Showing posts with label Pandangan. Show all posts
Showing posts with label Pandangan. Show all posts
| 4 Respons Terbuka ]

Langit luas. Kosong terbentang. Biru cerah yang berkuasa mula menunjukkan tanda-tanda
kejatuhan. Jingga dan ungu mula mencipta nama. Di kaki pemerintahan sang langit biru. Memanjat sedikit demi sedikit. Revolusi dan evolusi bermula.

Lepat diam. Ditenungnya langit lama-lama. Malangnya, langit tetap langit. Tidak bertukar rupa. Lagikan bertukar suara. Tidak seperti Senario XXX. "Dia boleh bertukar rupa, boleh bertukar suara. Ini bukan cerita hantu, ini cerita bodoh macam batu blablabla"

Lepat akur. Semena suaranya berbunyi,"Lambu, kau benci ke Israel?"

"Semestinya! Aku orang Islam. Aku harus benci Israel. Engkau juga," ujar Lambu, anak muda yang berdarah panas dan tinggi semangatnya.

"Kenapa aku mesti benci Israel?"

"Sebab kau Muslim dan kau adalah bersaudara dengan orang Palestin yang tertindas"

"Sebentar. Israel itu apa?"

Lambu memandang Lepat. Pandangan anak mata dibalas. Anak mata bertembung. Nasib peminat novel cinta kurang baik. Kerana mereka kedua-duanya lelaki. Lantas, tiada bibit-bibit cinta tercetus hasil pandangan mata ini. Klise tidak dapat dihidupkan.

Lepat memejamkan mata. Senyap. Khali. Lagu desiran angin bermain di telinganya. Sebagai anak muda yang mengikut arus dunia hiburan, lagu Greenday dan band-band Indonesia lebih menarik baginya. Kumpulan pemuzik tanah air? Dinyatakan Lepat masih lagi seorang rakyat Malaysia yang stereotaip. Memuja-muja apa sahaja. Asalkan berasal dari luar tanah airnya. Termasuk beras Siam. Jua selipar jepun.

"Kenapa ramai penunjuk perasaan dan "penyokong" anti-keganasan tentera Zionis sepenuh hati dan bangga mengangkat sepanduk "Fuck Israel", "Jahanam Israel"? Menggunakan kata-kata kesat sedemikian?"

"Kenapa? Itu langsung tidak setaraf dengan apa yang telah dilakukan oleh negara haram Israel.Itu hanyalah kecaman kecil. Ben Gurion perlu mati. Tzipi Livni harus musnah"

Lepat memandang tepat ke mata Lambu. Seraya menggelengkan kepala. Tersenyum sendiri. Sambil tangan kanan menyarungkan kacamata hitam. Berlagak macho. Walaupun dia tahu hari kian gelap. Perlambangan kepada sikap Lambu.Bertindak tanpa tahu sebab.


Sambil mengusap-usapkan rambutnya yang panjang ke bahu. Tidak terurus. Disyampu sebulan sekali. Melambangkan penjimatan. Sambil menghembus kepulan asap rokok daun kosong. Tanpa tembakau. Dunia tanpa kapitalis. Tambahan kapitalis zaman kini tiada etika. Dari kapitalis, kepada pembunuh. Menyumbang dana kepada Zionis. Matahari terus berlabuh. Dengan seberlabuhnya (ada perkataan macam ni?) sang algojo.

"Tapi, Israel itu gelaran kepada Nabi Yaaqub. Jahanam Israel, apa maksudnya?" bicara Lepat terhenti. Lambu tampak kaget. Namun, dia dibiarkan begitu hingga episod seterusnya.


Tirai ditarik. Penonton diam. Tertidur kebosanan. Dek plot cerita tidak menarik. Pemilihan ayat tidak kreatif. Susunan idea tidak bagus.


p/s aku malas study untuk final selang dua hari lagi seraya menulis cerita bosan ni. Harap bersabar. Jangan buat tunjuk perasaan. Eh, kalau nak buat tunjuk perasaan kasih dan sayang tak mengapa. Pada ibu bapa dan ahli keluarga. Jua haiwan peliharaan kesayangan anda.

| 12 Respons Terbuka ]

SDC13266 : Old is Gold.

SDC13266 : Old is Gold, Damascus

Captured from a fast moving bus.So, it's not perfect anyway to be shared. But, I love the colour

And I don't expect the colour to be so classic until I checked my harddisk just now.

SOOC (meaning: Straight Out Of the Camera)

Location: Damascus, Syria. The mountain at the back is Jabal Qasiyun or Mt. Qasiyoun, the setting of the first crime in humanity history, the killing of Qabil (Cain) by Habil (Abel).

There is also a cave in the mountain that is one of the caves to be believed where Seven Sleepers Cave (Ashabul Kahfi) story took place, despite of in one in Amman, Jordan and the other in Turkey.

Yes, there's a lot of classic car in Damascus and not to forget, old bicycle. And the building is something related to millitary (I don't remember what). And to be mention, the country have a great focus on military and defence system as it is located in the middle of war countries (Israel, Lebanon and Iraq).



Sumber: Flickr aku. Kopi-pasta 100 peratus.



tengok video ini kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan fakta di atas


Ok. Cubaan dalam fotojournalisma. Cukup. Ini entri orang dalam peperiksaan akhir semester. Ringkas dan padat. Ewah.

Ini sekadar pengumuman kepada pelajar-pelajar Malaysia di luar negara, terutama di Jordan. Tolong jangan bagitahu sesiapa sahaja, rakan anda, bukan berkewarganegaraan Malaysia, tentang runtuhnya Stadium Gong Badak di Terengganu. Nanti aku tak mengaku aku orang Malaysia dengan Arab. Haa, aku nak mengaku orang China pun boleh. Bukan dia tahu aku cakap bahasa apa.

Malulah nanti kau orang, lagi-lagi yang dah azali lagi duk di tanah orang, tapi, masih tak dapat nak menerima kelainan orang lain. Semua nak komplen. Kalau nak komplen kotor atau depa kuat hisap rokok ka, ok lah juga. Ini kalau komplen Arab suka basuh jalan dan depan kedai dia, suka menyanyi, haa, malulah kau kalau Arab tahu Stadium itu runtuh, kan?

Formula Matematik hari ini,

Keruntuhan Moral pemimpin dan kontraktor = Keruntuhan Sikap pekerja = Keruntuhan Stadium= Keruntuhan Maruah = *Harapnya* Keruntuhan Dalang yang buat kerja.



Tiba-tiba teringat masa kecil-kecil dulu main Lego dan Lacy. Lepas bina, rasa bosan, hancurkan. Herm.

Bai. Stadi.

| 7 Respons Terbuka ]

Esok lusa peperiksaan akhir. Jadi, bai!! Tengoklah kalau aku rajin dan gedik nak tambah mekap pada blog ini. Kutuk-kutuk Prof. A. Razak Mohaideen ka, kutuk artis-artis Malaysia ka, keji-keji orang yang bangang perhabis duit hantar SMS pada budak-budak AF sedang tiap-tiap hari berhutang makan roti canai mamak ka, apa namaaaaa, kutuk-kutuk Pak Seman jual topi sebab ambil untung lebih 10 sen dari orang lain ka?

Oh, memang aku nak kutuk sangat Prof A Razak Mohaideen tu bila aku buat hobi baru tonton movie. Dulu tak semangat sangat pasal aku kurang sikit tengok movie ni. Iyalah, itu cerita X-Men aku tengok marathon punya mantap dia punya aksi, punya hebat dia punya mesej. Dua hari aku terfikir pasal maksud dia, dan yang paling utama ialah RACISM.Bina jambatan di antaranya,hargai golongan bukan dari golongan kita. Dalam movie itu kita boleh tengok macam mana golongan ekstrimis merosakkan keadaan dan media menyesatkan. Macam-macam boleh kau fikir, bukan macam Mami Jarum, takpun Mami Jarum 2, nanti Mami Jarum 3, Mami Jarum 4, 5, 6, 7, 8, 9 sampai seribu. Eh, macam Sembilu lah pula kan ada banyak-banyak nombor, ya?

