Kalau ikutkan hati, malas aku nak apdet blog. Rasa nak delete pun ada. Haiyoh. Kau orang baca blog ini, pasal apa? Ya Allah, cubalah buat benda berfaedah sikit. Ish! Tapi, sebab ada banyak gambar yang orang request nak tengok, aku terpaksa upload. Ewah.
Hari ini, kita letak gambar model yang mempopularkan blog abah dia, Waseem. Klik sini kalau nak tengok blog abah dia.Ini semua aku ambil masa pergi Mekkah, satu malam saja. Gambar-gambar lain di Mekkah dan Madinah, gambar aku pergi camping semalam di hutan mana-mana entah di Ajloun (skil turun coaster sesuka hati), lain kali.
taktik budak kecil malas berjalan. keji sungguh.
aku suruh dia tambah emosi dalam posing, dia terus menangis
senyap tak sampai 5 saat, terus aku tangkap gambar dan dia lari balik
Hahaha! Akulah otai Zamzam Tower -Waseem-
Susah nak tangkap gambar budak ini. Hyperaktif semacam. Memang aku respek sama Lutfi sebab dalam blog, gambar budak ini semua nais (nice) semacam. Padahal, nak dekat runtuh Zamzam Tower dia lompat.
Entahlah, aku rasa, fungsi utama budak kecik di dalam dunia bagi selain ibu bapa, hanyalah mainan yang menarik. Orang-orang dewasa tengok, teruja, comel! Macam tengok patung barbie doll. Eh, tak, maksud aku, patung power rangers. Kemudian, buat bahan cubit pipi. Angkat-angkat, suruh dia lari, suruh dia lompat, buat-buat cerita hantu suruh dia takut, ish, sebijik macam mainan. Cuci muntah dan berak, sah-sah kerja ibu bapa dia. Atau, macam mana?
Tapi, semua yang dewasa pernah menjadi budak kecil. Seronok juga sebenarnya jadi budak kecil walaupun sentiasa fikir perkara merepek dan mengarut itu sebagai betul. Contohnya, sampai sekarang, aku masih pening kepala mahu cari sumber, bagaimana masa aku, dalam umur 4-8 tahun, boleh fikir, adik kandung aku sebenarnya anak kawan ibu aku yang diberikan pada ibu aku. Padahal, orang kata aku, muka aku dan dia tak ada beza sangat masa kecil-kecil. Eh, lagi satu yang lebih horrible, aku fikir, kalau kau lelaki masa kecil, kau akan jadi perempuan masa dewasa. Juga sebaliknya. Sehingga aku terfikir, mak aku dulu lelaki masa kecil, sama dengan aku dan bapa aku perempuan masa kecil. Oh!
Agak-agak, kau orang ada kepercayaan karut apa ya masa kecil-kecil dulu yang masih korang ingat sampai sekarang? Sporting sikit.
Eh, esok ada sambungan gambar.
p/s: aku tak sangka dalam aku boleh menaip sepanjang ini dalam keadaan malas hapdet blog.

6 Respons Terbuka
malas2 panjang jugak ko menaip
agaknya kalo x malas mesti lg pnjang berjela.haha :P
malaslah sangat~!
cess.. sesedap rse je ko kate dak kecik, mainan.. xde kriteria bapak org langsung kau ih
zul,
aku malas tapi aku cuba gigihkan diri utk melontarkan idea. cewah. weh, ko x komen!
syaimaa',
perh, aku suka bdak kecik tau x. pipi derg best utk dicubit. ape xde ciri2 lak. cbe ko baca leklok ape aku tulis dan fahamkan.haa! betul x?
hAHA......
Weh,hariz jagn aa smpai nk dlete blog ni..I'm looking forward to read your next posts..
hahaha otai tu xbole blah hahah
fadh,
ermm...
cato,
klu bleh blah pun, nak blah ke mana?
Post a Comment