pengalaman aku. Ha, baca jangan tak baca.

Antara perkara yang aku suka ketika mengembara atau melancong (beza besar dua perkataan ini) ialah berjumpa dengan pengembara atau pelancong lain dari negara lain. Tapi, suka itu bertukar menyampah kalau yang aku temui itu golongan kerek. Orang German selalunya. Tapi, bukan bermaksud "generalization". Tak dinafikan, ada saja yang baik. Ramai juga.

Selalunya, kalau aku berjumpa dengan pelancong atau pengembara lain, di kawasan kurang pelancong dan waktu kurang pelancong, aku cuba menegur mereka. Sembang-sembang. Hari itu, masa aku ke Laut Mati, bawa Bro Jhaz, aku sempat berbual dengan sekumpulan tiga orang pelancong/pengembara yang datangnya dari Turki, Holland dan Canada. Depa suma kenai kat hotel pagi tersebut. Kata depa la.

Kemudian, lama sembang, aku pun tetiba tanya depa, depa ni buat kerja apa menda di negara depa. Helen, mamat Turki dah jawab, aku lupa. Patrick, mamat Belanda kata, dia kerja di landasan kereta api. Maintainance kata dia. Dia kata, dia sekarang dalam trip, turun ke Mesir, naik Jordan, lepas ni panjat pi Lubnan, Syria dan Turki. Malaysia, Singapore dan Thailand antara trip terbaik yang dia pernah lakukan, kata dia. Aku diam sejenak. Banyak betoi duit dia ni. Iyala, negara depa kaya. Gaji depa mahal. Barang kata sana pun mahal juga. Jadi, padanlah. Bila depa keluar negara, semua benda jadi murah. Betul. Memang betul. Alasan aku cari.

Kemudian, aku tanya pula Graig, mamat Canada. "I'm not working. I just travelling". Hah? Biaq betik mamat ni. "So then, where do you get money to do travelling?"Aku tak puas hati. "I dont really have money. I am a cheapo." Akhirnya, dia bagitahu yang dulu, dia berkerja di Jabatan Statistik. Kerja buat statistik. Kemudian, dia cuti 4 bulan travel saja. Lepas tu, dia ambil keputusan untuk berhenti kerja. Travel saja. Err fuh.

Aku diam lagi.

Diam lagi.

Diam lagi.

........


Aku cuba kaitkan kembali dengan apa yang aku belajar dalam matapelajaran Sejarah masa sekolah dahulu. Aku tahu, ramai yang bosan dengan Sejarah. Peduli apa aku? Dalam buku, kita belajar yang orang Melayu zaman dahulu merupakan pelayar yang hebat, menjelajah dan melihat dunia. Belajar daripadanya. Orang Eropah pula, ketika Zaman Gelap merupakan golongan paling bodoh atas dunia. Ewah, ekzejeret. Kalau yang belayar pun, semuanya samseng macam Viking. Orang Mediterrenian, lain cerita.

Tapi, sekarang? Oh. OK. Banyak faktor yang menyumbang sebenarnya. Betul. Passport baru saja sudah RM 300. Mahal.

Tapi, masalahnya, ramai saja orang yang sudah punya passport atau kemudahan untuk merantau dan melihat bumi Allah, menghayati dan belajar darinya tidak mengambil peluang ini. Cuba tanya berapa ramai pelajar di luar negara yang tidak pernah keluar berjalan atau merayau walaupun sudah dua tiga tahun berada di luar negara. Entah-entah, ada yang hanya tahu pergi ke universiti saja. (Eh, tak tolak ponteng lagi. Ops! terkena sendiri). Cewah, ekzejeret sekali lagi.

Dah-dah, merepek panjang lah pula. Tulis panjang pun tak guna.

Akhir kata, bai bai pula untuk 10 hari yang akan datang.

Doakan segalanya berjalan lancar. Ameen.



p/s: komen adalah berbentuk layan diri. Aku tak dak masa nak layan komen hangpa dalam masa 10 hari ni.

5 Respons Terbuka

Huda Saffry said... @ June 18, 2009 at 4:37 PM

weyh, aku suke sejarah. subjek feveret and subjek yg menyumbang kan A tiap kali pekse.haha

dan awat tiba2 dok speaking kedah ni? btw, ko kenal GM yusry kan. aku p INTI aritu and terjumpe dengan die. excited aku sbb selalu nmpk kat blog je. ok aku tahu ko xkan layan ape aku tye. haha gudlak ok!

kotaklimasegi said... @ June 19, 2009 at 8:10 AM

cheapo tu aper?

iYda Juhar said... @ June 27, 2009 at 7:31 AM

aku pon suke sejarah gak. hahah

Anonymous said... @ June 27, 2009 at 7:20 PM

Datang jalan-jalan. Hee~

h a r i z, H said... @ June 28, 2009 at 8:51 PM

huda,

oh bagus2.


arfahadnan,

erm, kire pokai la


iyda,

boleh join the club


diarisenja,

haa, nak lari2 pun bleh. hehe

Post a Comment