Ini belum bincang V for Vendetta lagi, 13 Conspiracy dan sebagainya. Belum pun cerita sebab X-Men dicipta oleh Stan Lee dan Jack Kirby. Sila gunakan kemudahan google. Eh, encik pengarah X-Men; Brett Ratner tak ada la pula Prof. pada nama depan dia.


meh, ini kelas menyanyi. lagu patriotik YM


Cerita lain; Aku nak tanya orang Melayu, kau orang tahu tak apa itu Melayu selain definisi yang diberitahu dalam BTN? Itupun kalau pergi BTN. Kalau tak, tak tahulah kan? Pfft, malulah kalau mengaku Melayu tapi tak tahu apa itu Melayu, bukan?

Nah, kaji isi web ini. Aku pun nak kawan dengan laman ini berbanding blog aku dari hari ini. http://www.sabrizain.org/malaya/

Dan juga, jangan lupa undi untuk Sipadan. Sia-sia jadi orang Malaysia kalau lupa kewajipan pada negara. Jangan asyik sibuk cakap mengundi pilihanraya orang politik saja, lagi-lagi yang belum cukup umur. Kalau spesis cakap berjuang untuk kebaikan dan keamanan negara dan keadilan blablabla tak undi, aku memang nak pukul. Sia-sia naik turun mahkamah dapat Sipadan kalau dipersia.

Klik http://www.votesipadan.com/


Hari ini tak ada gambar. On purpose. Bai.


| 27 Respons Terbuka ]

Perspective

Tak tipu. Aku tak pandai pilih tajuk yang panas-panas, bukan? Tajuk aku gunakan, mesti hambar. Lagi sedap kalau Abu Mahmood atau Saddam kedai Azharul Jannah (nama nak sedap) depan itu masak nasi kerabu. Pedulikan. Aku tengah rindu nasi kerabu, mungkin.

Aku ada abang. Dia ada adik. 4 orang. Aku adik dia. Hobi dia, suka tengok ke langit bila ada bunyi kenderaan bermotor di langit. Kapal terbang, bukan basikal. Dia memang tergila-gilakan dunia penerbangan. InsyaAllah, akhir tahun ini atau awal tahun depan, dia akan menjadi seorang juruterbang.

Bila kapal terbang lalu melintas ruang udara kepalanya, automatik kepalanya didongak ke atas. Dan, akan meneka kapal terbang model apa itu, dan keluaran apa kalau dia mampu berdasarkan bunyi enjin dan reka bentuk. Dia akan terus mendongak untuk masa yang lama. Kadang-kadang, rasa nak pukul pun ada, sebab baik dia patah tengkuk dipukul adik, dari patah tengkuk kerana dongak terlebih lama. Tipu sajalah, aku kan adik yang taat. Mana pernah marah abang. Eceh, bajet romantik.

Tapi, cara dia mendongak, memang aku respek. Dia sanggup bersakit tengkuk demi mendapatkan perspektif yang berbeza dari orang lain. Juga menghayati perspektif yang berlainan itu.

Jadi, dengan itu, aku pun meniru sikapnya, mendongak, menangkap gambar bumbung berlubang di masjid universiti aku. Apalah faedah buat benda ini pun aku tak pasti. Sakit tengkuk, itu pasti. Ada makna, mungkin sekali.

Lihatlah dunia ini dengan perspektif yang berbeza. Terutama lepasan SPM 08. Lebih-lebih lagi, yang tidak ada tujuan dan arah hidup. Ramai saja. Itulah kesan pendidikan berteraskan peperiksaan. Jangan ulangi kesilapan orang-orang yang terdahulu. Ceh, aku bagi nasihat. Diri sendiri pun entah kemana.

Richard L. Evans pernah berkata, "Too much pessimism has led too many men into making serious mistakes. And perhaps part of our pessimism comes because we are too close to ourselves to see in proper perspective."

Juga, Christopher Darlington Morley pernah berkata,"Humor is perhaps a sense of intellectual perspective: an awareness that some things are really important, others not; and that the two kinds are most oddly jumbled in everyday affairs." Macam yang aku selalu sebut. Kalau kau memang betul-betul nak berfikir, orang cakap merepek pun, kau akan dapat pengajaran. You'll think beyond, istilah generasi PPSMI macam aku. Kalau orang bagi ceramah 7,8 jam tanpa henti, kalau memang susah nak ambil positif, sampai bila takkan maju.

Memang, melihat dari perspektif yang positif, bukannya senang. Kalau dari sudut negatif, memang senang saja. Kau lihat jiran kau bawa kereta cantik, kau kata curi. Kau tengok Pak Cik Mat buat baik dengan Ali, kau kata dia sedang membodek Ali untuk puji dia depan Mak Cik Semah yang dia sudah lama tengok dari jauh (usha). Senang, bukan?

Macam itu juga dalam hidup. Memang berbaloi kalau kau tengok dari perspektif berbeza. Cuma, ia memang susah. Dan, aku berharap dapat melakukannya sepanjang masa juga. Apa? Orang kata, bila kau tengah hidup itu, berhenti sebentar, keluar dari hidup kau, tengok kembali segalanya.

Hrmph, memang bukan senang sesenang aku menaip ini. Aku hanya tahu menaip.

**********

Lepas ini, aku dah tak mahu ambil gambar sambil mendongak. Baik aku baring saja. Biar terkena kotoran, demi tak patah tengkuk. Ayat iklan apa? Daia? Harpic? Ah, lupa!



Perspective 2

Ad-Deir, Petra, Jordan
Lagi gambar pematah tengkuk-kau orang tahu ini di mana. Bukan?

At the mosque of JUST, Irbid, Jordan.
Gambar asal
(bro, aku pakai SAMSUNG L100 dan aku main snap saja. AF dia tak bagus. Selalu tak sharp. Nasib gambar ada makna aku letak sini.Kalau tak,...)



p/s:-cet, padahal, aku nak merepek saja. Tapi, tersilap taip panjang pula. Cet!
p/s:-Azam, nantilah, kalau sempat, aku siapkan tulisan aku berkenaan temuduga. Ini pun, tak sangka terlebih panjang.



| 12 Respons Terbuka ]

Sunset, anybody? Sillhoute at JUST, Irbid, Jordan.
Koleksi lama-lama. Awal-awal Semester 1. Aku selalu balik lambat. Jadi, dapatlah tangkap gambar bermakna ini. Lokasi: Jordan University of Science and Technology.

Human-made facing the God-made. JUST, Irbid, Jordan.

Sunset at JUST, Irbid, Jordan


Dua orang pelajar SMKA Falahiah masuk ke dewan makan dengan penuh teruja. Aku melihat saja, mereka memotong barisan. Alah, senioriti, di mana-mana saja wujud. Adat sekolah berasrama. Terus, mereka mengambil nasi di dalam periuk besar.

"Golgi Apparatus"

"Smooth Endoplasmic Reticulum", balas seorang lagi. Sambil menunjuk kesan kerak nasi yang berbentuk pelbagai pada dinding periuk nasi gergasi itu.

"Itulah perangai budak-budak ini, sekali tahu perkataan baru, sebulan diguna perkataan itu di semua tempat. Nanti tahu perkataan baru, ditukarnya pula," ulas kawan aku, konon-kononnya kritikan sosial dari pemikirannya yang matang. Tapi, aku rasa, hanyalah tidak puas hati kerana dipotong barisan.

Aku tengok dia. Tersenyum.

*****

Tolong, tolong dan tolong. Berhenti mempolitikkan setiap isu yang berlaku. Bodohnya manusia pabila menjadi taksub dalam sesuatu perkara, terus mengaplikasikan perkara itu pada setiap benda. Kau tahu tayar basikal, pabila bocor, boleh ditampal dengan plaster. Terus, hari kau dapat lesen lori, tayar lori yang kau pandu, juga bocor. Sebab kau bodoh, kau buat kaedah sama. Tanpa berfikir panjang. Konsep tetap sama, cuma pasti wujud beda.

