Showing posts with label Bengang. Show all posts
Showing posts with label Bengang. Show all posts
| 10 Respons Terbuka ]

Langit cerah. Mentari riang. Angin menyapa kuat tetapi masih menyelesakan. Tanda musim panas masih ego. Enggan beredar. Burung berkicauan? Entah, tak dengar pula. Biri-biri spesis Awwasi meranggut ceria. Sang gembala gembira. Makanan ini akan dijadikan juga bekal musim sejuk. Fatty Acids disimpan didalam fat tail. Bagai bonggol unta fungsinya. Fakta-fakta isengaja ditonjolkan. Tanda aku belajar Animal Health sebagai subjek elektif semester ini.



Hari ini hari khamis. Hari khamis ini di Jordan seperti hari-hari khamis yang lainnya di Kelantan, Kedah dan Terengganu.


Kelas tamat. Pelajar bersurai. Aku nampak beg pakaian dibimbit oleh seorang pelajar, sebelum aku memberi komen, "Dia ni terus balik ke kampung halaman cuti hujung minggu selepas ini." Oh, stesen di universiti aku agak versatil. Aku senyum. Ya, dia di tanah airnya. Tersenyum juga mengenangkan tuah aku beberapa hari lagi. Sebelum menerima panggilan.

"Hello riz, tiket tak boleh tukar tarikh dan tak boleh refund, kita kena tunggu 10 hari lah lepas exam sebelum balik. Nak balik awal, kena beli tiket baru"

Lampu padam. Sekeliling jadi gelap. Aku terkejut. Seraya mencarut. Buku biochem dihadapan lesap. Cuak dengan carutan aku. Sangka kamu. Lecturer kelihatan seperti sang bisu. Menganga-nganga mulut. Tanpa bunyi. Suram. Disimbahi suluhan lampu overhead projector.

Pejabat Gulf Air sekonyong-konyong muncul di depan mata. Sang Manager kelihatan. Kecil sekali. Menggigil dan berpeluh ketakutan. Busuk peluhnya. Tak pakai Rexona mungkin. Ah, pedulikan.

"Aku bagi kau dua pilihan Sang Manager, pertama, telinga kau putus digigit dan kedua, fakta ini akan berubah! Kau ingat!" Sambil aku menunjukkan otot biseps aku. Yang membesar secara tiba-tiba. Automatik. Limpahan Adrenalin Rush. Selamat tidak bertukar warna hijau.

Dia terkucil. Aku terus pergi kerana tak tahan baunya.



Lampu padam. Tirai pentas ditarik. Penonton bertepuk tangan dan bersorak-sorai tanda terhibur. Tanpa memahami dan menghayati isi cerita.