Aku bosan. Melihat manusia bermusim. Macam pokok durian pun adalah, orang suruh boikot, boikot. Orang tak suruh, berhenti. Orang cakap pasal PPSMI, cakap. Orang tak cakap, dia tak tahu apa. Memanglah tujuan kempen untuk menghidupkan jiwa-jiwa yang mati sedemikian. Tapi, tolong senantiasa sedar. Aku juga manusia bermusim. Iman manusia turun naik. Apatah lagi dengan kesedaran. Di situ falsafahnya. Tapi, ini, mentang-mentang pihak pembangkang ada ramai yang membangkang, terus dibangkangnya juga PPSMI. Aku bukanlah menyokong PPSMI pun, tapi, sila buat keputusan yang tepat berdasarkan sebab yang tepat. "Right decision, for wrong reason, is wrong, too", kata-kata aku kutip dari dalam filem Pirates of Carribean : Jack Sparrow. Ok, jangan hanya tahu tengok movie saja lepas ini.

Memang Hishamuddin, Menteri Pelajaran itu, gaya bagai orang tak berpelajaran saja, mempolitikkan isu. Pak Lah sempoi saja. Tapi, kita janganlah bertindak balas melakukan perkara sama. Kepala yang kau sanjung kata "Hidu", hidulah engkau kakinya. Pabila kata "Jilat", jilatlah engkau tapak kakinya.

******

"Yalah. Betul tu, " balas aku. Pendek. Mengiakan kritikan yang kurang berfaedah, tapi penuh falsafah itu. Malas dilayan kawan aku itu. Nanti panjang lebar pula. Baik aku ambil makanan.

Betul. Practise makes perfect. Tapi, bila kau berlatih bukan pada tempatnya, masalah juga. Berlatihlah berpolitik pada tempatnya. Berlatihlah berpandangan dan menyokong pada masanya. Bukan isu bahasa yang menjadi medannya.

Medan ini bukan ruang latihan. Ia perlu akan sebenar-benar pejuang. Bukan berhelah politik, bang!

Jangan jadi Pak Pandir, atau lebih tepat, lembu yang dicucuk hidungnya!


| 4 Respons Terbuka ]

life. it's simple.
Miniaturk, Istanbul

Ini adalah artikel ke-100 aku
di dalam blog ini. Boleh dikira nombor bertuahlah, ya? Dan, sepatutnya, apa yang patut aku siarkan di sini, sesuatu yang sangat bermakna kepada aku lah, ya? Erm. Jangan kutuk aku kuno kerana suka nombor-nombor tertentu. Aku cuma anak muda yang masih punya cinta pada nombor-nombor dan rima-rima di dunia.

Aku punya kisah silam, kisah persekolahan. Kisah sistem pendidikan yang paradoks. Kisah tatabahasa dan PPSMI. Baiklah. Engkau jangan muntah sekejap lagi. Aku bukan mahu mengangkat diri. Cuma secebis realiti. Aku dan tatabahasa, nahu, grammar atau apalah ia, bukanlah sekufu. Tidak mungkin bersatu.

Cikgu Bahasa Melayu aku di Tingkatan 5, Cikgu Maznah Ibrahim, pernah sekali berkata kepada kelas, berkenaan karangan aku, "Hariz, karangan kamu bagus. Kamu punya isi dan hujah-hujah yang banyak dan bernas. Tapi, cuma satu perkara, kesalahan tatabahasa kamu terlalu banyak! Sama banyak dengan isi kamu. (mungkin lebih) Tak dapat cikgu nak bagi markah tinggi. Ish, kamu ni Harizzzz [trademark Cikgu Maznah. Maaf dan Terima kasih, Cikgu]".

Dan, itu adalah alasan terbaik jika engkau adalah guru Bahasa Melayu aku, dan tidak mahu memberikan markah tinggi pada aku. Sebab, tidak dapat dinafikan lagi kebenarannya.


********************************************


Dalam perjalanan aku ke Turkey, aku melihat television yang terpasang di dalam bas. Filem apa, aku tak pasti. Berkenaan apa, lagilah aku tak pasti. Manalah aku faham bahasa mereka. Sudah yang elok-elok bahasa Inggeris, dialih suara.

Namun, aku tidak melihatnya sesuatu yang negatif, bahkan positif pula. Mereka menggunakan kepakaran mereka di dalam bahasa lain untuk lebih memartabatkan bahasa mereka. Itulah mekanisma yang mereka cipta. Belajar rajin-rajin bahasa lain, nanti besar, ceduk ilmu dari bangsa lain. Terjemahkannya ke dalam bahasa kita. Perkembangkan ia. Movie, filem, terjemahkan juga.

Perkembangan kekuatan dan kemapanan bahasa berlaku. Bukannya semakin hari semakin teruk. Berbelas tahun dahulu, pemansuhan tulisan jawi oleh Khir Johari. Sekarang, wujud Manglish pula. Terus, merendah tarafkan bahasa Melayu dalam penyampaian ilmu. Ok, contohi Brunei. Esok lusa, anak-anak engkau tak tahu bercakap Melayu. Ingat, bahasa Melayu juga meluas penggunaannya. Nun, Afrika Selatan sana, ada juga keturunan kita.

Mengetahui banyak bahasa, bagus. Mencipta perpaduan. Aku juga sebolehnya mahu mengetahui lebih dari Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris. Masakan aku belajar Bahasa Turki, jika tidak? Aku bukanlah anti bahasa Inggeris. Tapi, warisan kita, amanah kita, penambah seri dunia, peningkat iman pada Yang Esa. Aku juga bukanlah bersikap rasis.

Tetapi, jika suara cendekiawan tidak dipeduli, apa puncanya? Jika menurut falsafah yang popular oleh Plato, "negara harus diperintah oleh ahli falsafah, kerana mereka cekap, terbaik dan berupaya menggubal undang-undang" ini sudah benar-benar kontraditikal (kontra yang kritikal. ). Bukan saja tidak memerintah, malah suaranya juga tidak didengar. Diberi layanan buruk pula. Ah, Pak Samad disembur gas pemedih mata.Eh, lagi satu, ada juga yang tidak ada ijazah. *Gelak*

Soal tender dan wang, aku serahkan pada pemblog yang lain. Soal menutup malu juga. Tapi, soal penulisan, ditambah dengan masalah remeh Manglish, agak-agak, 50 tahun lagi, bagaimanakah corak penulisan buku-buku di negara kita?


********************************************

Aku terduduk diam di meja aku yang betul-betul berhadapan dengan meja guru. Tersengih macam kera busuk, memujuk cikgu bagi markah lebih agaknya. Nasib baik saja mulut wangi dan gigi berkilat.

"Tak boleh, Hariz" kata Cikgu, tegas. Ah, apa boleh buat? Tahi kambing bulat. Ops, teruk sungguh lagu kanak-kanak.

Tapi, walau seteruk manapun susunan tatabahasa aku, aku tak akan biarkan warna-warni dunia musnah oleh aku. "Dosa paling teruk dilakukan ke atas penciptaan kita bukanlah membenci sesama kita, tetapi tidak menjadi berbeza kerana itu tidak wajar di dalam kemanusiaan", G.B Shaw.

Baiklah, Cikgu. Baiklah, G.B Shaw.


Erm, pada saat ini juga, aku teringat perbualan aku dengan Pak Cik Given, pensyarah di Melbourne, berketurunan Turki, berkampungkan Utara Iraq, di dalam bas ke Bulgaria. Katanya, "Saya berbincang dan mengutuk rakan Filipina saya, kamu tahu bukan sejarah kamu dahulunya Islam? Dia tahu. Tapi katanya, susah nak masuk Islam kembali. Gereja sangat kuat. Bukan senang mahu menukar agama. Kristian sangat tidak sesuai dengan orang mereka. Penjajah merosakkan bangsa mereka. Tapi, mereka bangga menjadi Kristian, dan nama Kristian mereka kerana mereka menganggap mereka setaraf dengan orang Eropah. Sangat memalukan."

Entahlah, kita orang Melayu. Bahasa Inggeris asalnya dari Anglo-Saxon. Dan, ada seorang rakyat Macedonia bertanya kepada aku, "Di Malaysia, mereka bercakap sejenis Bahasa Inggeris, bukan?".

Mesti roh-roh bekas penjajah yang berterbangan sekarang ini sedang bergelak tawa, kerana kita turut sama bergantung dengan roh-roh mereka yang tidak diterima langit dan bumi.

Fly away
Roh terbang.

Winning over


Eh, lagi satu, aku merupakan golongan pertama yang menjalani PPSMI. Dan, aku menulis bukan kerna aku pelajar yang gagal SPM kerana PPSMI. Sekian.


p/s:Benar, ianya merupakan artikel yang penting bagi aku. Ulangbilangan ke-100. Tapi, er,panjanglah pula. =.=!!

| 9 Respons Terbuka ]

Tadi, aku terpadam komen yang aku belum baca di dalam Gmail Beta aku. Nasib baik Gmail yang mantap ini punya sistem Undo, atau di dalam bahasa Melayunya, Undo juga. Ok, Undur. Tiba-tiba aku tersirap dan terfikir akan kata-kata pelakon utama di dalam filem "13 Going on 30" , Jeanna Rink, bila dia bertanya emaknya, "Mom, if you are given one more chance to go back at your past time, and correcting your mistake, and make right things in your life, what would you do?". Ha, aku tak perlu minta kebenaran dari Speaker dewan untuk menulis dalam Bahasa Inggeris, sebab ini blog aku. Hak aku. Salahkan Mahathir sebab dia memulakan PPSMI.

P1311508
Engkau orang nak jadi kecil semula, tak? Tapi, aku tak nak sebab budak ni perempuan kot. Pinkie. Noise banyak. Boo kamera Hady.

Sudah. Bagai di dalam filem Hollywood, aku baru saja usai membaca sajak dari Saifuddin di blognya. Berkenaan saintis yang mahu mencipta mesin masa untuk berjumpa Rasulullah, tapi malang saat terakhir hidupnya dia baru tahu untuk berjumpa Rasulullah, apa yang perlu dilakukan ialah berselawat. Huh, ironi sungguh. Paradoks.

Mesin masa menarik juga bagi aku. Tapi, malas aku tulis di sini. Nanti bosan pula kau orang baca. Untuk mengetahui lebih lanjut, aku cadang kau baca ini, ini, ini, ini (aku memang suka baca HowStuffWorks) dan ini (seperti biasa, rujuk Wikipedia). Juga buku Harun Yahya. Aku lupa tajuknya. Maaf.

reaching the sky [edited version]

reaching the sky [edited sepia version]

reaching the sky [b&w version-edit]
Agak-agak, kalau buat Sepia dan B&W, boleh ke wujudkan emosi silam? Dan, apa itu emosi silam? Fiuh.
[Erm, gambar sepia itulah gambar dekstop komputer aku, cuma Y dia bengkok macam yang paling atas. Eksklusif. Aku tak upload. Malas.
]


Entahlah, aku rasa, hidup di dunia realiti tidak semudah hidup di dunia siber. Bila kau buat silap, kau boleh Undo [undur]. Silap, undur. Silap, undur. Silap-silap undur. Kemudian, tersilap undur.

Hidup bukanlah semudah menekan tetikus komputer, tetapi, bukan bermakna kita perlu takut membuat kesilapan, bukan? Makes mistake is better than makes nothing. Ok, marah Mahathir.

Dan, berbalik kepada soalan Jeanna, maknya menjawab, "Jeanna, mak tahu dalam hidup, mak banyak buat kesilapan, tetapi mak tidak menyesalinya." "Kenapa?" "Kerana, bila mak membuat silap, mak belajar untuk melakukannya dengan betul." Sudah, kali ini terima kasih pada Mahathir sebab buat telinga aku peka bahasa Inggeris dan dapat menterjemahnya.

P2011645
Lokasi: Dolmabahce Palace, Istanbul. Maaf, nampak kaki orang. Tangkap sambil jalan saja.




p/s:Aku harap aku faham apa aku tulis.
p/s: Aku malas nak cop gambar. Cepat cakap terima kasih boleh gambar tak bercop.



| 4 Respons Terbuka ]

Modernisation and tradition

Tadi aku
bersembang dengan Ammar Rosli, kawan paling baik pernah aku ada, di Yahoo! Messenger. Lama tidak bersembang, dari isu solok lada dan nasi kerabu, yang aku sangapkan, hingga kepada isu industri pornografi yang digunakan oleh kerajaan untuk mengalih pandangan rakyat dari krisis negara, seperti US. Dan, tidak terlepas darinya, isu feminisme yang semakin mencuri publisiti negara kita. Ah, Amina Wadud tidak terlepas mencipta pengikut walau hanya dengan popular menerusi media (Tidak menafikan dia pernah berkunjung ke Malaysia).

Feminisme? Panjang sejarahnya, enggan aku bercerita di sini. Haji Google dan Datuk Wikipedia sedia membantu engkau jika engkau bukanlah golongan biblioholik. Aku jadi pening kepala bila melihat perempuan kurang solehah berbicara tentang keluarga Islam di peringkat antarabangsa, Musawah (tak pakai tudung kurang solehah atau memang tak solehah?). Baca ini, ini dan ini. . Aku jadi sakit mandibular process bila orang-orang sibuk mempertahankan pengkid. Baca ini. Aku jadi gatal bulu kaki baca sibuk nak dapat hak faraid yang sama dengan lelaki. Tak lupa mereka yang buat susah dan dajal pabila orang mahu mengadakan kempen tutup aurat, tapi senang jika buat Akademi Fantasial. Baca ini. Aiya, lu bikin ini kepala gwe pening maa. Susahlah sekejap lagi nak hafal Anatomy. Aiseh.

Tapi, kami muncul dengan idea baru, solusi terkini. Anda mahu tahu? Mari, siapa yang berminat, boleh tinggalkan nama di mana-mana ruang di blog ini untuk menyertai aku dan Ammar untuk mencipta gerakan Maskulinisma. Ya, bukan Kopi Radix tapi Maskulinisma.

Kita pejuangkan hak kesamarataan akan kouta pelajar lelaki di universiti. Kita paksa mereka gubal undang-undang membaiki kereta dan motosikal bukan hanya terhad kepada lelaki saja. Kita paksa perempuan wajib untuk membaiki juga. Perempuan wajib beri nafkah untuk keluarga. Sebagaimana wajibnya lelaki. Tutup kisah dan kes terpencil. Perempuan wajib memandu paling kurang 5 jam setiap kali perjalanan jauh di Malaysia. Jangan biarkan suami memandu sendirian. Kita wajibkan perempuan angkat set sofa masuk ke dalam rumah sendirian pabila berpindah rumah. Macam mana? Ada apa-apa lagi cadangan? Boleh tinggalkan di dalam ruangan komen. \


Hah, Shahrizat Jalil, Zainah Anwar, nak?



pinkie small child
"Saya nak join gerakan abang, boleh?" tanya adik di atas ini.
"Aik, pinkie-pinkie pun join gerakan maskulinisme juga?"





p/s:mesti laki deme tak bagi nafkah betoi-betoi , sebab tu depa duk sibuk bising minta nafkah dengan media, betoi dak?

| 0 Respons Terbuka ]

An Old Folk at Petra, Jordan.

Semalam, aku duduk bersimpuh melayan rakan yang punya masalah kesihatan. Orang sakit, bukan fisiologikal sahaja yang terganggu. Malah, psikologikal juga. Menurut Ibn Sina, ubat tidak berguna jika badan tidak mahu melawan penyakit itu. Lebih kuranglah. Aku bukan doktor. Tapi, sekadar berharap dapat membebaskan kesakitan
psikologikalnya agar terlerai sakit fizikal.

Sambil bersembang, terus aku teringat kata-kata Ibu aku.

"Ibu suka pergi ke hospital. Sebab, walau sakit setakat manapun Ibu, Ibu akan rasa bersyukur melihat lagi ramai orang lagi sakit dari Ibu dan Ibu rasa sakit Ibu tak teruk manalah pun."

Erm. Terima kasih Ibu. Terima kasih Tuhan.




p/s: gambar lama-lama memang aku tak cop
dan aku suka baca blog Saifuddin Amran ni. Jom baca!

| 6 Respons Terbuka ]


A cat at Petra, Jordan
Kucing di atas atas bukit di Kota Purba Petra, Jordan [Gambar Jelajah Selatan Jordan]

Ahli rumah saya suka membincangkan pelbagai isu semasa dan tidak semasa. Brainstorming kata orang putih. Menjana minda, bukan? Tapi, masalahnya, kadang-kadang, aktiviti ini berlarutan sehingga menjadi-jadi. Elok-elok berbincang mengenai bakal Presiden Mozambique, boleh melarat kepada jenis tapak kasut yang bagus.Begitu sekali. Alah, biasalah, bukan?

Namun, kadang-kadang, ada bagusnya juga meleret-leret. Menjadikan minda dan fikiran lebih matang dan versatil. Perkara ini berterusan termasuklah pada suatu hari, rakan serumah saya membincangkan dengan panas sekali isu ayam Jordan yang selalu kami beli di Duwar Nasim [Roundbout Nasim].

Kata Mursyid, dia pelik melihat orang Arab dengan selamba sahaja meletakkan ayam itu di atas meja. Terus, memegang ayam itu dengan tenang, lantas menyembelihnya dihadapan rakan-rakan seayam yang lain. Dan, rakan-rakan ayam lain tidak terbang atau lari pun.


"Dah nak buat macam mana, ayam itu tahu yang dia diberi makan, dibesarkan oleh tuannya. Bila tuannya mahu menyembelihnya, dia terima sajalah."


Bunyinya agak kelakar. Tapi, membuatkan saya terdetak. Alangkah bagusnya semua manusia termasuk saya mempunyai sikap sebegini kepada Pencipta [Rabb].

In a Cave Museum at Petra
Azri di dalam salah sebuah Muzium Gua di Kota Purba Petra. Dinding yang berwarna-warni itu adalah warna batu semulajadi hasil aktiviti "Pembentukan Batu [Rock Formation]" yang menakjubkan.


//Dalam bahasa Arab, Rabb juga bermaksud penjaga, tuan

| 3 Respons Terbuka ]

Bottles at White Studio
Botol-botol peribadi kegemaran di rumah. Eh, yang lebih penting, White Studio beb. Haha.


Agak lama tidak berblog. Hah, lama lah sangat. Tak mengapa, saya mahu buat satu post juga. Maaflah, saya tak berminat untuk menjadi profound tika musim peperiksaan ini, walaupun saya sanggup menonton movie di malam peperiksaan Bahasa Inggeris, menonton video klip lagu-lagu bahasa German dan Spanish, juga lagu kebangsaan negara Qatar di malam peperiksaan Kimia. Oh, juga belajar bahasa German dengan begitu banyak sekali pada malam tersebut. Tak lupa Wikitravel.org, bahan bacaan saya yang tidak akan ditinggalkan.Maafkan saya jika artikel di bawah ini yang pada mulanya ingin disajikan di dalam bentuk santai menyentuh isu sensitif.

Entahlah, saya tak pasti mengapa, saya mahu menulis sesuatu tentang "Jakun". Tadi, saya baca Wikipedia, tentang Jakun. Rujuk sini. Ya, jangan persoal kenapa saya baca. Saya dan wikipedia adalah tiada apa-apa pertalian. Saya cuma jatuh hati pada ia. Tapi, persoal apa yang saya baca dan apa yang saya fikir. Persetankan semua itu, mahu saya tanya kamu, apa yang kamu fikir tentang Jakun?

Mari, saya quote sedikit ulasan Wikipedia tentang Jakun.

"A Jakun man or woman has a round head, a flat face with a square lower jaw, a thick, short nose with wide, open nostrils, high and well-marked cheekbones, a blue-black hair color, black eyes, and scanty beard. All of these attributes are typical of tropical Asians"

Seperti kamu? Ah, kalau sama, sila mengaku anda Jakun sekarang. Oh, kalau tak mahu, saya tak kisah. Apa yang saya kisahkan di sini ialah betapa kita marah apabila dikatakan orang Melayu bodoh, orang Melayu malas, orang Melayu bangang dan sebagainya. Lagi-lagi, kalau yang mengatakannya itu, bangsa lain, Cina dan India terutamanya. Rasis kata kita. Tapi, kenapa kita tidak terasa sedikit terdetik pun bersalah dan rasis menggunakan perkataan "Jakun" kepada mereka yang terkinja-kinja berenang di dalam tasik KLCC? Ataupun mereka yang melompat-lompat betak [maaf pencinta bahasa, ini adalah gabungan; "beruk+katak"] melihat gambar Mawi tidur? Nasib baik mereka berada jauh di pedalaman dan tidak berminat untuk masuk mahkamah seperti Lisdawati dan Rita Rudaini.

Dan, pernah sekali kawan saya berbangsa Cina, ada menyuarakan ketidakpuasan hatinya dan mempersoal akan istilah "Cina Buta". Mahu tahu sejarah nama Cina Buta? Google lah sendiri. Sila berusaha lebih sedikit. Yang pasti, saya respek kawan saya itu kerana kefasihannya bercakap Melayu lebih Melayu dari Melayu SpaQ.





//Oh, sedikit nota kata-kata hikmat, dari rakan saya Anas Faris. Dia pernah menyebut, usah malu dan takut akan pandangan orang di khalayak, kerana kita hanya berjumpa dengan mereka sekali saja. Kalau sekali lagi pun, bukannya mereka ingat akan kita. Maaf, saya malas susun kata-kata ini dengan indah kerana agak sukar. Dan, dia menyebut kata-kata ini selepas dua peristiwa yang agak memalukan di Putrajaya, 2 tahun lalu kan, Anas? Heh, dan saya pegang kata-kata itu sampai sekarang.Eh, saya tak akan menceritakannya di sini. Usah tanya. Pasti tak dijawab.

| 8 Respons Terbuka ]



Pertamanya, post ini sememangnya lambat. Saya tahu itu. Mungkin saya lambat dalam mengejar arus perubahan masa dan isu-isu hangat yang sentiasa bergerak pantas, seiring dengan masa. Tapi, tak mengapa saya kira. Kerna, selalunya, kita lupa dan alpa akan isu di balik isu tersebut. Kita lupa isi di balik perkara tersebut. Makud tersirat adalah lebih penting dari maksud tersurat. Begitulah yang selalunya berlaku.

Hari ini, walaupun lambat dari yang lain, saya tetap akan menyanjung Muntadar Al-Zaidi. Saya tetap akan memberi tabik spring kepadanya. Berani. Walaupun lambat, saya tetap akan mencatatkan sanjungan saya kepadanya.

Baling kasut sama itu Si Samak, eh Semak [Istilah versi Bahasa Melayu]. Berani. Cekal dan sanggup menunjukkan penentangan kepada Bushuknyer bau dia walaupun sedar akibat mendatang. Walaupun tahu, padah yang dihadapan.




Penentangannya adalah simbolik kepada penentangan oleh generasi muda, wartawan dan seluruh umat manusia. Walaupun balingan tersebut dipersendakan oleh Bush, "Oh, the fact is it is size 10" ataupun apa-apalah, tapi, ianya membangkitkan orang yang berdengkur Kroh, kroh, kroh.

Dan saya tahu, ramai yang telah girang gembira bermain baling-baling kasut kepada Bush di dalam Syok dan Aww [Sock and Awe versi Haq yang buat benda sesuka hati dia]. Bagus. Tambah hit kasut yang tercatat diterima oleh Bush. Tunjukkan juga ketidak sukaan hati kita. Bukan hanya menganggap ia sebagai, "Oh, game itu. Aku tau!"

Muntadar kini dilaporkan berada di dalam penjara dan dibantai hebat oleh anjing-anjing bersut cantik boneka-sanggup pihak tali barut Amerika. Dilaporkan patah rusuk dan berdarah bahagian dalaman.

Jadi, sama-samalah kita menandatangani petition untuk melepaskan Muntadar Al-Zaidi dari penjara dan dari kezaliman anjing yang tahu makan nasi dan ayam goreng. Tambahkan undian, semoga Muntadar Al-Zaidi dilepaskan.

Klik pada imej di bawah untuk mengundi.






| 6 Respons Terbuka ]

Ada sesetengah orang, akan melihat rekabentuk kasut dahulu ketika memilih.
Ada sesetengah orang, akan terus menyarungkannya di kaki, merasai kelembutan pelapik kasut tersebut.


Ada sesetengah orang, bila kasut itu dah cantik dan terkenal, sakit tumit telah disembuhkan oleh perasaan mahu bergaya.
Ada sesetengah orang, bila rasa dah selesa, kutuk keji
orang buruknya kasut telah terhalang dari memasuki telinga oleh keselesaan tumit memijak.


Ada sesetengah negara, akan hanya mencipta nama dengan gah di persada antarabangsa.
Ada sesetengah negara, akan hanya memberi rakyat makan.


Ada sesetengah negara, bila nama dah setanding BOSS harumnya, buruk isinya pun tak mengapa. Berkulat ulasnya tak kisah.
Ada sesetengah negara, bila rakyat guna wang kertas untuk menggantikan sapu tangan, nama berada di dalam bilik gelap pun, tiada peduli.


Ada sesetengah kumpulan,....


Harap-harapnya tak terjadi ya di Malaysia..

| 0 Respons Terbuka ]

Duit royalti minyak dikembalikan kepada Terengganu. Klinik Ibu dan anak bernilai RM 115 juta dibina. Wah, hebat. Hebat betullah. Segala-galanya akan diperolehi oleh Terengganu sumbangan pihak-pihak tertentu.

Tapi, saya rasa, sudah tentu Amerika, England, Jepun, Perancis dan segala negara kuasa besar akan terlongo mulut terbuka-sampai-masuk-lalat dan akan melihat Malaysia sebagai sebuah negara maju dan kuasa besar dengan hanya menggigit kuku sekiranya perkara-perkara ini berterusan, bukan? [Tempat aku tinggal ni memang tak boleh ditulis dan masuk catatan. Kalau mahu masuk juga, tunggu 50 tahun lagi untuk senarai pada hari ini]

Waktu pra-pilihanraya, semua kemewahan akan dikecapi rakyat. Pasca-pilihanraya? Harapan. Sudah tentu pilihanraya setahun setengah sekali pasti bakal menjanjikan kebahagiaan buat rakyat, bukan?

| 8 Respons Terbuka ]

Sempena dengan cuti Hari Raya Aidiladha, saya cuba memanfaatkan masa yang ada dengan sebaik-baiknya.

Oleh itu, saya cuba melakukan apa yang telah lama saya tidak lakukan.

Cuba teka.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebelum anda menjawab, baik saya jawab.

Memuaskan diri dengan hobi lama, iaitu bermain FIFA World Cup 2006. Dan, saya baru sahaja menamatkan permainan secara rali panjang ini. Baiklah, sila berhenti menggelakkan saya dengan mengatakan saya kolot dan ketinggalan zaman. Anda pasti akan terkejut dan berhenti menggelakkan saya jika saya katakan, "Ouh, dem!". Setelah lama bakat semulajadi tidak diasah dan ditinggalkan begitu sahaja, tahap professional itu saya dapat rasakan amat sukar untuk menang. Hah, terkejut bukan? Sila tutup mulut ketika terkejut. Harap maklum.


Benar, saya tidak pernah dapat menggugat kedudukan Muhammad bin Jaafar [oh mad, aku capabkan ko] [dan juga abang saya] dalam permainan ini, tetapi, adalah silap kamu mencabar saya. [Baca;dulu-dulu].


Kini, barulah saya dapat rasakan apa yang selama ini dirasai oleh Jurulatih-jurulatih skuad Bola Sepak Malaysia. Huh! geleng-geleng kepala masih tidak percaya akan kemampuan diri pada ketika ini dan berazam untuk mengalahkan Juara Dunia PC Game EA Sport Fifa World Cup 2006.

| 9 Respons Terbuka ]

Post ini adalah lanjutan daripada post yang lepas. Atau lebih tepat saya katakan, post yang lepas adalah muqaddimah post ini. Post yang lepas dalam bahasa tersirat, post yang ini dalam bahasa tersurat. Tahniah kepada Dr Prastanta kerana dapat menangkap apa yang ingin saya sampaikan.

Saya tahu, ramai yang terkejut akan tulisan saya yang lepas itu dengan tidak menyangka saya akan menulis sesuatu yang seperti itu walaupun ramai yang tahu saya mampu. Benar, mampu tidak semestinya mahu. Cik Dojot turut merungut dengan mengatakan luruhnya istilah kool itu dari saya atas sebab menulis post yang lepas. Saya tahu. Saya telah sedar akan hakikat realiti itu sebelum menulisnya lagi. Tetapi, kadang-kadang ada sesetengah perkara akan menyebabkan runtuhnya tembok penyekat kepada tindak-tanduk kita. Contohnya, kerana naik harga rumah, ada yang sanggup berbogel. Mungkin mereka berniat untuk menjadi seperti nenek moyang Charles Darwin agaknya supaya pihak itu melepaskan bebanan sewa yang tinggi atas dasar kurangnya kewarasan. Oh, maaf, saya tidak sepatutnya menulis sesuatu yang panas di laman ini. Pis. :)


Begitu juga dengan saya [ayat karangan budak sekolah rendah.uh!]. Sebenarnya, saya naik muak dan mual hampir-hampir mahu muntah melihatkan golongan radikal dan ekstrim ini menyembah ideologi mereka. Semuanya bermula dari program MARA yang saya hadiri dahulu untuk pelajar-pelajar yang bakal dibuang negara. [Mungkin saya akan menceritakannya di post hadapan. Kita tutup dahulu mengenai program MARA itu di sini.]


Saya ada rakan bernama Thomas, Ameer Bellaoum, Raj, dan Ying Fet. Saya juga rapat dengan mereka ini. Saya bangga menjadi Melayu dan Muslim. Bezakan bangga dengan takabbur, riak dan juga merasakan bangsanya sahaja yang bagus.

Saya berasa sungguh jelik sebenarnya dengan istilah-istilah tiada jati diri dan terogolnya maruah seperti "aku murtad dari Melayu", "ah, Melayu memang begitu", "oih, apa sibuk duk cakap pasal Melayu nih?" . Konon-kononnya, rasis pabila bercerita mengenai Melayu. Yang rasis itu satu hal. Yang ketuanan Melayu itu satu hal. Saya di sini bukan mahu membincangkan mengenai politik. Tetapi, jeleknya kita pabila mengutuk bangsa sendiri dan menyembah bangsa lain secara tak hengat. Mahu terjajah sekali lagikah? Konon-konon bangsa kita itu, ini, sana, sini. Yang itu buruk, yang ini dangkal. Tetapi, bagaimana pula dengan jati diri? Enggan dipersoal?

Wahai mereka yang lupa asal-usul dan daratan, sedarlah diri itu sikit. Kalau yang bercakap mengenai bangsa secara rasis, kita boikot. Kita tentang. Jangan terima. Mana boleh begitu. Tetapi, adakah kita tidak menerima perkara-perkara sedemikian sehingga taraf kita alergik pabila menyebut nama bangsa kita? Konon-kononnya, kita harus menjadi universal dan mengetepikan sempadan bangsa. Allah tidak mengira umat itu bangsa apa. Didalam skema kemuliaan seorang hamba di sisiNya tidak ada markah untuk bangsa, yang ada hanyalah taqwa semata-mata. Benar, adik, kakak.

Tetapi, bagaimana pula dengan ayat alQuran,

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
[Al-Hujurat:13]

Bercakap mengenai kaum dan bangsa tidak ada salahnya. Ianya hanyalah bercakap mengenai sesebuah lingkungan manusia. Sama seperti seseorang bapa bercakap dengan anak-anaknya mengenai keluarga mereka. Sama seperti pengetua sesebuah sekolah bercakap mengenai sekolah mereka. Sama seperti kamu bercerita mengenai taman perumahan kamu dengan jiran tetangga. Sama sahaja! Yang akan menjadi salahnya apabila kenyataan-kenyataan itu berbaur perkauman. Bezakan kenyataan perkauman dengan bercakap mengenai kaum! Kalau kamu sendiri yang alergik mendengar nama kaum dan bangsa kamu disebut, sesungguhnya, kamu telah memiliki sepasang telinga yang sangat rasis. Dan juga, tak sedar diri!

Telinga rosak. Kena cakap rapat-rapat.

Saya berasa loya anak mata melihat golongan yang konon-konon sedar akan kelemahan bangsa kita, tetapi hanya mengutuk sahaja. Nah golongan tidak produktif dan juga reproduktif, kamu semua hanya menambah kelemahan bangsa kita sahaja, iaitu, suka mengutuk bangsa sendiri tanpa membina ke arah positif. Ludahlah, ludahlah ke langit, air liur itu akan jatuh ke atas muka dan masuk balik ke dalam kerongkong kamu kalau kamu bernasib baik. Kalau kurang bernasib baik, akan masuk melalui hidung, mata, kena rambut dan telinga. Oh, maafkan saya, bukan bangsa kita, tetapi golongan kamu semua.

Adalah sangat bagus menegur dan menampung kelemahan yang terdedah, tetapi bukanlah dengan cara mendedahkan lagi kelemahan dan menambahkan kebencian terhadap asal-usul sendiri sambil menutup mata menyembah bangsa dan kaum lain. Atas dasar perkara inilah wujudnya istilah,

"Jauh perjalanan, luas pandangan."


Pandangan, bukannya pemandangan. Pandangan maksudnya lebih luas, melingkupi pandangan mata ke arah pemandangan, dan juga pandangan minda dan akal akan sesuatu perkara.


Kamu mahu sama bukan? Nah ambil kamu. Mereka ini bukannya meminta untuk menjadi Syndrome Down, tetapi kamu adalah bodoh kerana mahu menjadi pesakit Syndrome Down. [bukan menyerang pesakit syndrome down yang sebenar]

Sesungguhnya, perbezaan itu bukanlah sesuatu yang buruk. Ianya menambah warna-warni di dalam kehidupan kita selaku umat manusia. Alangkah cantiknya pelangi kerana warna-warninya. Adakah kita akan kagum apabila warna-warni itu garisan putih dan hitam sahaja? Saya rasa anak-anak kecil tidak akan terlompat keterujaan melihat garisan di langit yang hambar warnanya. Dan, sesungguhnya, warna-warni itu tidak akan wujud dan tidak dapat dilihat jika kita menjadikannya "Gray Scale" menggunakan Adobe Photoshop. Ianya akan kelihatan sama sahaja. Hilanglah keindahan warna-warni itu jika kita semua mahu menjadi satu bangsa sahaja. Lagilah busuk baunya jika kemerdekaan fizikal tidak sekata dengan kemerdekaan mental. Orang-orang dahulu sibuk menghalau penjajah dari Tanah Air, orang sekarang sibuk memanggil penjajah ke dalam otak.



Namun, dalam meraikan warna-warni, tidak juga saya nafikan, kita seharusnya berlaku adil dan menitikberatkan nilai-nilai universal. Keadilan, kesaksamaan dan juga tiada rasa iri hati dan kebencian terhadap bangsa lain. Begitupun, apa yang selalunya berlaku di dalam masyarakat kita, yang kononnya menyayangi bangsa dan ada jati diri cenderung untuk mencemuh bangsa-bangsa lain dan mewujudkan jurang kaum dan bangsa sedalam Jurang Mariana atau sebutan tradisionalnya sikap perkauman. Mereka akan menjadi ego dan sibuk berperang kononnya mempertahankan jati diri sebagai ahli sesebuah kaum dan pembawa darah dan genetik bangsanya. Ini sebenarnya barah di dalam masyarakat yang berbilang bangsa, tetapi, saya tidak akan menghurai lanjut perkara ini kerana saya jamin anda semua sudah maklum dengan perkara ini.

Hargai bangsa kita. Hargai masyarakat universal. Barulah kita dapat melihat Bellaoum unik berjubah, Ah Lin cantik bercheongsam, Muthu segak berkurta, Hariz kacak berbaju melayu [ops!] dan semua sekali beramah mesra tanpa hasad dengki. Sesungguhnya, kehidupan berbilang kaum akan menjadi lebih indah sekiranya kita ada jati diri dan menghargai bangsa lain. Semua bangsa ada kelemahan dan kelebihan masing-masing.

"The worst sin towards our fellow creatures is not to hate them,
but to be indifferent to them that's the essence of inhumanity."
G.B. Shaw


Sesungguhnya, bersederhanalah ada perkara yang terbaik dalam setiap sesuatu.

Kita teguhkan persamaan, kita raikan perbezaan, kenali diri, hargai alami.

| 15 Respons Terbuka ]

Puisi aku yang tak best ni aku tulis atas dasar kejelikan aku melihat pergaduhan ideologi manusia yang ego tanpa henti-henti. Ya, pada dasarnya, aku memang tak minat nak menulis benda-benda macam ni. Tak cool untuk seorang H2, kata aku. Tapi, kejelikan aku menutup pintu-pintu fikiran aku kepada benda-benda tak cool dan membuka jalan kepada jari-jari aku untuk terus bergerak di atas papan kibod melontar pandangan aku terhadap norma masyarakat ekstremis yang egois yang tak berhenti-henti berperang dengan ideologi mereka. Maaf. Puisi aku ni tak sedap pada literalnya baik lenggok bahasanya. Namun, aku tak peduli. Yang penting, aku tahu aku ada mesej.


Apakah sebenarnya warna pelangi?
Birukah?
Hijaukah?
Merahkah?
Indigokah?
Jinggakah?
Hijaukah?
Atau hitam dan putih sahajakah?
Apakah?

Apakah sebenarnya warna pelangi?
Pandangan mata berkata,
tujuh warna kesemuanya,
indah nian tatapan mata,
sungguh takjub pada yang Pencipta,
indah sungguh indah,
ya, tujuh warnanya,
kamu nampak,
aku nampak

Apakah sebenarnya warna pelangi?
hitam dan putihkah?
putih wahai pelajar-pelajarku,
kata sang Profesor yang buta,
semua itu adalah pecahan dari warna putih,
dan bercantum akan menjadi putih,
Profesor itu ilmunya seluas langit,
yang menjadi padang pelangi,
tulisannya hebat,
sehebat pemandangan pelangi

Apakah sebenarnya warna pelangi?
Tika saat anak kecil memuji,
indahnya pelangi,
bersungguh-sungguh berkata semuanya ada tujuh warna,
tiba-tiba,
datang sang Profesor buta tetapi hebat itu,
datang memarahi,
Ah, pelangi itu putih sebenarnya!

Apakah warna pelangi sebenarnya?
Anak kecil yang cetek ilmunya itu,
menengking,
Wahai Orang Tua yang buta,
apa kamu tahu?
Profesor itu memegang kepala anak kecil,
sambil berkata,
Wahai anak kecil,
Jangan kamu degil,
Aku ini tinggi ilmunya,
Pelangi itu putih asalnya,
dan akan menjadi putih akhirnya.

Apakah warna pelangi sebenarnya?
Berwarna warni ceria,
atau putih suci sahaja?
Yang manakah lebih sesuai,
untuk diberikan kepada Sang Pelangi yang indah itu,
baik pada pandangan mata kasar,
dan juga pada pandangan akal pintar,
pada rupa asalnya,
dan juga proses pembentukannya?

Apakah warna pelangi sebenarnya?
Engkau nilailah sendiri!



| 6 Respons Terbuka ]


Sudah lama gler bangkong telah tidak saya sapu habuk-habuk dan debu di laman ini. Maafkan,ya.

Khas buat calon-calon peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia 2008 terutamanya bagi pelajar-pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah dan tak lupa juga SMKA Falahiah. [saya di sini bukan menjadi Schoolastic, jauh sekali Suka-Lastik-Melastik cuma ianya hanyalah tidak lebih dari patriotik terhadap bekas alma mater yang banyak berbudi kepada saya.]

Teruskan berusaha demi mencapai kejayaan di dalam peperiksaan yang anda bakal hadapi ini. Sesungguhnya, ini juga merupakan satu medan perjuangan yang perlu ditempuhi. Perlulah diingat, Nabi S.A.W me"reserve"kan pemuda-pemuda untuk menuntut ilmu ketika yang lain berada di medan jihad. Semoga berjaya, Goodluck dan bittaufiq wannajah. [sama je maksudnya, saja je gedik nak tulih banyak-banyak].Ingatlah, perjuangan di medan juang ilmu juga adalah perjuangan yang besar dan penting [walupon aku jarang2 study dan hampeh je peksa kan, tapi betullah tu ape aku tulis tuh, kan?]

Tetapi, haruslah diingat, yang kejayaan ini bukanlah bererti kejayaan selama-lamanya. Kejayaan dalam hidup pun bukannya ditentukan oleh slip SPM anda, bahkan kejayaan pada hidup nun di sana.

Memetik kata-kata Rich Dad Robert Kiyosaki di dalam buku Rich Dad Poor Dad [ok Mirul,tq untuk buku itu],

"School is very good and important in our society, but it just train people to be a good employee not a good employer"

Oh ya, ini bukanlah serangan ke atas institusi pendidikan, tetapi hanya sebagai ingatan kepada pelajar-pelajar di luar sana supaya janganlah terlampau berkisarkan kepada peperiksaan semata-mata dan jangan hanya menjadikan bilangan A sebagai kayu ukur pertama anda terhadap orang lain [juga taraf ketampanan].

Tidak semestinya anda berjaya menjadi pelajar paling ulung di alam semesta ini anda akan berjaya di dalam hidup. Perlu diingat,

"A smart people hire an intelligent people".

Oh, malang sekali jika akal yang dahsyat itu hanya dipergunakan oleh orang dan dijadikan seperti lembu, ditarik ke sana ke mari, ataupun lebih dari itu kerna mereka ini ibarat mesin vending air tin, dimasukkan duit, tekan sana, tekan sini, disuruh berfikir, keluar hasil, dan tamat.

Bukanlah saya mengutuk golongan cendikiawan ini, kerna saya akui mereka inilah yang banyak membawa kebaikan kepada dunia hari ini, dan Islam itu sendiri meninggikan budaya ilmu. Tetapi pernahkah anda menonton siri Honey, I Shrunk The Kid, Prof ape tah tuh yang nerd dan selalu dibuli. Mahukah anda yang bijak pandai ini menjadi seperti mereka? Telan buku, hadam-hadam, jadi mangsa buli. Janganlah anda menjadi ulat buku yang nerd. Oh, tidak. Janganlah. Naudzubillahi min zalik.

Ambillah pesanan dan nasihat ini, walaupun ianya diberikan oleh seorang budak yang tak pandai dan tak power langsung, juga yang result SPMnya tak power langsung kerna ingatlah apa yang Saidina Ali kata,

"Jangan dilihat siapa yang berkata-kata, tetapi lihatlah apa yang dikata"


Akhir kata, SEMOGA BERJAYA!!!


//sori tersilap panjang.

| 0 Respons Terbuka ]


Aku surfing internet. Aku jumpa benda dah lapuk. Tapi, aku rasa evergreen kot. Ghope-ghopenya,

Daddy Pinku "Sayang" dah ada blog...
maju betul orang tua ngokngek nih...
Jom Sama-sama kita "mengimarahkan" "Wilayah Maya" Kerajaan Langit nih...

http://www.theskykingdom.blogspot.com/





dan, ini satu lobang tikus untuk kamu kamu menunjukkan rasa "kechenta'an" kamu terhadap Pak Cik Pin kita nih...

Kami "Sayang" Ayah Pin!!!




Buat Daddy Pein [gler glamour nama]; kamu ni ngokngek dan nakal lah...shhh...duk senyap2..kubur tengah panggil kamu tuh.Kamu bising, macammana mahu dengar kubur panggil.




Nota catatan aku; Bo**h betul s**l siapa yang buat blog ni. Takde keje. Sedih aku. Mungkin ni la salah satu kesan buruk menganggur. Mereka yang sentiasa direjek ketika membuat appealing untuk kerja akan buat benda2 bodoh macam ni, atau lebih tepat, kamu sahaja moderator blog Kerajaan Bayangan Terapung [Kerajaan Langit]. What the heck are you talking for the behalf of that sucking old folk, huh? You'd better get off and seat back in your kindergarten's chair and listen to your teacher. Ini tak, mahu juga buat benda-benda yang meng"harum"kan nama sendiri. Oh ya, lupa pula abang yang kamu ni, masih lagi bodoh2 kerbau. Adik, shhhh!!!! Duk diam2 kat umah dan jangan nakal-nakal tau!

| 7 Respons Terbuka ]

Maaf, intonasi artikel kali ini tidak seharmoni artikel2 sebelumnya.

Mmmm...



Aku sebenarnya dah lama nak tulis pasal bendalah ni. Sejak dari dalam perut mak aku lagi. Tapi, aku pun tak tahulah apsal setiap kali komputer bukak, memori niat aku pasal benda ni tutup sampai ke hari ini. Mungkin kalau aku nak bercerita pasal benda ni, mungkin dah basi kot, dah tak laku macam pencuci tandas Mak Cik Gelabah dah kot. [ngeh3x~] Tapi, tak kesahlah. Masa bagi aku tak penting dalam perkara2 seperti ini, sebab benda ni universal dan trans-masa.



Apa yang aku membebel ni sebenarnya berkenaan dengan iklan Berita Harian . Aku pun naik hairan hari-hari tengok iklan yang langsung tak mengembangkan minda ni. Pelik. Peliknya sampai aku dah guna istilah "aku", yang aku dah lama tak guna untuk blog ini [kecuali bagi format kata ajuk] Bukan apa, aku sebenarnya naik pelik bila tengok part kedua, mamat penghantar paper tuh baling surat khabar tuh ke dalam pagar rumah. Selamba pulak, makcik yang sikit lagi dah nak habis umur tu jawab,

"Alaaa, zaman dah berubah, dunia dah maju"

Seolah-olah membenarkan dan mengiakan perlakuan yang makin ganas dan tak sopan begitu. Pelik sungguh. Pelik amat. Tapi, yang lagi peliknya, apabila dia menyamatarafkan kata-kata membenarkan kelakuan tak sopan itu dan kepenolakan kepada makanan tradisional [yang ini, takde lah seteruk pengiktirafannya kepada yang di atas tadi] dengan pembaharuan surat khabar mereka melalui persamaan 'illah "alaaa, zaman dah berubah, dunia dah maju".

Bersifat kasar itu ok = Alaaa, zaman dah berubah, dunia dah maju = Kehenseman surat khabar Berita Harian yang baru.


jadi, secara matematiknya,

Bersifat kasar [yg secara konfemnya ditolak oleh budaya kita]=Pembaharuan surat khabar???

Aih, aku bukan apalah, bukannya reti sangat bab2 iklan nih. Tak payah nak kata nak buat iklan yang boleh masuk tv, jenis kamera apa yang diorang pakai pun, aku tak tahu. Haih, tak retilah aku benda2 camni. Tapi, aku lagi tak reti nak paham apabila diorang buat iklan sejengkel camtu.

Benda simple macam tu pun tarak buleh pikir ka? Aku bukan ape, bukanlah nak kata aku ni sopan santun ke berbudi pekerti ke. Jauh tong gas dari langit. Tapi, benda dah lah masuk tv, satu Malaya tengok, bukannya Ahpek Yus [sori, Yus] yang buat iklan ni. Ini Berita Harian, yang sampai aku selama ni tak pernah panggil Berita Hairan pun rasa nak tulis macam tu [haaa, ambil kamu, kan dah tertulis tuh]. Iklan ni besar pengaruhnya kepada penonton, lagi-lagi kepada kanak-kanak.Haih, takkan itu pun nak kena bagitahu? Malulah kamu. Aku yang bodoh ilmu iklan bagitahu kamu macam itu.

Tak lama lagi, kita tunggu dan tengok, budak-budak kecil umur 4,5 tahun, apabila diminta untuk memberi barang kepada ibubapa mereka, mereka main campak-campak je. Lepas tu, bila kena marah, diorang jawab "Alaaa Mak, zaman dah berubah, dunia dah maju!"





So, apa lagi, Berita Harian dah ajak kita main baling-baling je barang kat orang, bertindak kasar, kita, apa lagi? Huh~